Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Monday, 7 October 2013

Al-Mughni Bangi dan Berbuka Puasa....

Assalammualaikum dan selamat pagi...
Hari Isnin yang penuh dengan semangat gitu..


SEMANGAT ker!!!
InshaaAllah if kita set mind untuk baik, baiklah jadinya kan kan...
So mari kita berdoa sebelum ke kerja or kemana sahaja agar ALLAH permudahkan urusan kita bermula kita celik saja mata hingga kita nak tutup semula mata di malam hari nanti...


Minggu lepas lepas lagi saya ke Bangi untuk ambil baju yang siap di tempah...Alhamdulillah sampai kedai happy bila lihat baju yang hantar tu siap...Alahaiii sukanya jahitan dia kemas...mood happy sambil pandang en.suami (dalam hati cantik x bang) dan senyum dengan harapan next time kita hantar tempah kat sini lagi yer walaupun jauh...boleh i belanja u nasi beriani lagi kan...hehehehe....dan en.suami cakap boleh tapi kumpul kain banyak-banyak baru berbaloi nak hantar...ermm takat nak kumpul kain tu perkara kocik bonar bang...akan i kumpulkan nanti....hikhikhik....

::: Baju Kurung Pahang & Pesak Gantung :::


Semalam pulak my sis, Angah datang rumah bawa ole-ole dari China...Alhamdulillah pucuk dicita ulam mendatang...rezeki ALLAH bagi tiada siapa yang tahu...nampaknya edisi mengumpul telah berjaya dengan izinNya...

::: 3 kain pasang from China :::


Lepas settle ambil baju...kami ke restoran nasi beriani belakang building tu jer...there is a variety of food outlets yang boleh dipilih mengikut kesukaan masing-masing...en.suami confirm nak layan nasi beriani kambing dia tur...i ok jer...teman orang tu berbuka puasa kan...this is 2nd time we all makan kat sini...

 Coffee for him & watermelon for me. 

Nasi Beriani Kambing meleret senyum tu...
Selamat berbuka ^__^

Ermm apa yang i suka mesti u suka kan...
I like....

Free desert - Kek nenas terbalik (katanya).
Sound good, yes sedap...

My dinner.
Lupa nama kueh teow apa ntah..



p/s - ...terima kasih ALLAH atas rezeki yang Engkau berikan....nanti free boleh ke bangi tempah baju lagi...

Friday, 23 August 2013

Hukum Puasa Ganti Pada Hari Jumaat.

Salam pagi Jumaat...
Salam 16 Syawal 1434...

Hari ini bangun sahur hujan turun dengan lebat sungguh.
Lama sungguh pagi ini hujan. Alhamdulillah hujan rahmat..
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit info berkenaan dengan puasa ganti pada hari Jumaat.

Ditegah berpuasa sunat hari Jumaat kecuali orang yang biasa berpuasa (macam puasa Nabi Daud sehari puasa sehari berbuka) atau yang biasa berpuasa pada pertengahan bulan hijrah.  Puasa ganti ramadhan TIDAK di tegah.

Hari Jumaat disunatkan melakukan amalan-amalan Soleh (seperti berselawat), akan tetapi mengkhususkan hari jumaat untuk berqiam al-lail dan juga berpuasa adalah ditegah. Telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda :

لا تَخْتَصُّوا لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ بِقِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِي ، وَلا تَخُصُّوا يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ الأَيَّامِ ، إِلا أَنْ يَكُونَ فِي صَوْمٍ يَصُومُهُ أَحَدُكُمْ

"Jangan mengkhususkan malam Jumaat untuk Qiam Al-Lail dari malam yg lain, dan mengkhususkan hari Jumaat untuk berpuasa dari hari yang lain, melainkan telah biasa berpuasa salah seorang dari kamu" - [Hadith Riwayat Muslim #1144].

Al-San'aani menjelaskan (didalam Subul al-Salaam) :

الحديث دليل على تحريم تخصيص ليلة الجمعة بالعبادة، وتلاوة غير معتادة إلا ما ورد به النص على ذلك كقراءة سورة الكهف .

"hadith ini menunjukkan haram mengkhususkan hari Jumaat untuk beribadat atau membaca Al-Quran yang bukannya amalan kebiasaan seseorang, selain dari mana yang telah diajarkan, seperti membaca surat al-Kahf."

Kata Al-Nawawi pula:

وَفِي هَذَا الْحَدِيث النَّهْي الصَّرِيح عَنْ تَخْصِيص لَيْلَة الْجُمُعَة بِصَلاةٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِيِ , وَيَوْمِهَا بِصَوْمٍ. وَهَذَا مُتَّفَقٌ عَلَى كَرَاهِيَته

"Hadith ini jelas menunjukkan haram mengkhususkan malam Jumaat untuk solat atau siang harinya berpuasa. Telag dipersetujui bahawa hukumnya MAKRUH"

Beliau mengatakan bahawa hari Jumaat ialah hari berdo'a, zikir, beribadat seperti ; mandi, pergi ke masjis awal, mendengar khutbah dan mengingat Allah banyak-banyak selepasnya sebagaimana yang dinyatakan didalam surah Al-jum'ah 62:10.

Shikeh Al-Islam, Ibn Taimiyah berkata :

إن السنة مضت بكراهة إفراد رجب بالصوم ، وكراهة إفراد يوم الجمعة ..

"Sunnah mengatakan adalah makruh mengkhususkan satu hari berpuasa didalam bulan Rejab, dan Makruh mengkhususkan berpuasa satu hari pada hari Jumaat" - [al-Fataawa al-Kubra, 6/180]

Bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syiekh Ibn Utsaimin berkata :

وأما الجمعة فلا يُسنّ صوم يومها ، ويُكره أن يفرد صومه

"Bagi hari Jumaat, bukanlah sunat berpuasa pada hari itu, dan hukumnya MAKRUH berpuasa satu hari" - [al-Sharh Al-Mumti' 6/465]

Dari Hadith dan pandangan ulama'-ulama' ini, menunjukkan bahawa adalah makruh berpausa 1 hari atau dikhususkan berpuasa satu hari pada hari Jumaat. Yang dimaksudkan berpuasa itu merujuk kepada puasa sunat. Mereka yang melakukan puasa Qadha' Ramadhan dikecualikan dari tegahan ini. Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Al-Lajnah Al-Daa'imah Arab Saudi :-

فيجوز للمسلم أن يصوم يوم الجمعة قضاء عن يوم رمضان ولو منفرداً

"Dibenarkan bagi seseorang Islam berpuasa pada hari Jumaat bagi mengqadha' puasa Ramadhan walaupun berpuasa 1 hari" - [Al-Lajnah Al-Daa'imah, 10/347].

Kesimpulannya, mengkhususkan melakukan puasa sunat atau Solat malam pada hari Jumaat adalah perkara yang ditegah, kecuali bagi mereka yang sentiasa melakukan amalan tersebut, seperti kebiasaan berpuasa dipertegahan bulan hijrah yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat. Bagi mereka yang melakukan qadha' puasa Ramadhan, tidaklah ditegah melakukan puasa dihari tersebut. wallahu 'alam.

wassalam
===============
Rujukan :

1] Fatawa Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 10. cetakan ke 3. Riyad : dar Al-Mua'yad, 2000.


p/s: Jika ada salah silap saya tentang info ini sila kongsi pandangan anda. Sharing is caring...



Wednesday, 10 July 2013

Salam Ramadhan 1434H dan Selamat Berpuasa.


Salam Ramadhan buat semua umat Islam. 
Semoga Allah permudahkan urusan kita hingga selesai. 
Moga-moga di hari pertama Ramadhan ini membawa berita gembira buat saya dan keluarga.
Aamiin aamiin aamiin..

Wednesday, 8 August 2012

Iftar di Seri Pacific

::: me with my pren :::

 ::: my NurAkaliliHanis :::

 ::: my NurHijrahMaritza :::

::: lepas makan kurma Mai layan ini pula :::

::: faveret kambing panggang :::

07/08/2012
Selasa

::: see my NurDiniSorfina nak masuk gua tu :::




Tuesday, 10 August 2010

Thursday, 15 July 2010

Jamu selera

Sup ayam bersama sayur-sayuran...
Mee hoon yang siap di celur...
Lada kicap...memang podeh sungguh tapi ummhhh...

Alhamdulillah hari Isnin bersamaan 1 Sya'aban 1431H baru ini kami berbuka puasa dengan Mee Hoon Sup. Permulaan bulan Sya'aban yang baik. Semoga puasa akan datang di permudahkan olehNYA...

Bubur Labu...Waaalaaaa......

Tidak ketinggalan juga pencuci mulut tapi aku makan lepas solat Isyak sambil-sambil menonton TV jea...yang syokkk sejuk sebab simpan dalam peti sejuk...waalaaa....

Pada bulan Rejap hari itu juga sempat aku puasa beberapa hari tapi tidak berkesempatan sangat untuk memasak-masak apa yang teringin nak dimakan...cuma yang sempat aku masak adalah mee goreng basah dan teringin nak makan bubur pulut hitam, yang lain-lain sempoi dan kebetulan masa itu Sorfina tidak sihat so asyik membeli lauk sahajalah.

Mee goreng basah...besttt rasa nak buat lagi...

Bubur pulut hitam nak buat malas so beli jea lah...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails