Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Wednesday, 4 December 2013

Sabah ~ Percutian Cinta Family Bermula

Assalamualaikum!!!

Alhamdulillah hari ini cuaca cantik!!! Semoga ALLAH permudahkan urusan orang-orang yang di timpa musibah banjir...



Yeahhh!!!! Mood nak cerita pasal cuti-cuti saya sudah datang... Awal tahun 2013 Air Asia ada buat promo then saya pun opss!!! macam best jer...macam syok jer...nak surprised kat en.muz so dengan senang hati saya beli tiket untuk bercuti ke KK...done booked...kemudian baru bagitau en.muz pasal ini...ok best en.muz on jek...pergi balik rm550. murahlah kan...lagi 2 minggu nak fly barulah saya beli seat dan makan dalam flight....besttttt....dan dalam masa 2 minggu sebelum terbang tu jugalah saya search segala tentang KK dan siap tanya kawan-kawan yang sudah bercuti ke KK. Senang nak kehulu kehilir...dan yang penting GPS harus ada...nak kemana-mana senang dan mudah!!! Dulu masa ke KK atas urusan kerja so tidaklah excited sangat nak kehulu hilir tu...now bersama family sudah tentu banyak aktiviti yang menarik bakal dijalankan...


So 27 November 2013 kami sekeluarga pun terbang ke KK.. 12.40 petang waktu penerbangan kami. Maka seawal jam 9 pagi kami sudah keluar rumah...ermm seperti yang lepas memang kami akan ambil teksi ke KL Sentral dan ambil bas ke LCCT...seronok travel begini tanpa mengganggu orang lain...pagi-pagi memang tak lalu nak makan pun. so masa di KL Sentral tapau burger king...bestt layan dalam bas bersama anak beranak...before ni jiran sebelah memang bawa teksi so senang la...tp now sudah tiada so terpaksalah en.muz panggilkan teksi ke rumah...

::: Dalam bas ke LCCT :::

Sampai di LCCT pun da hampir 11 pagi terus kami check-in bag dulu...lepas tu masing-masing sibuk nak ke toilet...ok kita buang apa yang patut dulu...sebab saya memang tidak suka buang di atas nanti..tidak macam en.muz dan Akalili...opsss kali ini Akalili yang sibuk duk ke toilet saja...haisss...then kami pula ke boarding pass...Dalam flight masing-masing tidak duduk diam pun...satu baris A to F memang line kami jek...tapi habis semua nak duk dengan ummi mereka ini...lastly en.muz tinggal seorang disitu...

 ::: Beratur untuk check-in bag :::

::: Tidak pernah duduk diam walau sesaat ::: 

::: Semua duduk dengan ummi ::: 

::: ok lunch nasi ayam ::: 

::: Best nasi ni tapi banyaklah ummi ::: 

::: Time makan Maritza tidur disebelah en.muz :::

::: Nasi Briyani :::
::: My food, bestt layan pedas ::: 

 ::: Nasi Ayam :::

::: ok Maritza duduk diam sekejap jek ::: 

::: ok Maritza layan tab bagi duduk diam :::

Perhhgg jenuh juga nak layan Maritza diatas nun...iyalah 2 jam setengah duduk dalam flight...mau tak penat...lepas makan tido...lepas tido makan...itu je la kerjanya...


Sampai KK ambil beg dan tunggu kereta sampai...Saya sewa kereta untuk 3 hari...dapat kat blog dayah...terima kasih dayah kenal kak mai dengan kak Maya...

Dapat kereta terus cari masjid dulu untuk solat...



Entri seterusnya nantikan....






Wednesday, 27 November 2013

Sambung Percutian Lagi...

Assalamualaikum dan selamat pagi...


Kuala Lumpur - Bentong - Kota Bahru - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu kami datang....


Semoga ALLAH berkati dan meredhoi percutian kami seterusnya...





Friday, 22 November 2013

Masa Untuk Bercuti....

Assalamualaikum dan Selamat Petang.


Alhamdulillah sudah hari Jumaat pun...Tak sabar nak tunggu Jumaat ini kerana esok mulalah percutian Cuti-cuti Cinta Family saya...Malam ini kami akan pulang ke Bentong dahulu...Rindu juga dengan uwan saya itu..
Dari minggu lepas dan lepas lagi asyik call dan tanya bila nak balik...ikutkan hati taknak balik terus (hahaha sengal ayat nie) tiap minggu nak balik...syok duk kampung nie...

Hari patutnya i halfday...da siap bagitau my bos pun...tapi sebab nak cuti lama so kena siapkan semua kerja yang ada...no tinggal-tinggal kan...nak bercuti pun sonang hati...


Picture taken 9/11/2013 (Sabtu)
Bawa tiga beradik nie mandi manda...

Mula cuti hari tu Akalili asyik merengek nak balik Bentong. Makcik saya siap call suruh hantar Akalili ke Bentong duk dengan moyang...disebabkan kami terlalu sibuk so saya diamkan saja...lastly baru bagi tahu nak balik Jumaat ni dan akan bercuti...

Yesss seronok benor Akalili...

Tuesday, 2 July 2013

Family Trip Langkawi - Day 1

Salam petang Selasa.
Alhamdulillah now sang matahari sungguh menyerlah kan...syukur..

Sedap dapat lelap mata sekejap tadi.
Lately memang kurang tidurnya...Entah kenapa padahal kerja nak buat idaklah banyak pun. Ohh kesian mata saya ini kan. Macam semalam memang sudah set dalam otak nak tidur awal tapi itulah kan kita hanya merancang tapi Allahjualah yang menentukan segalanya. Semoga apa yang saya rancang dan buat Allah permudahkan...aamiin aamiin aamiin..

Ermm masa orang sibuk dengan jerebu pada minggu lepas saya dan family keluar bercuti. Alhamdulillah tempat percutian kami memang tiada pun. Mungkin jauh lagi kot kan. Nak tau kena tunggu my friend naik kerja esok sebabnya lepas saya balik kawan saya pula ke sana. Cuti-cuti juga bersama family. Syukur now di KL sudah tiada jerebu lagi...terima kasih ALLAH...

Saya ke Pulau Langkawi pada 23 Jun 2013. Pertama kali pergi dengan family tercinta saya. Haruslah sangat teruja kan bersama anak-anak. Ramai pula yang nak ikut. Asalnya saya cuma bawa emak. Lastly ramai pula yang join. Ermm apalagi seronoklah ramai yang pergi. Sayalah yang sibuk book tiket kapal terbang dan tempat penginapan serta transport disana.

Pagi ahad tu kami gerak pagi ke LCCT kami naik AirAsia. Tapi tidaklah terus ke LCCT. Mulanya nak minta tolong adik yang hantar. Tapi en.suami kata kali ini kita naik bas. Lagipun Maritza belum merasa naik bas. So bila fikir punya fikir punya fikir oklah. Nak juga tengok keadaan Maritza ok ke tidak bila naik bas kan. So ambil teksi dari rumah ke KL Sentral dan ambil bas ke LCCT. Seronok juga kan naik bas dengan family.
Masa perjalanan nak ke sana memang nampaklah jerebu yang kuat tu.
Dalam bas mulanya Maritza memang tidak duduk diam langsung. Asyik bangun duduk bangun duduk saja kerjanya. Lastly tidur juga penat agaknya bangun pagi-pagi. Akalili duduk dengan auntie dan Sorfina pula duduk dengan emak. Sorfina memang kalau ada emak saya dengan kami memang tidak pandanglah. Cucu emak ler tu. Adik sefamily dia bapak mentua dia hantar. So kami jumpa di LCCT.

Otw ke KL Sentral & LCCT.

 Welcome to Langkawi.

Dalam flight & Pulau Langkawi.

Sampai dalam jam 1500 tunggu beg sambil tunggu kenderaan yang kami sewa. Saya ambil van senang. Van Pregio semua pun boleh naik kan senang...hihihi
Lepas tu bayar deposit. Terus pergi cari pam minyak sebab minyak sudah bagi signal untuk diisi. Penyewa memang tak akan isikan kita minyak. So kena pandai-pandai la budget minyak sampai hari nak pulang nanti.
Lepas isi minyak kami patah semula ke airport untuk makan. Lapar pula rasanya sudah petang gitukan. Sambil tunggu adik sampai sebab flight kami berbeza. Masa saya nak book tu sudah habis. So mereka naik flight selepas kami saja. Alang-alang tunggu sajalah sambil menikmati nasi marrybrown dan bubur nasi untuk Maritza dalam airport.

Marrybrown layannn...

Malam kami makan di Dataran Helang. Disana banyak juga kedai makan. Tapi lepas makan semua macam penat so tak sempat nak pergi jalan-jalan kat dataran semua balik tidur....

Maritza kepenatan begitu juga semua...

Masing-masing lepak dalam bilik masing. Yang seronoknya bilik saya dengan emak adalah connecting room. Maka apalagi sukalah Sorfina. Asyik ketuk pintu suruh opah buka. Lastly Sorfina tidur dengan emak. Bilik saya cuma kami berempat.
Empat bilik dibawah memang saya book sebaris serta dua katil queen di setiap bilik so memang selesa semua tidur.

Ok hari pertama kami di Langkawi...

Wednesday, 26 June 2013

Wordless Wednesday.

Sepetang di tepi pantai 24/6/2013...

Tuesday, 2 April 2013

Sepagi di GrandLexis

Salam petang Selasa.....

Ermm cerita sudah basi kan. Sudah masuk bulan April baru terhegeh-hegeh nak cerita. Adehhh..
Nak buat macam mana kan.
Okies sambung lagi, semalam tidak sempat nak tulis habis kan.

Ermm jap nak ingat semula...
Pagi Ahad masa di GL memang adehh macam malas nak bangun kan.
Sedapnya la dapat merebahkan diri dan merehatkan diri pada hari hari cuti.
Namun kena ingat kita bukan dirumah.
Makanya lepas subuh bangun bersiap nak pergi breakfast.
Meh kita layan gambar sikit...

::: Restoran Duyung :::

 ::: Layan sarapan :::

 ::: Bubur for Maritza & Roti canai for me :::
Yang lain layan nasi lemak...

Maritza da layan bubur, bagi dia makan cococrunch so ummi dia leh la makan...

Selepas makan Akalili sibuk nak ajak pergi naik basikal jalan-jalan keliling GL. Tapi sebab sudah lewat basikat kocik bosar sudah habis disewa.
Makanya kami ke tempat memanah. Ermm seronok juga kan layan memanah ini. Tapi half way saya bagi en.suami sebab asik keluar sasaran jea...sodeh den...

::: en.suami, SIL & me, berada di tempat masing-masing :::

::: Yeahhh pemanah asmara hebat :::

::: Adehh tengok la, orang panah lurus saya cokeng ke atas :::

::: Lastly en.suami ambil alih untuk saya :::

 ::: Sorfina memang susah sikit kalau nak suruh dia duk diam :::
Tapi good ni lah yang ambil gambar kami.

::: Yang lain berehat di pondok. Akaklili setia menjaga Maritza :::
Kakak yang baik sangat. Tq Sayang...

::: en.suami, sil & me (dengan bantuan en.suami) hehehhe :::

Selepas habis memanah kami semua jalan ke kawasan chalet atas laut tu...erm cantiknya view disana. Selepas habis berjalan dan bergambar kami balik bilik semula...
Semua layan mandi kolam...seronok sangat layan anak-anak kocik nih...

::: Maritza kepenatan selepas mandi kolam. Lepas cuci badan Maritza bagi susu terus lena. :::

Check Out Time
 Nak cari T-Shirt GL habis.

 Payung wajib beli ...heheheh

T-Shirt tak ada layan MUG.
Beli 4 for Ummi & sil juga.

Yeah percutian yang menyeronokkan kami semua...Lepas check out terus ke Seremban. Lunch disana.

Thursday, 21 March 2013

Grand Lexis Port Dickson


Ermm last weekend saya dan family bercuti ke Port Dickson.
Pertama kali gitu bersama family. Kalau masa berdua dulu-dulu memang kerap juga kami ke PD.
Tapi bila sudah ada anak. Destinasi selalunya mesti di Kuantan.
So now tukar angin pula ke PD kami sekeluarga juga bawa ummi dan adik bongsu en.suami.

Sebab Rabu hingga Jumaat sebelumnya itu saya ber teambuilding di Glory Beach Resort sebelah Grand Lexis. Asyik uhsyaa Grand Lexis macam best je kan...lastly bagitau en.suami nak lepak sana sajalah..
Hehehe nak betulkan semula urat-urat yang tiga hari ber teambuilding tu...Adehh dasyat teambuilding nie...

Saya ambil bilik Premium Suite. Rumah seperti Bungalow yang ada dua bilik dan kolam renang terletak di luar...private pool lagi...senang i nak terjun terjun kan...terjun la sangat...

Kami balik Kuala Pilah hari Jumaat. Keluar rumah lepas Maghrib bila nak masuk Duke jalan jem...so cancel nak makan di Seremban...en.suami ajak pergi WangsaWalk mulanya nak makan Popeye. Sekali Popeye sudah tutup di sana. Lama sunggu kami tidak ke sana. So kami pilih A&W..layan...
Dalam 10 malam baru gerak balik ke Pilah ikut Lekas. Hampir jam 12 baru sampai rumah ummi.
Saya memang da tak tahan siap-siap terus tidur. Jam 5 pagi baru bangun semula solat Isyak...adehhh

Sabtu pagi baru saya book itu bilik la...huhuhu tinggal beberapa saja bilik nasib ada untuk kami...
Pagi tu ummi masak ikan patin steam dan ikan asam pedas...pehh memang layan la dua lauk tu...ummi buat ayam ala-ala KFC lak...memang best arr...siap tapau masuk hotel...petang lepas mandi kolam layan nasi lagi...memang waaalaaa...

::: Aktiviti petang Sabtu :::

Akalili gigih belajar berenang. Akhirnya pandai juga Akalili berenang.
Sorfina memang main air kat tepi-tepi kolam sahaja.
Kalau saya tak pegang untuk bermain dalam kolam jangan harap Sorfina nak masuk air...
Takut katanya...so duk je la tepi-tepi tu..
Sampai menangis dia en.suami nak lepaskan dia tengah-tengah kolam...
Maritza pula pantang jumpa air nak terjun saja dia...
Memang kena berhati-hati sungguh dengan Maritza nie...huhuhu
Dua kali tertelan air kolam...adehhh sian dia...
Saya just lepak di meja dengan ummi sambil mengambil gambar sahaja...
Datang memang nak rehatkan badan malas nak main air lagi...
Penat berakit kat laut tak habis lagi huhuhu...
My SIL pula layan kolam bersama mereka...
Seronok betul masing-masing....

Malamnya pula layan seafood di Ikan Bakar...adehh lupo nama kedai tu...

::: My SIL dan Ummi ::: 

Budak penat tunggu makanan sampai... 

 Yes seafood sudah sampai...makan time...

Lepas makan....layan bergambar...

p/s nanti sambung next cerita pagi hari di Grand Lexis...


Monday, 21 January 2013

Cameron Highlands.......penutupnya.....

Salam petang Isnin...

Udah hampir jam 9 malam di sebutnya petang lagi...boleh la kan...hari masih muda gitu kan...hari ini kerja ke hulu ke hilir jea...tanggungjawab kerja dan keluarga harus di seimbangkan...dulu kita tengok kawan-kawan ke hulu ke hilir now bila sudah rasa sendiri Allahuakbar nikmatnya...walaupun kadang-kadang tu terasa agak fenattt tapi seronok..dapat jalankan tanggungjawab dan amanah yang Allah bagi tu...alhamdulillah syukur...

Ermm berbalik pada story i di Cameron Highlands hari tu...Hari sabtu tu kami sibuk pergi cari strawberi dan jambu epal tu serta bunga for my mom...emak memang sukakan bunga-bunga nie...tapi bunga kering memang tak jumpa yang ado bunga ros yang macam-macam warna tu kan so beli yang itu sajalah...

Jomsss layansss gambar yang sempat di snap.....

Tempat pertama yang dituju...
My gegirl sibuk nak makan strawberi coklat padahal malam tu sudah makan 1 paket.

Strawberi sudah banyak. 

Nurcinta family.

Akalili yang beria nak masuk petik strawberi nie.

Bila ingat semula anak-anak lepas setahun jea abahnya mesti bawa pergi CH nie,
nak suruh petik strawberi la tu kan..kan...like before this..Akalili  and Sorfina..

 Happy togerther. 


 My Maritza sayang.
Lepak di Cameron Valley Tea.

Masa ni Akalili dan Sorfina sudah turun bawah Cik Amin dia bawak.
Cantik pemandangan hijau saja..

Akalili snap gambar kami dari atas.

Nak tambah koleksi lea tu. 

Sorfina pun nak join sekali.

 Another one.

 Tambah koleksi payung juga le tu.

Model payung.


Ermm on the way balik singgah di Tapah lama juga rehat di sana.

Okies kena stop ada bacaan HADIS.....jom dengar...wassalamm.....


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails