Monday 30 September 2013

Kualiti Masa Bersama Anak-anak

Akalili sibuk dengan pancing baru dia. 1st time guna beli sudah lama.
Sorfina memang tak lepas posing peace dia tu.
Maritza bila suruh bergambar keluarlah aksi ini.
Merekalah buah hati kesayangan saya. 

Akalili tengah khusyuk memancing..
Maritza sesuka hati baring atas tanah tu padahal tikar elok jer terbentang sebelah dia.

Isnin lepas en.suami cuti dan kebetulan Akalili juga cuti sempena hari peristiwa Sukan di sekolahnya Sabtu  minggu sebelum itu. Cuma saya sahaja yang berkerja memang tiada peristiwa yang hendak di cutikan.
Ermm it's ok. Biarkan abah dan anak-anak itu bersama menambahkan keakraban antara bapa dan anak kan.

Dan hasilnya anak-beranak ini pilih aktivi memancing aka ber'picnic' di waktu petang selepas pekena high tea dengan saya petang tu di atas bukit di office saya..Kerana lunch time tidak sempat untuk lunch bersama dengan mereka so high tea pun jadilah kan. Kesian anak-anak ummi rupanya tak lunch lagi tunggu ummi punya pasal la ni yer...nama jer high tea tapi makan lunch menu...

Destinasi tempat memancing mereka adalah di Ulu Yam. Memang kawasan itu ramai orang memancing. Now en.suami berjinak-jinak dalam dunia memancing tapi bila ada masa terluang sahaja aktiviti ini berjalan.

Tuesday 24 September 2013

Sukan Sekolah Akalili 21/9/13

Assalamualaikum...& Salam petang Selasa...

Alhamdulillah program hari ini ALLAH permudahkan.
Selesai sudah lawatan tapak yang saya dan my bos rancang ke KLIA 2.
Walaupun semuanya last minute ALLAH permudahkan segalanya untuk saya...
Terima kasih ALLAH...

Ermm nak cerita last Saturday my girl Akalili ada sukan di sekolah.
Rasanya semua sekolah kot sudah settle part sukan ini.
Cumanya sekolah ini tergendala sukan akibat cuaca jerebu hari itu.
Postpone pada minggu lepas.
Alhamdulillah semua berjalan dengan baik dan enjoy semua orang bersukan.
Termasuk ibabapa...tak lepas peluang sama-sama memberi support kepada semua atlit...
Termasuklah saya...teruja kejap dan teringat zaman saya bersukan di sekolah.
Aktiviti sukan ini tidak sendirian...terdapat juga aktiviti Hari Pahlawan yang diadakan bersebelahan sahaja dengan sekolah di Dataran Merdeka.
Makanya saya dapat tengok dua sekali acara...

Kali ini saya sahaja yang temankan Akalili...
Yang penting support dari kami as her parent perlu ada..walaupun abah tiada sekali...
Cuma saya yang menghantar Akalili.
Nak pula Akalili masuk acara persembahan dan juga sukan pada hari itu.

 Masing-masing di touch up oleh teacher (lupo lak namo)

Akalili siap touch up...
Berkumpul di gelanggang sebelum masuk padang.

 Ok ini Team Bara Bara..

Tarian Bara Bara Bere Bere...

Akalili & the team red...

Get ready...

Turn Akalili... 

Sangat berhati-hati...

Yeahh next turn... 

Okeh...boleh duduk & relax...






Wednesday 18 September 2013

Cerita Hujung Minggu Kami...

Assalammualaikum....

Sudah malam baru nak update blog. Penghuni di rumah sudah nyeyak tidur. Mungkin sudah sampai ke bulan mimpi-mimpi yang indah kot...
Lama sekali untuk saya nak update blog ini...kesibukan di pejabat dan di rumah...ermm rasa di pejabat sahaja kot...di rumah memang malas rasanya nak update blog ini...tapi memandangkan di pejabat memang tidak ada masa langsung untuk update blog...huhuhuh so malam ni merajinkan diri...itupun sebab semua sudah menidurkan diri..kalau tidak jangan harap...
Kesian sungguh saya...sampai di meja buka PC terus mengadap...lately busy dengan projek baru...lawatan teknikal yang saya handle lagi...sapalah yang nak bantu saya ini...lari-lari gitu jer kalau da penat sangat layan menyembang kejap...lepas tu sambung semula kerja...
Minggu ini memang sesi menilai petender sahaja untuk projek baru...harap semua berjalan dengan lancar...

Cerita hujung minggu saya dan keluarga...
Hari Sabtu malam saya ada dinner di Gombak..Siap dapat hamper bagai dan yang best dapat kek lapis sarawak tu dua ketul...cuma saya dan en.suami sahaja yang pergi...puteri-puteri saya tinggal dengan opah mereka sebelum emak hendak ke rumah adik...

Semua jemputan dapat hamper. 

Dinner & Kek lapis sarawak.

Hari Ahadnya pula dapat jemputan kenduri dari kawan en.suami di Jelebu...so kami sekeluarga ke Jelebu pagi tu, lepas makan balik Pilah...Syoknyer balik kampung kan...sampai Pilah pun sudah lewat petang banyak sangat tempat nak menyinggah...malam lepas Marghrib kami semua keluar ke Giant Pilah...Rasa sudah kali tiga kami kesana...Bila balik kampung memang makan sajalah kerjanya...Ummi masak macam-macam...sudah mengah perut ini dibuatnya...bila balik kampung memang anak-anak nak makan masakan mereka saja kan...

 The Store Seremban

Ok otw nak balik Pilah dari kenduri.
Sempoi x pakai baju kurung pun pergi kenduri kahwin...
En.suami suruh pakai macam ni jer...casual katanya...

Di Giant Pilah.
Seronok sangat kanak-kanak tiga orang ni..
Kalo balik asyik nak gi Giant je kejenyer...

Hari Isnin pula cuti Hari Malaysia...syokk lepas subuh tidur kan sudah terbabas...fuhh nasib terlolap kojap jor...hari ini nak ke pasar cari maman...nak masak rendang maman ayam...perggh sedapnyer malam-malam ini fikir pasal maman...tapi saya tidak ke pasar pun saya tinggal di rumah lagi bagus kan mengemas apa yang patut...Maka lunch dapat makan rendang maman ayam....lepas asar kami bergerak balik...selalunya malam baru kami pulang...tapi nak pergi the curve ambil barang disana kenalah keluar awal....

Rendang Maman

Di The Curve Sony Centre..
Ambil cover Xperia Table Z. 
Ermm susah orang yang suka gadgets nie sanggup cari sampai dapat.

Sampai dirumah semalam pun awal...kami dinner di rumah sebab ummi bekalkan rendang maman...balik masak nasi sahaja...terbaiklah dinner kami semalam...ada tinggal sedikit maman ingat nak buat untuk bangun sahur...tapi apakan daya terbabas pula...penat tak habis lagi...so takde rezeki kami nak berpuasa hari ini...

Ermm sudah masuk pagi Rabu (1226 pagi) pun ini...Esok nantilah saya masukkan gambar-gambar...nak buat kerja lain dulu sambil tunggu en.suami pulang...

Selamat malam semua mimpi yang indah-indah...


Tuesday 10 September 2013

Akalili...Cuti dan Tudung...

Assalammualaikum....
Salam pagi Selasa yang tenang sahaja saya rasa hari ini.

Hari ini lewat ke pejabat. Bangun bukan main lagi awalnya tapi keluar lewat. Tetapi sampai pejabat masih sebelum jam 7.30 pagi. Sebabnya Akalili cuti hari ini. Sekolah bagi cuti khas bagi laluan untuk pelajar yang mula menduduki UPSR hari ini hingga Khamis ini. Makanya Akalili akan bercuti hari ini dan Khamis.

Jumaat lepas dengan Sambutan Hari Raya di kelas KAFA.
    
Pic kiri : Dinner di luar & Sambutan Hari Raya di sekolah pagi.
Semenjak sudah besar sikit ni Akalili sudah pandai cari tudung atau selendangnya sendiri.
Ermm kalah ummi dia yang bekerja ni. Memang saya rajin juga belikan tudung untuk anak-anak.
Tapi Akalili punya citarasa yang sendiri. Pada hari Khamis dua minggu yang lepas memang Akalili asyik ajak saya keluar untuk belikan tudung untuknya. Katanya nak cari selendang. Ermm punyalah saya malas hendak keluar dengan mana saya tiba-tiba angin pulak perut ini. Hingga ke malam merengek nakkan selendang. Lastly lepas 10 malam merengek lagi nak tudung masa itu saya sudah masuk tidur sebab tidak sedap perut. Tup tup dengar tak dengar tiba-tiba si Sorfina sudah masuk bilik panggil saya suruh tengok tudung yang kakak beli. Dengan mamai-mamai saya tengok terus tidur semula. Sambil dalam kepala fikir "ohhh mereka keluar beli tudung ker???
Esok paginya Akalili senyum tengok saya iron tudung baru untuk dia pakai ke sambutan hari raya di sekolah. Bertuah ada abah yang boleh layankan karenah dia. Mereka keluar untuk cari tudung malam itu. Kalau saya pakai saja apa yang ada.

Semangat nak bertudung dan berselendang bagai semuanya Akalili belajar sendiri cara hendak pakainya.
Dan semestinya Akalili rajin tengok makcik-makcik n sepupunya pakai. Kalau tengok umminya pakai haruslah sarung sahaja buat masa ini kan...heheheh...

Antara koleksi keronsang untuk Akalili.


Thursday 5 September 2013

1 Tahun 9 Bulan 2 Minggu

Assalammualaikum....
Salam pagi Khamis yang dimulai dengan hujan yang lebat syukur..

Sekarang update pasal perkembangan Nur Hijrah Maritza.
Alhamdulillah dengan izin Allah Maritza sihat dan sangatlah aktifnya.
Di rumah memang tidak reti duduk diam langsung kejap ke dalam ke dapur. Lari-lari ni memang suka sangatlah dia. Memanjat juga satu kesukaan Maritza. Kalau muka tu ya Allah...harap Allah bagi dia kekuatan sebab dengan lukanya lebamnya...adehh sian anak dara ummi ni.
Gate pintu tu kalau dengar jer bunyi krekk sikit terus berlari ke pintu. Nak keluar saja. Pastu kalau tak di bagi keluar menangis tak ingat dunia. Macam kena dera jek bunyinyer..itu satu lagi kena tahan..sungguh menguji kesabaran. So kalau nak buka pintu memang kena slow sangatlah.

Part tv pulak mmg tak boleh dengar atau tengok dalam tv program yang dia suka. Terus berlari mengadap tv. Terpacak lea dia ralek tengok iklan / lagu / cerita yang berkenan dek hari dia tu.

Ermm satu lagi tebiat Maritza. Kalau tengok dia takde di ruang tv / bilik atau beramai-ramai ermm memang sahlah di bilik air lea tempat yang dituju. Tau tau lenjun baju..adehh bilik air memang kena sentiasa berkunci.

Gigi Maritza sudah penuh atas bawah. Alhamdulillah proses pengeluaran gigi tidak mendatangkan sebarang masalah buat Maritza. Tapi yang kelakarnya. Akalili siap tanya saya..."ummi kenapa Maritza x boleh cakap lagi, gigi da banyak ni." Adehh macam manalah agaknya ummi ini hendak menjawab. Memanglah seusia ini Maritza tidak boleh susun ayat lagi untuk bercakap. Tapi Maritza agak ketinggalan daripada kakak-kakaknya kerana Maritza lebih selesa menggunakan bahasanya sendiri. Maka saya pun tidak paksa untuk semua itu. Biar ia berjalan dengan sendirinya. Cumanya lambat sahaja. Sebab semua anak berbeza-beza keadaannya. Saya pun suka cara Maritza berbicara. Macam saya semasa kecil dahululah itu. heheheh....

Alhamdulillah satu yang saya suka ada pada Maritza amatlah suka makan. Alhamdulillah badan yang susut sebab demam hari tu sudah kembali semula sihat. Cuma selsema masih ada lagi sedikit. Masa kami perjalan ke rumah adik sempat timbang. Berat sekarang adalah 11 kg. Alhamdulillah. 

Apapun progress Maritza lambat atau cepat saya hanya mohon pada Allah agar diberikan kesihatan yang baik. Gembira bersama kami sekeluarga.
Aamiin...











Wednesday 4 September 2013

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails