Wednesday 27 November 2013

Sambung Percutian Lagi...

Assalamualaikum dan selamat pagi...


Kuala Lumpur - Bentong - Kota Bahru - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu kami datang....


Semoga ALLAH berkati dan meredhoi percutian kami seterusnya...





Friday 22 November 2013

Masa Untuk Bercuti....

Assalamualaikum dan Selamat Petang.


Alhamdulillah sudah hari Jumaat pun...Tak sabar nak tunggu Jumaat ini kerana esok mulalah percutian Cuti-cuti Cinta Family saya...Malam ini kami akan pulang ke Bentong dahulu...Rindu juga dengan uwan saya itu..
Dari minggu lepas dan lepas lagi asyik call dan tanya bila nak balik...ikutkan hati taknak balik terus (hahaha sengal ayat nie) tiap minggu nak balik...syok duk kampung nie...

Hari patutnya i halfday...da siap bagitau my bos pun...tapi sebab nak cuti lama so kena siapkan semua kerja yang ada...no tinggal-tinggal kan...nak bercuti pun sonang hati...


Picture taken 9/11/2013 (Sabtu)
Bawa tiga beradik nie mandi manda...

Mula cuti hari tu Akalili asyik merengek nak balik Bentong. Makcik saya siap call suruh hantar Akalili ke Bentong duk dengan moyang...disebabkan kami terlalu sibuk so saya diamkan saja...lastly baru bagi tahu nak balik Jumaat ni dan akan bercuti...

Yesss seronok benor Akalili...

Monday 11 November 2013

My Maritza dan Kucing Kesayangannya...

Assalammualaikum dan selamat petang....


Sudah lama benar tidak men update blog. Bila nak update jer sakit malas datang bertubi-tubi...heheheh ayat apakah ini...Banyak cerita yang saya nak tulis disini tidak dapat di tulis...adehhh bilalah agaknya kan dapat update setiap hari. Seronok tengok blogger lain menulis.


Ermm oklah nak story pasal Maritza..Now sudah 1tahun 11 bulan 2 minngu...meaning lagi 2 minggu Maritza sudah 2 tahun. Sekejap saja rasa...pejam celik pejam celik dah 2 tahun pun....

Progress Maritza semuanya alhamdulillah ok. Mulut memang riuh tak hingat..hehehe nak ikut jejak kakak-kakaknya ler tu kan. Especially mulut Sorfina if tidur senyaplah rumah if tak memang riuh dengan cerita dan lagu-lagunya. Cumanya Maritza lambat sikit bercakap dengan betul aka memang malas nak bercakap apa yang diajar. Ikut suka bahasa dia sendiri.

Hujung bulan Oktober hari tu en.muz hantar Maritza check up dengan doc. Memang problem part bercakap tu jer yang lain alhamdulillah. Bila saya tengok buka ermm macam serius jer problem nyer..
Tapi bila fikir-fikir my emak ada bagitau dulu-dulu masa saya kecil memang suka guna bahasa sendiri. Lama juga baru nak betulnya.
Yang penting riuh tu ada. Bukan senyap jer...tu problem kot saya rasa kan...ke macam mana???

Gigi Maritza atas bawah sudah penuh dan alhamdulillah cantik dan tidak ada yang rosak lagi.
Maritza memang kuat makan now. Apa saja yang kita makan pasti dia makan. Dan sudah boleh makan pedas-pedas juga...i like...


Start dari minggu lepas badan Maritza on off panasnya. Alhamdulillah now sudah boleh diberi makan ubat takde lah nak paksa beria-ria. Maybe sebab panas tu mata Maritza bertahi mata if tidur. Bila bangun pagi jer mata tak boleh buka...memang me dan en.muz akan cuci mata dulu sebelum Maritza bangun dari tidur.



Kucing tu sedaya upaya nak lari... 

Tapi takde maknalah kucing tu nak lari.. 

Maritza memang sayang sangat kucing ini. 
Tapi ada orang lain lagi berhak pada kucing ini.
Sekejap sahaja jadi kawan Maritza.

My Maritza seorang ini saja yang interested dengan kucing.. Akalili dan Sorfina gitu-gitu jer..Kadang tak heran pun kucing. Maritza memang lain. Minat dengan kucing dari kecik lagi. Sampaikan kucing di rumah opahnya lari bila nampak Maritza. Heheheh...
Kalau rumah moyang pulak si Kudat (nama kucing di Bentong) bukan main garang. Saya memang takut kalau Maritza duk sibuk nak pegang.


Bila fikir-fikir nak carikan juga anak kucing yang comel untuk Maritza. Tapi larat ke ummi dia ni nak jaga...huhuhu nanti kesian pulak kucing tu terbiar...







Friday 1 November 2013

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails