Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Tuesday, 5 March 2013

Alhamdulillah.....Selesai Sudah......

Salam pagi Selasa yang cerah gitu...

Huhhh berkurun lamanya tidak meng update blog...
Hari ini berkesempatan sudah untuk meng update...
Bukan kerja tidak ada tapi ada masa ynag boleh di curi gitukan..
Before ini masa itu memang terlalu berharga hingga tidak boleh dicuri...

Mana tidaknya sibuk nak settlekan hal kerja dan keluarga..
So hal yang begini disisih sementara...
Alhamdulillah semuanya sudah selesai..
Semalam walaupun penat Alhamdulillah pergi juga kerja.
Dalam hati memang nak ambil cuti tapi Allah bagi kekuatan gunakan ia sebaik mungkin.

Bulan lepas saya memang sibukkan diri selain hal kerja dan rumahtangga.
Membantu adik lelaki saya yang bakal mendirikan rumahtangga.
Ermmm sebagai anak sulung dalam keluarga haruslah mengambil tahu hal-hal kebajikan adik-adik kan.
Walaupun adik lelaki tapi bukan semua perkara yang mereka tahu dalam bab nikah kawin ini.
Part saya menyediakan hantaran dan goodies bag untuk saudara mara...
Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan...

Hari Jumaat malam baru gerak balik ke Bentong.
Majlis berlangsung pada hari Sabtu & Ahad.
Sabtu petang acara akad nikah & malam acara persalinan/berinai.
Ahadnya pula acara bersanding.

::: Barang Hantaran ::: 
Warna Hitam ni yang saya buat. Adik request warna ni.

::: Alhamdulillah dengan sekali lafaz ::: 

::: Bersanding time ::: 

::: Adengan suap menyuap kek pula :::

Selamat Pengantin Baru buat 
Muhammad Yazin Yahya
&
Rozeyana Abdul Ghaffar

Semoga Allah permudahkan urusan rumahtangga kamu berdua.
Aamiin aamiin aamiin.....





Friday, 9 March 2012

Holidays?
Lets go cuti-cuti Malaysia again..

Alhamdulillah sudah hari Jumaat...
Alhamdulillah juga puteri kesayangan i sudah habis exam...
Next week adalah school holidays...makanya masa bagus untuk membawa puteri-puteri i untuk pergi bercuti. Percutian kali ini merangkap membawa rombongan juga...Seronoknya....


Cerita Semalamkan
Semalam balik Bentong after office.
Ada perkara URGENT yang nak disettlekan.
Huhuhu balik semula jam sudah hampir 0200 pagi sampai dirumah..
Semasa temankan en. hubby dalam kereta punyalah mengantuk mata ni.
Bila sampai rumah elok pulak mata ni siap layan internet lagi..
Aduyai...Apapun en. hubby faham sangat perangai i ni...
Penyudahnya ke office pagi ini lewat...sebab terbabas hihihi....


Cerita Esok Pula
Seronoknya esok nak balik KUALA PILAH.
Tapi bila fikir semula sedihnya....
Dalam kegembiraan kami...AYAH tiada disisi...
Pasti akan terasa dengan majlis yang akan berlangsung itu.
Ermmm harapan semuanya berjalan dengan lancar esok...
Aamiin aamiin aamiin........

Wednesday, 5 October 2011

Ke Kuantan Kita (^_^)

Hari Jumaat malam lepas aku ke Kuantan. Sepupu aku bertunang. Aku tiga kereta pergi bersama adik dan emak.
Aku ambil homestay yang dekat dengan taman perumahan makcik aku tinggal senang. Ingat nak lepak sehari sahaja lastly en. suami pandai-pandai booking untuk dua hari terus.
Punahlah harapan nak lepak kat Cherating huhuhu...

 Mak buyung lak yang sibuk bergambar ;)

 Together with my princess ;)

Mereka juga sibuk mau bergambar ;)

Lepas habis aktiviti potong kek hantaran aku pun balik homestay.
Lepak jap lepas solat Maghrib dan Isyak (jamak) baru nak kuar.
Pergi Teluk Cempedak. On the way memang sudah hujan.
Tapi sampai TC ok jea tak hujan, maybe baru lepas hujan kan.
Jalan-jalan jap, then terus gi makan kat situ. 
Habis makan sambung cuci mata. Kebetulan ada kedai-kedai jualan.
En. suami sibuk cari selipar. Dengan aku sekali dapat satu kasut sarung (^_*)
En. suami yang pilihkan. Aku sukalah sebab flat dan lembut.

Jam hampir 2 pagi baru balik homestay. Terus siap-siap untuk tidur...
Huhuhu esok lepas subuh mesti gerak ke Cherating.




Monday, 26 September 2011

Kejutan Demi Kejutan


Ermmm...apo yang torkojut tu ha...
Inilah en. suami ini suka suki kalau nak kemana-mana mesti last minit punya.
Kisahnya Sabtu minggu lepas tetiba ajak ke Temerloh ada wedding kawan satu sekolah..Sek. Menengah lak tu. Ingatkan main-main rupanya betul.

Aku pun terhengehlah iron baju anak beranak. Udahlah Sabtu pagi itu aku ada janji dengan sorang kakak ini. Aku order barang darinya. Akak ini tinggal di Melaka then ada kerja di KL dapatlah aku ambil by hand saja barang yang di order. Aku lebih suka gitu dari post post ni.
Aku pun tak pasti kenapa. Mungkin aku lebih suka jumpa dengan penjual itu sendiri.

Selamat ambil order di PJ. Terus gerak Temerloh. Jam 1400 sampai rumah pengantin. Masih ramai yang datang berkunjung so taklah segan sangat kan...

Tapi aku dan anak-anak yang makan dulu. En. suami biasalah sudah lama gitu kan tidak jumpa dengan kawan-kawan sibuk pula berbual.
Aku pun membawa diri bersama anak-anak. Tapi sekejap saja lepas itu en. suami turut join kami makan lauk kenduri.

Alhamdulillah sudah selesai makan...
Sorfina sudah meragam huhhuuhuhu...

Alhadulillah selesai makan jumpa keluarga pengantin dan aku pun berkenalan dengan kawan en. suami. Dan kami pun balik

Tapi tak balik pun pergi jumpa Along (my sil) memang menetap di sana. Kebetulan Along di KFC so kami jumpa disana.
On the way nak balik en. suami terserempak pula dengan best friend masa belajar dan kerja dulu. Dan kebetulan juga aku kenal kawan en. suami itu. Raflee namanya...sudah jadi tokey besar gitu. Ajakannya ke rumah terpaksa di tolak sebab kami nak ke Bentong pula.

Tapi sebelum balik Bentong hajat nak pergi pekena air jagung, lastly layan gak nasi dengan ikan patin...
Huhuhu kalau singgah Temerloh tak pekena ikan patin ini memang tak sah ler...

 Air jagung yang bestt....

Nampaknya ada orang lain lagi yang mengidam...waalaaa...
Nasi satu sahaja aku share dgn en. suami (^_*)

Sampai di Bentong pun sudah petang gitu. Lepak sambil layan CD udah jam 2200. Maka kami pun terpaksa gerak balik KL sebab esoknya ada jemputan sambutan raya di jabatan en. suami.


Ahad - 18.09.2011

Penukar plan yang berjaya (^_*)

Sudah siap berbaju melayu bersampaing bagai, alih-alih tukar plan.
Patut pergi sambutan raya tapi kami ke Manjung, Perak.
Rumah Angah (my sil). Macam-macam sudahlah pergi sehelai sepinggang semuanya.
Tapi en. suami memang suka saja tetiba ubah plan kalau aku rasa ok aku setuju sahaja.
Kalau aku rasa macam tidak masuk akal ermm tidak aku turutkan juga...
Persetujuan bersama adalah penting untuk mewujudkan suasana gembira kan...hehehe

Check cukup x nak bayar tol nih...

Pemandangan sawah yang sudah dituai padinya... 

En. suami sempat beli dua batang lemang...

Kebetulan sudah hendak sampai rumah Angah ada gerai jual lemang ini.
En. suami pun tidak membuang kesempatan yang ada.
Nanti mak buyung ini tarik muka lagi asyik miss nak makan lemang...
Tapinya mak buyung ini juga yang pilih.
Almaklumlah aku ini memang cerewet sedikit bab makan lemang.
Nak yang panaslah...nak yang lembutlah...macam2 kan...
Alhamdulillah pilihan tepat, lemangnya sedap...
Tapi rendang out..aku tak usik langsung.
Tak kena dengan tekak aku... :((


Dinner di Chef  Noodle House...
Tuan yang open table (^_*) tq...semoga murah rezeki tuan yea ;))

 Patutnya air aku fresh oren itu..
Tapi tukang ambil order hantar teh untuk en. suami, bukan teh O...
En. suami memang tak leh layan teh nanti angin...
Jawabnya mak buyung ini jugalah yang kena minum...

Nasi goreng ayam oren untuk aku.

 Yang lain menu chiken chop...
Akalili tak larat nak habis...bagi aku pun tak habis, 
lastly en. suami yang habiskan ;))

Semua ceria sambil menunggu pesanan...
Aku terlebih ceria sebab makanan sudah sampai...hihihi ;))

Family Angah.
Terselit juga anak dara aku sorang tu.
Seronok dapat jumpa kakak2nya...

Lepas habis makan malam itu kami pun gerak balik ke KL. 
Jam 2130 gerak dari Manjung dan jam 0030 sampai rumah.
Isninnya aku sambung cuti (^_^) syokkk duduk rumah merehatkan diri.

p.s : terima kasih buat Angah sebab sponser pakaian untuk kami sekeluarga \(^_^)/



Thursday, 11 August 2011

::: Pot Luck Lunch Party :::

Sudah lama baru nak ditulis disini. 
Yelah aku pun baru sihat dan baru ada mood sikit nak mengadap blog. 
Kisah pot luck BLT sempena menyambut ramadhan. Sangat meriah.


::: Buah-buahan segar :::

::: Lauk pauk yang dibawa :::

::: Sedang menjamu selera :::

::: Mak buyong sorang ni prepare satay :::

::: Secret Recipe Carrot Cake :::
::: Filled with grated carrots, walnuts and raisins, topped with cheese :::
 
 
 

Monday, 28 February 2011

Klang

Sabtu lepas kami ke Klang makan nasi minyak Pn. Aini kita...
Semoga perkahwinan Aini di rahmati hingga ke syurga nanti...amin ;))

 The pengantin with dayang-dayang...

 My family...
Sorfina paling selera makan nasi minyak...

Cik Hawa kita salah seorang dayang...

Tengok kat depan aku banyak sungguh kulit kuih tepung pelita 
itu kawan aku punya keje lea tu habis semua letak 
kat aku macam aku yang makan semua la kan...
Memang lea aku makan banyak tapi tiga jea xde lea sebanyak itu kan...
Tepung pelita memang fav aku...kalau balik Kelantan, 
Mok Long aku pasti buatkan untuk aku...
Rindu lak rasa...bila nak balik pun tak tau lagi... :((

Akalili macam biasalah sesuap dua sudah tak mau...
nasib lea ada kuih tepung pelita makan juga dia...
Kebetulan juga ada masmallow cicah coklat so Akalili layan itu juga...

Masmallow + coklat

Sudah habis makan terus ke surau solat dan siap-siap pulang...On the way balik itu Akalili dan Sorfina sudah lena di mimpi. Tak lama itu aku pun menyusul...hehehe...


Wednesday, 16 February 2011

APC

Tajuk kat atas tu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang....bukan akulah yang dapat tetapi En Muz yang dapat sedihnya aku tak dapat nak tengok en muz ambil anugerah tu...en muz cakap ini anugerah tertutup...kenapalah mereka buat macam itu...so aku tak la pergi ke Kajang sebab majlis berlangsung di Kajang...macam yang lepas-lepas ada kat jemputan untuk spouse masing2 or parent bagi yang bujang la nie tak de lah pulak...

Apapun tahniah buat En Muzlienor Daud dengan kejayaan itu...mesti ummi dan ayah banggakan...semalam pun jumpa Along kat Temerloh...surprised sebab dalam berapa tahun sahaja kerja sudah dapat anugerah hihihi...itulah rezeki namanya...ada yang bekerja sudah bertahun-tahun pun tak dapat tau...tapi apa yang penting sebenarnya adalah keikhlasan dan jadikan kerja itu sebagai satu ibadah pasti Allah akan pandang.

Majlis yang lain itu ada datang ;))


p/s tidak tahu nak bagi hadiah apa kat en. muz.....manisssss tak masyuk lagi huhuhu.......




Wednesday, 9 February 2011

bila........balik kampung

erm cuti-cuti baru ini ada orang yang cuti direct sampai satu minggu tapi aku tak ambil pun...just cuti time cny itu ajelah...itu pun hari khamis en muz kerja lagi sekejap...tapi ok lah sementara tunggu en muz kerja aku settlekan semua kerja rumah sebelum balik kampung...bila kembali dengan lapang hati lah sebab semua sudah settle hehehe...

petang khamis tu baru gerak balik Bentong...seronok ramai yang sudah ada kebetulan makcik kesayangan aku dari kuantan pun balik...ooohhh so heaven aku rasa meriah gitu rumah nenda kesayangan aku itu...sampai malam pun asyik berborak saja kerjanyer...nak nak makcik aku sorang ini memang banyak stori mori nyer...sampai tak pernah malam-malam buta aku makan nasi nak nak lauk pulak adoiii menyelerakan sungguh...dan siap makan rendang dengan pulut lagi tu makcik aku buat...

sambil-sambil berborak pakcik aku suarakan niat dia nak buat kenduri sikit...apalagi aku tolong plan kan untuk pakcik aku lah...memandangkan esoknya tu hari Jumaat so aku suggest buat hari Jumaat malam itu lepas Isyak...dan sebulat suara semuanya setuju...erm bagus...so kira-kiranya aku dan makcik aku pun bincang pasal nak masak or catering saja...tapi buat apa nak catering makcik-makcik aku masing-masing kalau bab memasak ini kan sudah marvelous gitu...so decide nak masak apa jea...nasi berlauk sudah selalu sangat buat so we all decide masak nasi minyak + ayam masak merah + dalca + acar mentah + papadom + pencuci mulut --> agar-agar santan + agar-agar koktel...kejap jea decide sebab makcik-makcik sudah expert masak memasak nie...aku lewat gak tidur sesambil tunggu cousin aka anak makcik aku tu sampai dari kuantan...dorang gerak lambat sikit..




4/2/11

Pagi-pagi lagi lepas breakfast aku hantar uwan ke pasaraya nak beli barang katanya nak ke pasar tutup lea sebab cny kan...so en muz drop aku dan uwan beli barang sementara en muz dan my little girls tu ke hospital tempat emergency sebab dua beradik nie selsema pula nak pergi klinik memang semua tutup  juga...siap beli barang-barang balik lorr...makcik aku pun sudah siap beli barang-barang untuk kenduri malamnya nanti...so aku ambil part menyiang-nyiang...sebab lepas Solat Jumaat aku dan en muz nak pergi Lurah Bilut pulak nak ambil makcik aku lagi sorang tue...before ambil tu makcik aku siap call bagitau jangan makan lunch lagi sebab makcik aku sudah masak masakan favorite kami ---> Ayam goreng cili api + kurma daging + pecal...


So petang tu dalam jam 1900 tu semua sudah get ready...just kemas-kemas pinggan mangkuk jea...lepas isyak baru acara berlangsung kenduri doa selamat dan tahlil...jam 2200 baru semua orang surau dan jiran tetangga balik...tinggal jiran sebelah yang dekat-dekat sorang dua jea lagi lepak beborak ngan pakcik aku...dalam jam 2300 ada surprise birthday cake untuk pakcik aku kat kuantan tu yang ke 50 tahun...semoga Allah permudahkan semuanya untuk pakcik amin...



5/2/11
hari yang indah...hari nie lepak-lepak kat rumah sambil kemas-kemas rumah basuh periuk belanga bila sudah siap sambung kerja en muz...tolong settle kan minit mesyuarat nyer...tapi lastly en muz settle kan sendiri sebab aku sibuk mencuci pakaian yea lah malam-malam sikit nanti sudah mau pulang kan...tapi bila sudah petang-petang gitu en muz kata balik ahad sambil senyum senyum...erm aku ikut saja aku pun malas nak layan jem kat atas highway tu nanti ye lah tadi keluar gi bandar kejap tengok sudah jem siap ada polis jaga bagai...so bagus juga cadangan hubby untuk balik ahad pagi...tapi pagi tu aku rasa dalam jam 1100 kot nak awal-awal lagi kompom tak dapat...hehehe...so tinggal aku saja lagi kat rumah uwan yang lain sudah balik rumah masing-masing...




6/2/11
Memang seperti yang di jangka jam 1100 baru gerak dari Bentong jalan ok lah tak jem pun...tapi adik aku yang balik dari Temerloh hari tu petang memang sangkut 2 jam gitu kat highway...
Sampai rumah tidur...petang keluar pergi pasar malam erm lama sungguh sudah aku tidak ke pasar malam...tapau nasi ayam + laksa penang + meehoon sup utara + yong tau foo + air soya panas + cendol opss lagi satu kueh tiew goreng untuk Akalili...perghhh memang banyak gilo borong makan macam tak makan berbulan-bulan lak tapi alhamdulilah semua selamat di habiskan...





 

Wednesday, 29 December 2010

FamilyDay story

Aahaa ... now there is the little stories posted family day article that day was right ... What fun ... thank God everything went well ... despite the rain there, but activity is still running the normal range for all possible ... that happens, it is provided with a plan B. .. hihihi

What is important is the cooperation of all parties ... and all the very best in cooperation ...... I think this is the end of my committee for three years I have been playing with it all hope there is someone new who will replace me. although the meeting the boss want me to keep jugak financial and related matters... hope others will too...


The first day at Suria Cherating Beach Resort ...

Afternoon activities after lunch kind of usual check in the room and rested for a while ... and of course the evening there will be sports activities but this time there are variations that we do ... hehehe .... batik painting event ... ... let's enjoy we treat the picture ...


To dry the batik colors take a day...so the next day ready to take the box...




Pemenang kanak-kanak terkejut aku bila NurDiniSorfina yang menang...sebab yang buat pemilihan ini dari orang batik itu sendiri...
Tapi yang sedihnya Akalili lah...Lili sedih bangat sebab tidak menang sampai menangis gitu...aku pun sedih tapi aku tak menangis depan dia mestilah aku kena bagi semangat kat Lili...
Dan yang bestnya Sorfina bila tengok kakak dia nangis dia boleh tenangkan kakak dia... "akak jangan nangis, nanti adik bagi sikit ni..." Ya Allah masa aku dengar tu sayu jea aku rasa sebab dalam umur Sorfina yang baru 2 tahun 7 bulan tu da boleh cakap macam itu dan cool kan kakak dia...
Ummi proud of you NurDiniSorfina...same too you NurAkaliliHanis...
Love both of you...




Monday, 27 December 2010

balik kampung...

Assalamualaikum semua....

Semua sudah makan malam ker...aku baru siap semua masak kueh tiew goreng sahaja...sekarang nie memang itulah kegemaran seisi keluarga...specially anak2 kecil sangat suka makan...

Hari nie aku kerja walaupun aku buat rancangan untuk cuti2 dirumah...lastly changed the plan...kerja pun tak banyak mana ialah sudah hujung2 tahun nie kursus da settle...skt pun da siap walaupun aku benci sangat bila guna hrmis...cumanya sijil2 jea aku tak keluarkan lagi...esok lusa settle ler sume tu insyaAllah...

Erm last week aku balik bentong...semua ada berkumpul...eh ada gak adik aku tak balik...boy dan nene yang lain ado jea...seronok bangat...agenda berkumpul adalah untuk menyambut hari kelahiran wan aku yang ke 68 tahun...semoga Allah permudahkan segala urusan dan perjalanan hidup wan...amin...yang seronoknya nak surprised kat wan esok harinya tapi ramai yang excited untuk celebrate 24.12.2010 tu jugak so da lewat malam gak we all celebrate...dan hasilnya semua tidur lewat...
 

 Kek kukus buah...Wan fav. ever...

 Semoga wan gembira bersama kami... :))

Rendang tok daging by me...
Makan dengan nasi impit...yummyyy...

Dan lain agenda juga adalah program merisik khabar untuk jiji...

Mula2 tengok jea pastu tangan nie rajin nak mengubah lak...

 Tada sudah siap digubah...

 peace no war...


25.12.2010 pula kami merisik khabar untuk jiji semoga apa yang di bincangkan akan di permudahkan semua olehNYA...amin.

Friday, 3 December 2010

SeLaMaT PenGanTin BaRu SaHaBaT

Sabtu lepas kami ke wedding my besttt friend cik pida yang sudah menjadi puan pida...hehehe...welcome to the club ya puan pida....actually in Friday afternoon after solat Asar pida sudah ijabkabulkan..alhamdulillah semua berjalan dengan lancar..aku and hanim also turn up after working hours with spouse. 
And the big day in Saturday...


Haa itu dia gambar pengantin dan my family...gambar bawah tu kawan aku yang ambil...katanya "meh ambil gambar nie...nak ambil berkat untuk anak ketiga"....hehehe macam-macam...pida tu yang patut ambil berkat... InsyaAllah next baby jika diizinkan Allah...tapi kalau nak ikutkan Akalili, dia still tak nak baby boy dont know why? kalau main dengan baby boy ok pulak dia suka aku pun tak faham apa yang dia fikirkan...Dan kalau nak diikutkan dengan Sorfina pulak erm anak kecil yang umur 2 tahun 6 bulan 18 hari nie memang tak nak kan baby langsung..bila tanya pasal baby terus cakap "tak nak" bila tanya lagi confirm Sorfina tukar topik lain...dan juga memang tak berapa friendly dengan baby...jealous maybe...dan sangat manja dengan abahnya...


p/s ---> apapun yang Allah bagi aku terima dengan redha...sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu itu ada hikmahNya...yang penting RahmatNya ku pohon untuk diriku serta keturunanku...amin...

Thursday, 30 September 2010

Raya BLT 2010

Raya BLT 27102010 pada Isnin baru nie saja...alhamdulillah sangat meriah...memang meriah...alhamdulillah segala apa yang dirancang berjalan dengan baik sekali...makanan pun alhamdulillah cukup...semua jemputan admin, ukur bahan dan ukur tanah pun hadir...menu ---> satay, lemang, nasi impit kuah kacang, nasi impit lodeh, laksa asam, rendang ayam dan rendang daging, roti jala, puding jagung, puding keladi, biskut raya dalam 10 balang dan buah-buahan DAN kek from SP Choc Ind untuk en Mat our big bos...yang aku rasa best rendang daging yang podeh memang piur orang nogori buat...marvelous...


 
 Ruang yang digunakan...

 Apa lagi nak letak nie...

 Amboi sibuk sangat lea tu ya...

 
 Kek time...adoiii makan kek pulak...

 Acara bebas bergambar...hihihi...


Wednesday, 29 September 2010

Raya 2010 KKR

Last week raya di tempat aku cukup meriah siap ada media dan artis datang...sempat lea officemate aku keluar tv hihihi...Dalam dewan sampai lea keluar dewan...macam-macam ada...tapi yang aku best char kueh tiew penang mari tuuu...cayalah...yang lain menu macam biasa dihari raya....aku makan ada-ada jea...tapi otak-otak pun boleh tahan lea aku layan...

 Siap buat gerai senang...

 Tetamu didalam dewan...

 Me and girls from my office...

 Salah satu port yang kami take pic...

 Unik siap ada buat gula kapas...1st time ada nie...

 Tapi kalau nak kena beraturrrr panjang gilosss...xdapet den nak layan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails