Showing posts with label nurcinta family. Show all posts
Showing posts with label nurcinta family. Show all posts

Friday, 15 August 2014

Jejak Kasih di 17 Syawal

Assalammualaikum (w.b.t)   &   Salam Satu Malaysia

Salam 19 Syawal 1435H


Salam pagi Jumaat kepada semua warga blogger. Hari Penghulu segala hari. Sebelum memulakan perkerjaan mari kita berselawat seketika kepada baginda Rasulullah saw. dan hadiahkan al-Fatihah kepada baginda, keluarga baginda, sahabat baginda, kedua ibubapa kita, guru-guru kita, seluruh keluarga kita dan diri kita sendiri.

Nak ceritanya w.app ni dapat menghubungkan hubungan yang baik sesama keluarga bila digunakan dengan cara yang betul. Baru-baru ini tetiba dapat group baru w.app...dari family sebelah Kelantan. Masing-masing perkenalkan diri. Ya Allah ramai rupanya sepupu sepapat yang saya tidak kenal sebelah sana. 

Bila wujudnya group ni kami semakin rapat walaupun belum bersua muka. Yelah tali persaudaraan itu masih kuat. Tak sangka juga ramai yang tinggal di area KL dan Selangor. 

So kelmarin saya dapat jemputan untuk makan malam dirumah sepupu yang masa kecil sahaja kami jumpa. Agaknya bila selisih memang tak kenallah. Nak ikutkan family sebelah Kelantan memang besar. Tapi bila saya balik dengan hari yang ciput ke sana manalah sempat nak ziarah semua sanak saudara. Balik-balik saya akan pergi rumah moklong di Palekbang. Itu je port kalau ke sana. Nak jumpa yang lain memang tak sempat. Memang kena ambil cuti panjang balik ke sana untuk kenal sanak saudara.

So kelmarin selepas kerja saya balik siapkan anak-anak. Sebelum itu sudah call En. Muz bagitau pasal jemputan ni. Then bagitau mak, angah and kakde. So kami pergi selepas isyak. Semua berkumpul di rumah kakde di Semenyih. Kami je pun yang tinggal di KL. Adik-adik yang lain jauh.

Sesat barat jugalah kami cari rumah. 1st time pergi Dengkil. Jauh tak jauh la boleh tahan kalau saya yang datang dari Gombak ni. Angah n Kakde memang dekat la juga. So bertolak dari rumah kakde memang dekat saja.

Seronok malam tu Che Long jumpa dengan emak dan kami.

Malam tu kami dihidangkan dengan masakan Kelantan iaitu Nasi Kerabu.







Wednesday, 13 August 2014

WW #15

Assalammualaikum (w.b.t)   &   Salam Satu Malaysia

Salam 16 Syawal...

#trowback #AnugerahSyawal





Tuesday, 2 July 2013

Family Trip Langkawi - Day 1

Salam petang Selasa.
Alhamdulillah now sang matahari sungguh menyerlah kan...syukur..

Sedap dapat lelap mata sekejap tadi.
Lately memang kurang tidurnya...Entah kenapa padahal kerja nak buat idaklah banyak pun. Ohh kesian mata saya ini kan. Macam semalam memang sudah set dalam otak nak tidur awal tapi itulah kan kita hanya merancang tapi Allahjualah yang menentukan segalanya. Semoga apa yang saya rancang dan buat Allah permudahkan...aamiin aamiin aamiin..

Ermm masa orang sibuk dengan jerebu pada minggu lepas saya dan family keluar bercuti. Alhamdulillah tempat percutian kami memang tiada pun. Mungkin jauh lagi kot kan. Nak tau kena tunggu my friend naik kerja esok sebabnya lepas saya balik kawan saya pula ke sana. Cuti-cuti juga bersama family. Syukur now di KL sudah tiada jerebu lagi...terima kasih ALLAH...

Saya ke Pulau Langkawi pada 23 Jun 2013. Pertama kali pergi dengan family tercinta saya. Haruslah sangat teruja kan bersama anak-anak. Ramai pula yang nak ikut. Asalnya saya cuma bawa emak. Lastly ramai pula yang join. Ermm apalagi seronoklah ramai yang pergi. Sayalah yang sibuk book tiket kapal terbang dan tempat penginapan serta transport disana.

Pagi ahad tu kami gerak pagi ke LCCT kami naik AirAsia. Tapi tidaklah terus ke LCCT. Mulanya nak minta tolong adik yang hantar. Tapi en.suami kata kali ini kita naik bas. Lagipun Maritza belum merasa naik bas. So bila fikir punya fikir punya fikir oklah. Nak juga tengok keadaan Maritza ok ke tidak bila naik bas kan. So ambil teksi dari rumah ke KL Sentral dan ambil bas ke LCCT. Seronok juga kan naik bas dengan family.
Masa perjalanan nak ke sana memang nampaklah jerebu yang kuat tu.
Dalam bas mulanya Maritza memang tidak duduk diam langsung. Asyik bangun duduk bangun duduk saja kerjanya. Lastly tidur juga penat agaknya bangun pagi-pagi. Akalili duduk dengan auntie dan Sorfina pula duduk dengan emak. Sorfina memang kalau ada emak saya dengan kami memang tidak pandanglah. Cucu emak ler tu. Adik sefamily dia bapak mentua dia hantar. So kami jumpa di LCCT.

Otw ke KL Sentral & LCCT.

 Welcome to Langkawi.

Dalam flight & Pulau Langkawi.

Sampai dalam jam 1500 tunggu beg sambil tunggu kenderaan yang kami sewa. Saya ambil van senang. Van Pregio semua pun boleh naik kan senang...hihihi
Lepas tu bayar deposit. Terus pergi cari pam minyak sebab minyak sudah bagi signal untuk diisi. Penyewa memang tak akan isikan kita minyak. So kena pandai-pandai la budget minyak sampai hari nak pulang nanti.
Lepas isi minyak kami patah semula ke airport untuk makan. Lapar pula rasanya sudah petang gitukan. Sambil tunggu adik sampai sebab flight kami berbeza. Masa saya nak book tu sudah habis. So mereka naik flight selepas kami saja. Alang-alang tunggu sajalah sambil menikmati nasi marrybrown dan bubur nasi untuk Maritza dalam airport.

Marrybrown layannn...

Malam kami makan di Dataran Helang. Disana banyak juga kedai makan. Tapi lepas makan semua macam penat so tak sempat nak pergi jalan-jalan kat dataran semua balik tidur....

Maritza kepenatan begitu juga semua...

Masing-masing lepak dalam bilik masing. Yang seronoknya bilik saya dengan emak adalah connecting room. Maka apalagi sukalah Sorfina. Asyik ketuk pintu suruh opah buka. Lastly Sorfina tidur dengan emak. Bilik saya cuma kami berempat.
Empat bilik dibawah memang saya book sebaris serta dua katil queen di setiap bilik so memang selesa semua tidur.

Ok hari pertama kami di Langkawi...

Thursday, 21 March 2013

Grand Lexis Port Dickson


Ermm last weekend saya dan family bercuti ke Port Dickson.
Pertama kali gitu bersama family. Kalau masa berdua dulu-dulu memang kerap juga kami ke PD.
Tapi bila sudah ada anak. Destinasi selalunya mesti di Kuantan.
So now tukar angin pula ke PD kami sekeluarga juga bawa ummi dan adik bongsu en.suami.

Sebab Rabu hingga Jumaat sebelumnya itu saya ber teambuilding di Glory Beach Resort sebelah Grand Lexis. Asyik uhsyaa Grand Lexis macam best je kan...lastly bagitau en.suami nak lepak sana sajalah..
Hehehe nak betulkan semula urat-urat yang tiga hari ber teambuilding tu...Adehh dasyat teambuilding nie...

Saya ambil bilik Premium Suite. Rumah seperti Bungalow yang ada dua bilik dan kolam renang terletak di luar...private pool lagi...senang i nak terjun terjun kan...terjun la sangat...

Kami balik Kuala Pilah hari Jumaat. Keluar rumah lepas Maghrib bila nak masuk Duke jalan jem...so cancel nak makan di Seremban...en.suami ajak pergi WangsaWalk mulanya nak makan Popeye. Sekali Popeye sudah tutup di sana. Lama sunggu kami tidak ke sana. So kami pilih A&W..layan...
Dalam 10 malam baru gerak balik ke Pilah ikut Lekas. Hampir jam 12 baru sampai rumah ummi.
Saya memang da tak tahan siap-siap terus tidur. Jam 5 pagi baru bangun semula solat Isyak...adehhh

Sabtu pagi baru saya book itu bilik la...huhuhu tinggal beberapa saja bilik nasib ada untuk kami...
Pagi tu ummi masak ikan patin steam dan ikan asam pedas...pehh memang layan la dua lauk tu...ummi buat ayam ala-ala KFC lak...memang best arr...siap tapau masuk hotel...petang lepas mandi kolam layan nasi lagi...memang waaalaaa...

::: Aktiviti petang Sabtu :::

Akalili gigih belajar berenang. Akhirnya pandai juga Akalili berenang.
Sorfina memang main air kat tepi-tepi kolam sahaja.
Kalau saya tak pegang untuk bermain dalam kolam jangan harap Sorfina nak masuk air...
Takut katanya...so duk je la tepi-tepi tu..
Sampai menangis dia en.suami nak lepaskan dia tengah-tengah kolam...
Maritza pula pantang jumpa air nak terjun saja dia...
Memang kena berhati-hati sungguh dengan Maritza nie...huhuhu
Dua kali tertelan air kolam...adehhh sian dia...
Saya just lepak di meja dengan ummi sambil mengambil gambar sahaja...
Datang memang nak rehatkan badan malas nak main air lagi...
Penat berakit kat laut tak habis lagi huhuhu...
My SIL pula layan kolam bersama mereka...
Seronok betul masing-masing....

Malamnya pula layan seafood di Ikan Bakar...adehh lupo nama kedai tu...

::: My SIL dan Ummi ::: 

Budak penat tunggu makanan sampai... 

 Yes seafood sudah sampai...makan time...

Lepas makan....layan bergambar...

p/s nanti sambung next cerita pagi hari di Grand Lexis...


Friday, 8 March 2013

Cerita Kita.....

::: 9 tahun sudah :::
...We may not always agree YET you always understand...
...We may not often do thing together BUT you're always in my thoughts...
...We may have our ups and downs BUT you always make things right...
...We may not be perfect BUT we are perfect for each other...
...Alhamdulillah thank you ALLAH.........

Alhamdulillah sudah 9 tahun kami bersama. Daripada berdua sudah pun berlima.
7 Mac 2004 yang lalu saya selamat di ijabkabulkan dengan sekali lafaz oleh en.suami.
Alhamdulillah ALLAH permudahkan urusan rumahtangga dalam usia 32 tahun yang belum masuk waktunya ini. Alhamdulillah ada suami yang cukup segalanya bagi saya dan anak-anak yang comel. Semoga ALLAH permudahkan perjalanan kami seterusnya.

Makanya semalam en.suami mengajak kami pergi dinner di Restoran Istana Bambu.
Lepas Maghrib kami pun gerak ke sana.
Seronok orang tak ramai so cepat saja makanan sampai.
Maritza paling seronok asyik lari sana sini.

::: Menunya :::
Ikan Kerapu Tiga Rasa
Udang Goreng Tepung
Sotong Goreng Tepung
Lala Masak Thai
Sup Sayur
Telur Dadar
Air Sirap Bandung
Air Carrot Susu
Air Suam
3 nasi Kosong

Seronok betul tengok Sorfina makan habis nasi satu pinggan.
Akalili seperti biasa separuh pun susah nak habis.
En.suami dengan Sorfina memang layan sungguh makan.
Saya pula layan lauk sahaja..
say no NASI ntuk sementara waktu... 

Tengok Maritza memang seronok betul.
Kami ambil tempat bersila makan.
Memang tak duduk diam la. 

Nampak tak hampir licin semua makanan.
Mulanya macam alamak sapa nak habiskan ni banyaknya.
Lastly saya makan pelan-pelan sampai licin.
Ikan Kerapu Tiga Rasa memang best... 

Pintu masuk ke Istana Bambu. 

Add caption
Dua beradik ni seronok tengok ikan kiri kanan sepanjang jalan pintu masuk ni...

::: My Family ::: 
Maritza happy betul dia.

Lepas tu en.suami ajak tengok bandar KL.
Jadi kami pusing-pusing di KLCC tapi tak sempat.
Air pancut sudah padam.
Layan gambor lagi disana dengan Maritza pula.
Akalili sudah tidur dalam kereta.

Budak tembam...selalu kena gigit...geram...



Monday, 21 January 2013

Cameron Highlands.......penutupnya.....

Salam petang Isnin...

Udah hampir jam 9 malam di sebutnya petang lagi...boleh la kan...hari masih muda gitu kan...hari ini kerja ke hulu ke hilir jea...tanggungjawab kerja dan keluarga harus di seimbangkan...dulu kita tengok kawan-kawan ke hulu ke hilir now bila sudah rasa sendiri Allahuakbar nikmatnya...walaupun kadang-kadang tu terasa agak fenattt tapi seronok..dapat jalankan tanggungjawab dan amanah yang Allah bagi tu...alhamdulillah syukur...

Ermm berbalik pada story i di Cameron Highlands hari tu...Hari sabtu tu kami sibuk pergi cari strawberi dan jambu epal tu serta bunga for my mom...emak memang sukakan bunga-bunga nie...tapi bunga kering memang tak jumpa yang ado bunga ros yang macam-macam warna tu kan so beli yang itu sajalah...

Jomsss layansss gambar yang sempat di snap.....

Tempat pertama yang dituju...
My gegirl sibuk nak makan strawberi coklat padahal malam tu sudah makan 1 paket.

Strawberi sudah banyak. 

Nurcinta family.

Akalili yang beria nak masuk petik strawberi nie.

Bila ingat semula anak-anak lepas setahun jea abahnya mesti bawa pergi CH nie,
nak suruh petik strawberi la tu kan..kan...like before this..Akalili  and Sorfina..

 Happy togerther. 


 My Maritza sayang.
Lepak di Cameron Valley Tea.

Masa ni Akalili dan Sorfina sudah turun bawah Cik Amin dia bawak.
Cantik pemandangan hijau saja..

Akalili snap gambar kami dari atas.

Nak tambah koleksi lea tu. 

Sorfina pun nak join sekali.

 Another one.

 Tambah koleksi payung juga le tu.

Model payung.


Ermm on the way balik singgah di Tapah lama juga rehat di sana.

Okies kena stop ada bacaan HADIS.....jom dengar...wassalamm.....


Saturday, 19 January 2013

Cameron Highlands

Salam petang hari Sabtu yang redup gitu kan....

Minggu ini lepak di rumah sahaja kot. Tak keluar? ermm malas pulak rasanya nak keluar...tiba-tiba mood melarikan diri...nak buat guano bukan sokmo sokmo nye elok mood nie....tapi kalau nak sebenarnya boleh saja hati ini keras sangat kan...MANUSIA memang begitulah sikapnya...sukar nak difahami dan untuk difahami...ermmmm

Ermm nak cerita minggu pertama awal tahun baru nie...tetiba en.suami ajak bercuti ke Cameron Highlands...last minute gitu boleh...hari Jumaat selepas solat Jumaat...sempat juga Akalili ke sekolah...saya pula halfda sahaja kerja...

Pergi sudah petang sampai pun lewat di Brincang...mana taknya berhenti di air terjun Lata Iskandar tu...lepas melayan en.suami dan anak-anak bergambar ingat boleh sambung perjalan tapi en.suami ajak layan durian bukit...ermm memang la layan tapi dalam kereta adoiii tak tahan bau mulut masing-masing durian sahaja...padahal makan sikit je...kuat sungguh penangan durian bukit nie...

Check in sudah malam just ambil kunci bilik then terus pergi makan malam...Sejuk sangat malam tu...lepas makan kami ke pasar malam di sana...Jalan-jalan cuci mata sambil layan anak-anak yang sudah pandai nak itu dan ini....lepas tu terus balik bilik...siapkan anak-anak senang nak tidur...saya pula tertidur, jam 3 pagi bangun untuk solat...then sambung tidur...

Esok harinya kami keluar terus check out...pergi cari bunga..dan strawberi...masa ni sudah ada strawberi sebab masa hujung tahun lepas ada kawan pergi sana sampai habis buahnya terlalu ramai yang berkunjung...

Jomsss layan gambar di sana......


   
::: Durian Bukit ::: 

Masa makan ni, Maritza syok tido dalam kete.

Otw nak balik kete sempat singgah pekena buah nie..
Macam buah manggis lupo nama dia...

Pusing-pusing lagi...

Cari bantal strawberi tapi takde yang berkenan..


Okies sambung lagi nanti my baby da bangun...




Thursday, 16 August 2012

Salam AidilFitri




Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga ketelanjuran kata,
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa,
Mohon ampun dan maaf diatas segalanya,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Semoga silaturahim diberkati ALLAH...


** Berhati-hati kepada yang pulang ke kampung tu yea ^___^




Wednesday, 8 August 2012

Iftar di Seri Pacific

::: me with my pren :::

 ::: my NurAkaliliHanis :::

 ::: my NurHijrahMaritza :::

::: lepas makan kurma Mai layan ini pula :::

::: faveret kambing panggang :::

07/08/2012
Selasa

::: see my NurDiniSorfina nak masuk gua tu :::




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails