Showing posts with label sharing story. Show all posts
Showing posts with label sharing story. Show all posts

Friday, 16 November 2012

The Sungai Buluh - Kajang MRT Line



How is the MRT Project going to Affect the Overall Property Market?

Running up to 2012 before the MRT-SBK Line is completed, more property developers will be planning high density residential developments along the MRT route. Projects which are strategically located near MRT stations will likely to enjoy good sell-outs as buyers are confident of future demand for their property once the MRT is in operation. Proximity of any proposed condominium development in relation to a MRT station has been a major winning factor these days. New launches which are strategically located near to a MRT station will be expected to be priced at least 10% higher than others which are located further away.

Residential developments within walking distance to MRT stations will undoubtedly benefit the mmost as the demand for rental units at these areas will be guaranteed. Most working class commuters would like to have their rental housing within walking distance to MRT stations as first priority.

Comes 2017 when the MRT-SBK Line is finally completed, the commercial property in the vicinity of MRT stations will be in great demand. The huge number of passengers using MRT will give rise to plenty of new business opportunities of all kinds in the vicinnity of MRT stations. This has proven true in Singapore, HOng Kong and Taiwan. Commercial and retail premises which are located near MRT stations at these countries enjoy good occupancy rates and high rental. The same scenario will likely to repeat here in KL.


Wednesday, 10 October 2012

T.A.R.B.I.A.H. - Update

Assalammualaikum...
Salam Rabu yang penuh dengan keberkatan..
Insya-Allah...

Alhamdulillah pagi ini bangun tidur.
Syukur masih hidup..
Allah masih kurniakan suami dan anak-anak lagi..
Boleh kata Allah masih kurniakan nikmat hidup ini bersama-sama orang-orang tersayang...
Alhamdulillah...

Hari ini sampai di pejabat seperti biasa...
Dan seperti biasa juga ambil mug untuk ke pantry ambil air...
Di pantry memang ada sebuah tv...
Tup tup kisah ibu dan anak...
Di MHI TV3...
Pagi-pagi lagi air mata ini menitis...
Tatkala melihat pengorbanan seorang ibu menjaga anaknya...
Dengan penuh kasih sayang ibu itu menjaga anaknya...
Ohh makin lama menonton...
Makin banyak air yang ditakungkan di dalam kelopak mata ini...
Akhirnya tewas untuk membendung air mata itu dari keluar dari kelopak mata...
Terus lari ke meja sambil menangis teresak-esak...

Dalam hati terdetik..
Ya Allah sungguh kuat pengorbanan dan ketabahan hati ibu itu kepada anaknya...
Air mata semakin deras berjujuran keluar...
Ku doa kehadrat ilahi agar Allah memberikan yang terbaik buat anak dan ibu ini...

Ahmad Adam Syukri.
Berusia 7 bulan.
Sumbangan boleh disalurkan kepada keluarga adik Ahmad Adam Syukri di:

Noraisah Mohamad Malena.
02040007292201 (CIMB)
161136331818 (MAYBANK)


* Adik Adam selamat menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 7 Mac 2013 di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur. Adik Adam akan dikebumikan pada 8 Mac 2013 di tanah perkuburan Islam Kabong,


Tuesday, 2 October 2012

Halo


MATAHARI dikelilingi bulatan atau 'Halo' 
dirakam jam 1 tengah hari tadi
di kawasan Taman Perindustrian Bersepadu, Rawang. 
Matahari halo ialah fenomena optikal 
yang dihasilkan daripada kristal ais 
menghasilkan satu bentuk bulatan atau gerbang di awan.
- Foto NSTP/Salhani Ibrahim -

Wednesday, 9 May 2012

Setiap terjadinya sesuatu itu ada hikmah dariNYA

ALANGKAH BERTUAH ANAK SULUNG....

"Adik-adik dapat semuanya, dulu saya tak dapat apa pun!"

"Kenapa adik A dapat laptop? Baru tingkatan empat! Dulu saya beli laptop di universiti guna duit biasiswa!"

" Yelah, dulu saya jalan kaki je dalam kampus, adik B boleh pula mama belikan dia kereta!"

"Sampai hati ayah, tiap-tiap hari 'topup'kan untuk adik C. Untungla dia, bukan mcm aku."

"Menyampah aku tgk adik D, mama asyik urutkan kaki dia je. Kaki aku ni lenguh-lenguh tak de pulak aku mengada-ngada macam dia!"

"Tak adil betul mak dan ayah, saya bertunang dulu tak buat besar-besaran macam adik E pun!"

"Aku pun jarang balik juga, tapi mak asyik masakkan masakan kegemaran adik F je. Benci".
Ungkapan ini selalu kita dengar dari mulut anak-anak sulung kan?

Kenapa selalu terjadi begini?
Sedangkan jarak umur tidak begitu jauh, kadang-kadang kita dengan adik-adik selang setahun sahaja. Sedangkan kita pun belajar rajin-rajin untuk ambil hati mak ayah kita.
Sedangkan kita pun berlumba-lumba buat baik untuk dapat secebis perhatian mereka.
Sedangkan kita pun berusaha untuk penuhi segala impian ibu bapa kita.
Sedangkan kita tak putus-putus doakan mereka, dalam doa, setiap ingatan adalah untuk mereka.
Pendek kata semuanya, segalanya telah kita cuba lakukan untuk menawan hati mereka.
Tapi, kita masih berasa gagal, berasa ibu bapa kita tidak adil, pilih kasih, dan suka melebih-lebihkan adik-beradik yang lain!
Kenapa ya?

Wahai anak-anak sulung dan mungkin sulung.
Bersabar banyak-banyak ya. Sebenarnya inilah peluang kita untuk mengadu pada Allah sebanyak-banyaknya, betapa sedih hati kita, betapa kecewanya kita dengan sikap ibubapa kita. Jangan risau anak-anak sulung, Allah Maha Menghitung, setiap niat di hati kecil kita, setiap apa yang kita usahakan, setiap kebaikan yang kita cuba lakukan, semuanya Allah hitung. Jika mereka tidak memandang, jika mereka tidak sebut-sebut, anggap sahaja usaha itu sebagai percubaan kita untuk membalas jasa mereka yang tidak ternilai besarnya di dunia ini. Tidak rugi kita membuat kebaikan pada mereka, malah Allah janjikan syurga bagi mereka yang berbuat baik pada ibubapa. Mereka berdua ialah insan yang paling banyak menggembirakan kita sewaktu kecil dulu. Mereka berdua ialah insan yang paling gembira semasa kita dilahirkan ke dunia ini. Besarnya jasa mereka tetap tidak dapat kita balas walau dengan segunung emas. Apalah kecilnya kebaikan kita jika hendak dibandingkan dengan susah payah mereka dahulu??

Anak-anak sulung yang disayangi Allah..
Lihat ke belakang, mungkin ada silap kita yang menyakiti hati mereka tanpa kita sedari?
Mungkin kata-kata kita selalu pedas? Atau terlalu banyak bunga-bunga 'api' dalam kata-kata kita kepada mereka?
Mungkin ada perbuatan kita yang terus-terusan membuat mereka benci atau ada sikap kita yang membuatkan mereka 'fed-up' dan rimas? Pengotor, atau suka marah-marah?

Mungkin kita suka mengungkit-ungkit kebaikan yang kita lakukan pada mereka?
Cuba muhasabah kembali apa sikap yang ibubapa kita benci? Atau risik-risik pada adik-beradik yang menjadi 'anak emas' mereka, manalah tahu kalau-kalau ibubapa kita mengadu pada mereka. Sekurang-kurangnya kalau sudah jelas, boleh juga kita cuba berubah. Ya tak? Cubalah.

Peralihan zaman juga mungkin sebabnya. Dulu, ibubapa kita susah, gaji tidaklah sebesar gaji sekarang. Nak makan di luar pun susah, apatah lagi nak bermewah-mewahan. Tapi sekarang, adik-adik beruntung, apa sahaja yang di'godek-godek' pada ibu, semuanya akan dibeli. Apa saja yang di'ngomel-ngomel' pada ayah, terus boleh dapat. Betul kan?

Sebenarnya kita bertuah.
Bertuah kerana Allah telah memilih kita bersama-sama mengharungi hidup 'susah' dahulu dengan ibubapa kita. Mungkin waktu itu adik-adik kita masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Mereka terlepas saat-saat sukar yang mengikat hati, menambah sayang kita pada ibubapa kita. Kita menyaksikan 'kesusahan' mereka di depan mata kita, membuatkan kita nekad untuk memberi yang terbaik dalam hidup kita untuk mereka. Adik-adik merasai kemewahan hari ini tanpa melalui 'kesusahan' dahulu, itu rezeki mereka. Percayalah, rezeki kita tetap ada. Allah kan Maha Adil?

Bertuah lagi sebab kita tidak menyusahkan ibubapa kita dengan meminta itu dan ini. Tidak memberatkan mereka dengan permintaan kita, walaupun ibubapa kita mampu. Kita anak-anak sulung yang baik, meringankan ibubapa kita. Nak meminta-minta tak sampai hati, kan? Mereka pun tak pening kepala nak penuhi permintaan kita. Bertuah kan kita?

Ada lagi bertuah? Bertuah lagi sebab ibubapa kita sebenarnya menganggap kita sudah pandai berdikari dan boleh menguruskan diri. Anak sulung hatinya kuat. Apa sahaja boleh dibuat. Sayang adik-adik, selalu mengalah. Sayang ibubapa, selalu menolong apa sahaja, sebab kita besar daripada adik-adik. Sebab itu ibubapa kita kurang memberi-beri pada kita, baik pada kasih sayang, mahupun material. Kita kan anak sulung yang hebat??

Buat anak-anak sulung yang memang Allah kasihi,

Sesungguhnya setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Bukan kita sahaja yang diuji sebegini, ramai lagi yang lebih hebat ujiannya. Ada mereka yang tidak pernah merasa kasih sayang ibubapa sejak lahir lagi. Cukuplah ibubapa kita telah berjaya membesarkan kita, merasa kasih sayang mereka sejak kita kecil. Ibubapa kita juga manusia, tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Mana ada ibubapa yang bencikan anak, cuma kadang-kadang mereka terlepas pandang anak sulung mereka ini, atau mereka sedang berkecil hati dengan kita. Maafkanlah mereka, bersangka baik dan jangan berhenti membuat kebaikan kepada mereka. Jangan sesekali menghitung kebaikan kita kepada mereka. Jadilah anak sulung yang cekal, baikhati dan sentiasa berserah segalanya pada Allah. "Sayang ibu berkorban nyawa, sayang ayah berkorban jiwa". 

Terus kuat ya anak-anak sulung!





* Bagi Mai setiap yang  terjadinya sesuatu itu ada Hikmah dariNYA. Sebagai manusia kita pandanglah sesuatu yang terjadi itu sebagai satu petanda untuk kita memuhasabahkan diri kita...wallahualam...









Wednesday, 30 November 2011

Wonderful Day (*_^)

 
 
Selamat pagi sahabat2ku....
Sekadar perkongsian....

★R Ä B Ü★
Pada hari Rabu,
Allah swt menciptakan CAYAHA.

Seterusnya Allah swt menciptakan lautan, sungai pada hari Rabu..
Justeru,waktu atau hari yang paling sesuai untuk memulai minum ubat ialah pada hari Rabu..

Semua peristiwa yang terjadi pada hari Rabu, berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik.
Rasulullah SAW pernah ditanya tentang hari Rabu,
Baginda menjawab : 'Hari Rabu adalah hari yang selalu nahas'
Mereka bertanya: 'Kenapa terjadi demikian ya Rasulullah?
Rasulullah SAW menjawab : 'Allah swt menenggelamkan Fir'aun dan bala tenteranya.
Membinasakan kaum 'Ad dan kaum Tahmud,mereka adalah kaum Nabi Salleh,pada hari itu'.

① 'Auj bin 'Unuq dihancurkan dengan hud-hud(sejenis burung)
② Qarun dihancurkan dengan terbenam ke dalam tanah.
③ Fir'aun dan tenteranya tenggelam di laut Nil.
④ Namrud dihancurkan dengan nyamuk.
⑤ Kehancuran kaum Salleh.
⑥ Syaddad bin 'Ad dihancurkan dengan teriakan Jibril a.s.
⑦ Kaum Hud dihancurkan dengan angin taufan.

via Cinta Islam







Monday, 10 October 2011

Taman Botani Negara Shah Alam, Bukit Cerakah

Pengunjung Taman Botani Negara Shah Alam, Bukit Cerakah di sini berpeluang untuk merasai semula suasana iklim empat musim apabila kemudahan itu dibuka semula baru-baru ini setelah ditutup kepada orang ramai sejak tiga bulan lalu.


Pembukaan semula Rumah Iklim Empat Musim itu dilakukan setelah pihak pengurusan Taman Botani Negara Shah Alam selesai menjalankan kerja-kerja penyenggaraan terhadap kemudahan itu yang merupakan salah satu daripada tarikan pengunjung ke taman alam semula jadi itu.

Pengurus Taman Botani Negara Shah Alam, Mohamad Gaddafi Denis berkata, kerja-kerja menaik taraf dan penyenggaraan rumah iklim dilakukan oleh pihaknya pada Julai hingga awal September lalu, membabitkan kerja pembaikan semula bangunan, pengudaraan dan suhu di kemudahan itu yang sebelum ini telah beroperasi tanpa henti sejak 20 tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, kerja menaik taraf dan penyenggaraan yang dilakukan tidak membabitkan perubahan terhadap kira-kira 68 spesies pokok di dalamnya yang mana ia masih dikekalkan sejak ditanam pada tahun 1991 kecuali spesies bunga yang ditukar setiap kali selepas musim sejuk.

"Rumah Iklim Empat Musim ini telah beroperasi tanpa henti setiap hari selama 20 tahun ia dibuka kepada orang ramai. Bagaimanapun, kami tutup sementara dalam tiga bulan untuk menaik taraf persekitaran kemudahan serta penyenggaraan mesin.

"Kerja-kerja menaiktaraf ini memakan kos sebanyak RM500,000. Namun, kerja-kerja dilakukan dengan teliti agar tidak menjejaskan pokok sedia kerana sebarang perubahan terhadap suhu atau persekitaran boleh menganggu kitaran hidup tumbuhan berkenaan," katanya.

Tambah Mohamad Gaddafi, antara spesies pokok empat musim di kemudahan itu datangnya dari benua Asia Timur, Eropah dan Amerika seperti sakura, maple, peach , epal, ginko, magnolia serta pokok-pokok bunga seperti daisi, kekwa dan sebagainya.

Orang ramai yang mahu mengunjungi Rumah Iklim Empat Musim boleh hadir bila-bila masa bermula pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang kerana kemudahan itu dibuka setiap hari kecuali pada hari Isnin.

Bayaran sebanyak RM3 dikenakan bagi orang dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak dan kadar itu adalah jauh lebih rendah daripada mana-mana taman iklim yang ada di negara ini.

 
Kemudahan Yang Disediakan      
  • Danau Perikanan
    Terletak di kawasan seluas 6 hektar, Danau Perikanan merupakan lubuk bagi pelbagai jenis ikan air tawar.
  • Taman Iklim Sederhana Empat Musim
    Musim salji di negara tropika- Malaysia? Di taman Iklim Sederhana Empat Musim anda boleh mengalami keempat-empat musim dengan bantuan kreativiti manusia dan teknologi.
  •  Taman Hiasan
    Sebuah taman seluas 16 hektar yang dihiasi tumbuhan yang dijaga rapi, lorong-lorong berturap yang berwarna-warni dan menawan serta pancutan air. 
  • Taman Cendawan
    Taman cendawan seluas 2 hektar memberi peluang kepada anda untuk mengenali pelbagai jenis cendawan yang terdapat di seluruh Malaysia.
  • Taman Padi
    Anda berpeluang menyaksikan bagaimana proses penanaman padi dijalankan di Taman Padi yang mempunyai keluasan 2.8 hektar.
  •  Taman Haiwan
    Taman Haiwan seluas 72 hektar merupakan tempat tarikan bagi kanak-kanak. Mereka akan terpegun dengan taman arnab, kawasan kancil dan ternakan daging seperti kambing, biri-biri, selembu dan sebagainya.
  •  Aviari
    Di Taman Burung yang terdapat di Taman Pertanian Malaysia anda berpeluang menyaksikan burung-burung terbang bebas dalam persekitaran semulajadi.
  •  Taman Koko
    Koko yang menjadi minuman kegemaran si seluruh dunia, juga ditanam di Malaysia. Teknik-teknik penanaman koko dapat dilihat di kawasan seluas 4 hektar dimana anda berpeluang menyentuh buah koko yang berwarna hijau dan kuning.
  •  Kampung Idaman
    Ingin menikmati cara hidup di kampong? Kunjungilah Kampung Idaman di mana anda berpeluang melihat rumah-rumah kayu yang dibina mengikuti senibina setiap negeri di Malaysia.
  • Taman Orkid
    Saksikanlah pemandangan bunga-bungaan yang indah dan berwarna-warni. Lihatlah sendiri berbagai jenis orkid yang tercantik di dunia kembang mekar.
  •  Kampung BudayaMenyediakan 13 buah banglo yang setiap satunya direka bentuk mewakili setiap negeri di Malaysia yang boleh disewa secara harian.
  •  Empangan Sungai Baru
    Empangan ini telah membekalkan air kepada penduduk Kelang Utara dalam tahun 1930-an – 1060an.
  • Arboretum
    Ingin anda menyaksikan 20 jenis  pokok buah-buahan ditanam bersama di celahan kehijauan hutan semulajadi? Anda berpeluang untuk melihat poko-pokok secara lebih dekat di Arboretum yang berkeluasan 40 hektar.
  • Pemuliharaan
    Menjelajahi kawasan Pemuliharaan sambil mempelajari tentang agro-forestry yang ditumbuhi pohon-pohon kayu yang matang, pohon buah-buahan dan tanaman herba.
  • Taman Buah-buahan Tropika
    Teknologi pertanian yang terkini digunakan untuk menghasilkan pokok buah-buahan tropika yang berkualiti di Taman Buah-buahan Tropika seluas 25 hektar.
  • Taman Kaktus
    Taman Kaktus yang unik ini dilanskap berupakan sebuah gurun. Taman ini mempunyai lebih daripada 3,000 pohon terdiri daripada 145 jenis, 15 daripadanya terdapat di Malaysia.
  • Taman Kelapa
    Lambaian 370 pohon kelapa, seperti MAWA, MAMA, Gading, Pandan dan Rennal yang ditiup angin akan menggamit anda ke Taman Kelapa. 
  • Taman Buluh
    Pohon buluh yang kerap digambarkan dalam lukisan-lukisan Timur ialah satu lagi pohon yang mempunyai pelbagai kegunaan. Pelbagai sepsis buluh daripada yang biasa dilihat kepada yang eksotik dan semua ini terdapat dalam persekitaran semulajadi di Taman Buluh.
  •  Empangan Sungai Air Kuning
    Terletak dalam kawasan 4.5 hektar, empangan ini bersambung dengan Empangan Sungai Baru.  
Maklumat Lain
  • Masa MelawatSelasa- Ahad: 9 pagi- 4.30 petang
  • Perkhidmatan Bas DalamanPerkhidmatan Bas Dalaman adalah percuma. Disediakan setiap hari dari pukul 9 pagi- 5 petang.
  • Menunggang BasikalSewaan disediakan setiap hari 9 pagi- 5 petang
  • Surau
    Disediakan di Taman Padi Kampung Idaman dan Camar Rimba.
  • Penginapan
    Chalet: Kampung Idaman, Kampung Budaya, Rumah Persinggahan dan A’Frame (Camar Rimba).
  • Tapak Perkhemahan: Tapak Perkhemahan LKIM (Camar Rimba)
  • Memancing
    Danau Perikanan, Empangan Sunagi Air Kuning dan Empanagn Sungai Baru (Jumaat- Ahad dan cuti umum)

    Taman Pertanian Malaysia
    Bukit Cahaya Seri ALam, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
    Tel: 03-55106922 (Am)
    03-55107048 (Tempahan)
    Fax: 03-55100922

Friday, 7 October 2011

Wahai Suami

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,

Jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam…

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. 
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU & Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI...
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

 



Sunday, 19 June 2011

Tanah Kubur



Drama bersiri terbaru, Tanah Kubur menemui penonton di saluran Oasis pada setiap Jumaat bermula 13 Mei, jam 7.30 malam di saluran 106. Dengan 13 episod, drama terbabit sarat dengan nilai positif yang mampu dijadikan pengajaran dan iktibar kepada penonton, baik yang muda mahupun tua.

Bagi aku yang sudah lima episod berlalu di tonton bersama keluarga banyak teladannya. Dan untuk anak-anak pastinya akan tanya kenapa itu ini apabila sewaktu jenazah di kuburan. Dan untuk Akalili yang lihat pastinya lagi banyak soalannya dari Sorfina yang baru melepasi usia 3 tahun itu cuma mendengar apa yang kakaknya bertanya dan kami yang menjawab. Kisah-kisah yang lepas juga bagi usia Akalili pastinya kurang kenal apa itu menunjuk-nunjuk, bercakap besar dan mengumpat dan sewaktu dengannya kan. Tetapi berbeza dengan episod yang ke enam ini. Ceritanya sudah menunjukkan dan menampakkan seseorang itu sangatlah suka memakai barang kemas yang banyak dan tunjuk pada semua orang macam mami jarum itu kan...contoh!!! 

Bila terlampau sangat ALLAH turunkan peringatan hinggakan leher yang diselaputi emas tadi berdarah itupun masih ada hati nak kalungkan emas lagi lalu matilah ia bersama box simpanan emasnya yang bergelempangan. Apabila di tanah perkuburan pula bila jenazah di lilit dengan rantai besi yang sangat panas. Terpaksalah jenazah dikebumi tanpa diletak di tempat yang sebetulnya. Sewaktu tanah dikambus asap tebal pula keluar dari tanah hinggalah talkin dibaca tanah berasap. SubhanaAllah begitu seksanya azab jika lupa diri.

Dan nak dijadikan cerita Akalili terus cakap dengan aku, "ummi, janganlah pakai rantai itu semua. nanti ummi mati jadi macam tu...akak takutlah...akak tak naklah pakai rantai ni, tak nak pakai gelang kaki dan subang ni" jam-jam tu juga Akalili nak buka anting-anting...aku pun cakap "kalau pakai satu xpe jangan pakai banyak-banyak...bila En. Muz balik dari surau terus Akalili bagitau "tulah abah, jangan belikan ummi rantai" itu ini semua Akalili sebut.. En. Muz yang tak tahu apa-apa tercengang kejap...hihihi dan yang lawaknya En. Muz terus cakap "oklah kalau macam tu juallah semua..."sambil tersenyum...





Wednesday, 16 March 2011

pisang berangan

Erm semalam masa Pn. Maidatul hendak pergi kerja anak daranya Cik Akalili tiba-tiba bagitahu yang dia teringin sangat nak makan pisang. Siap bagitahu Pn. Maidatul tu yang pisang ada vitamin. Kebetulan juga semalam ada pasar tani di office memang ada saja pisang dijual disana so apa lagi kan tidak perlulah Pn. Maidatul keluar waktu rehat untuk mencari pisang cuma pilih saja di pasar tani.

Bila balik semalam Cik Akalili nampak Pn. Maidatul bawa pisang terus senyum suka. Dan terus cakap terima kasih pada Pn. Maidatul sebab belikan pisang itu kan. Gembira sungguh bila tengok anak-anak seronok begitu. Alhamdulillah...

 Kata adik tu, lagi byk bintik2 di pisang tu lagi manis pisang berangan ini.

Pn. Maidatul pun meng google lah info tentang pisang ---> Petua Warisan, tq.


Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi, garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .

Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ˜The New England Journal of Medicine˜, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah .
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!;

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Tuesday, 15 February 2011

SalaM MauliduR RasuL

Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN

- Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
- Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapak Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
- Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
- Baginda dipelihara pula oleh bapak saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN
- (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). 
- Bersama bapak saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
- Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
- Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’, jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah saja.
- Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
- Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
- Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
- Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapak saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapak saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
- Mas kawin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
- Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
- Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. 
- Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

- Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq.
- Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.


* Kenalilah junjungan besar, Muhammad S.A.W.. Moga maulid kali ini akan memberi 1001 pengertian tentang kehidupan baginda pd kita.



Tuesday, 19 October 2010

Kisah Pendayung Sampan...

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian.Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, “Hmm. Hari nak hujan.” “OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat” kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan. “Kamu dah lama kerja mendayung sampan?” Tanya Professor itu. “Hampir semur hidup saya.” Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas. “Seumur hidup kamu?” Tanya Professor itu lagi. “Ya”. “Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?” Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, “Kamu tahu geografi?” Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. “Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.” Kata Professor itu lagi, “Kamu tahu biologi?” Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. “Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?” Professor itu masih lagi bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. “Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan.” Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri. Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, “Kamu tahu berenang?” Professor itu menggelengkan kepala. “Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.” Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Morale of the Story:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi “MASTER” dalam bidang yang diceburi. Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?

Wednesday, 23 June 2010

Jolobu oh Jolobu....


Pernah dengar nama Jelebu di Negeri Sembilan? Nak tahu asal usul nama tersebut. Aaahaaa mari kita berkongsi cerita ye...

Jelebu dikatakan berasal dari perkataan labu iaitu sejenis tanaman menjalar. Orang Asli dari Sungai Ujung telah membawa benih labu dan menyemainya di kawasan petempatan baru. Didapati labu tersebut tumbuh dan menjalar dengan suburnya. Mereka bermuafakat untuk menamakan tempat tersebut sebagai jalar labu kemudian berubah kepada jalalabu dan akhirnya Jelebu.

Mungkin suatu hari nanti aku akan menetap disana. Erm banyak benda yang aku kena tahu lagi apa yang ada di Daerah Jelebu ini. Semoga apa yang aku rancang Allah permudahkan...Jolobu nantikan kehadiran den di sano...kalau nak tahu Jelebu ini ada lagunyer sendiri, hubby aku siap download lagunyer...semangat betul nak duk kat sana..erm aku ikut sahaja lah kalau nak ikutkan aku suka duk tempat lain tapi sebagai isteri aku harus menyokong apa sahaja keputusan suami selagi tidak melanggar syariatNYA...



Saturday, 5 June 2010

Ikan lumba-lumba iringi kapal sebelum serangan

(Catatan peristiwa sebelum dan selepas diserang komando Israel)

KAPAL Mavi Marmara umpama madrasah bagi kami kerana di situlah semua sukarelawan yang terbabit dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza menerima pendidikan yang sangat berguna, sekali gus melatih jiwa dan hati kami untuk lebih dekat kepada Allah.
Perjalanan itu, meskipun tidak sempat menghabiskan misi kerana diserang komando Israel, cukup bermakna dalam membuka pelbagai pintu rahsia. Semua petugas umpama baru tamat dalam satu proses pendidikan mengenali erti kemanusiaan dan kehidupan sebenar sebagai hamba Allah.

Empat bulan lalu, hampir setiap hari saya membaca petikan Surah Al‘Imran yang bermaksud: “Para syuhada dianggap hidup di sisi Allah dan sentiasa meminta izin daripada-Nya untuk balik ke dunia dan bertemu dengan pejuang yang masih hidup bagi mengirimkan pesanan supaya jangan takut serta sedih.”

Ketika ayat itu dibacakan setiap hari, sebenarnya saya masih menaruh harapan supaya dibenarkan menyertai misi itu dan Alhamdulillah, berkat izin-Nya, saya akhirnya mendapat kesempatan itu sebagai rombongan terakhir bersama beberapa rakan lain selepas lapan petugas sudah pun bertolak lebih awal ke Istanbul.

Pada 22 Mei, kami bersama dua wakil media Astro Awani, tiba di lapangan terbang di Istanbul dan terpaksa bergegas, berlari ke kaunter tiket untuk mendapatkan pesawat ke Antalya, sebuah pelabuhan di Selatan Turki.

Keadaan kelam-kabut itu semata-mata untuk mendapatkan pesawat domestik dan ketika itu mulut ini tidak berhenti berzikir dan berdoa supaya kami berpeluang dan dapat tiba ke destinasi tepat pada masanya kerana tidak mahu terlepas kumpulan rombongan dan akhirnya, melegakan apabila kami dapat masuk ke pesawat lima minit sebelum ia berlepas.
Dalam pesawat itu, saya duduk di sebelah jurukamera Astro Awani, Samsul Kamal Abdul Latip yang jelas kelihatan masih terpinga-pinga dan seakan belum tahu apa kemungkinan bakal dihadapi dalam misi ini sedangkan dalam pemikiran saya sudah terbayang beberapa perkara yang boleh berlaku termasuk diserang oleh tentera Israel.

Hanya doa yang mampu dipanjatkan semoga kami semua tabah menghadapi sebarang kemungkinan terutama apabila membayangkan kapal kami mungkin dibom, ditawan atau diheret sekiranya memasuki perairan Israel.

Di Antalya, kami ditempatkan di sebuah kompleks sukan selama empat hari iaitu sejak 23 hingga 27 Mei kerana terpaksa menunggu rombongan dari Eropah dan sepanjang tempoh itu, semua sukarelawan terpaksa tidur bertilamkan lantai di ruang terbuka.

Subuh pertama kami di kompleks itu, azan dilaungkan oleh sukarelawan dari Malaysia untuk mengajak semuanya bersembahyang jemaah kerana sebelumnya dilihat kebanyakan orang hanya solat sendirian dan ia juga menjadi detik pemula di mana semuanya bersatu, malah saya sendiri berkesempatan menyampaikan kuliah Subuh dalam bahasa Arab di depan semua orang.

Masih saya ingat, ketika kuliah itu, saya membacakan sepotong ayat – “Hasbunallah Wanikmal Wakil” yang bermaksud memadailah Allah sebagai wakil kami. Ayat itu juga yang dilihat sentiasa disebut di mulut, menjadi zikir ramai orang termasuk mereka dari negara lain sepanjang memijakkan kami di kapal Mavi Marmara.

Masih jelas terbayang di mata saya, begitu ramai masyarakat dari serata dunia termasuk Eropah yang datang sendiri ke kompleks sukan itu dan merayu mahu turut serta dalam rombongan itu tetapi khabarnya hanya sebahagian dibenarkan.

Sebenarnya, banyak kisah menarik untuk dikongsi bersama sepanjang kami di kompleks sukan itu termasuk jeritan seorang warga tua dari Turki ketika dikatakan rombongan itu bakal ditangguh lagi – “Tiga tahun pun akan kami tunggu!”

Di kompleks sukan itu, sempat juga saya berbual dengan anak, Syaima Amatullah, menerusi laman facebook dan dia ada bertanya – “Abah takut tak?” dan jawab saya ketika itu – “Bukankah abah selalu baca ayat dari Surah Al-Imran.” Kenyataan saya itu dipanjangkan anak saya kepada hampir semua rakannya dalam laman web itu.

Tanggal 27 Mei, bermulalah perjalanan jihad kami apabila dibawa menaiki bas yang diiring polis serta disambut meriah oleh ribuan penduduk bandar Antalya dengan memenuhi tepi jalan, melambai serta mengibarkan bendera Turki dan Palestin, selain sebahagiannya membunyikan hon, riuh rendah sama seperti suasana ketika majlis perkahwinan di negara itu.

Terpegun seketika apabila tiba di kapal Mavi Marmara kerana berbeza sekali dengan gambar yang saya lihat. Tak sangka rupa-rupanya kapal setinggi empat setengah tingkat itu begitu besar. Pemeriksaan kastam untuk masuk ke kapal begitu ketat sehinggakan kabel pengecas telefon bimbit tiga pin turut dirampas kerana dilihat berbeza dengan kabel dari negara lain yang hanya ada dua pin.

Masuk saja dalam kapal, saya bersama beberapa rakan lain membuat sujud syukur. Sebahagian yang lain kelihatan masih terpaku kerana seakan tidak percaya akhirnya dapat memijakkan kaki di kapal itu. Ketika itu, ada seorang ahli tarikat berusia 84 tahun berkata - “Aku ke sini untuk turut serta dalam perjuangan Palestin. Apa guna sekadar berzikir jika tidak berjuang bersama.”

Kami diberi makan ala kadar. Sebenarnya jika tak diberi makan pun tak apa sebab tak langsung rasa lapar. Kami makan sekadar untuk mengelakkan lemah dan tidur pun sekadar untuk memastikan badan bertenaga.

Perjalanan kami terhenti di Cyprus pada 28 hingga 30 Mei kerana menunggu kapal lain untuk menyertai konvoi. Sepanjang tiga hari itu, pelbagai aktiviti dijalankan termasuk ceramah oleh ulama di dalam kapal. Apabila kapal bergerak kembali, satu amaran sudah diberi pada malam 30 Mei kerana mereka nampak ada lampu berkelip di udara yang disyaki helikopter.

Kami juga nampak seakan ada lampu kapal lain bagaikan cuba menghampiri. Ketika itu kami diminta berkumpul dalam kumpulan 15 orang dan dibekalkan jaket keselamatan serta satu topeng gas untuk dikongsi sesama ahli kumpulan.

Jam 1 pagi, keadaan kembali tenang kerana tiada lagi tanda kapal berhampiran, namun kami diminta tidur di luar untuk bersedia terhadap sebarang kemungkinan. Jam 3 pagi, kami dikejutkan dengan sorakan takbir lantaran kumpulan di belakang kapal melihat ada sekumpulan ikan lumba-lumba mengiringi kapal.

Episod serangan bermula sejurus selepas solat Subuh yang ketika itu dirasakan Subuh terakhir kami. Kelihatan beberapa bot menghampiri kami dan helikopter yang berlegar melemparkan bom asap pemedih mata, namun peliknya ia langsung tidak menjejaskan kami kerana tiap kali bom dilempar, ketika itu juga angin akan bertiup kencang menolak asap.

Meskipun keadaan huru-hara dan seakan tidak terkawal, kebanyakan kami tidak terasa gentar. Saya sendiri ditembak di bahu kanan dengan peluru getah tetapi sakitnya hanya sekejap. Malah, ketika ditawan, beberapa kali saya dipijak dan ditendang oleh komando Israel dengan kuat, namun tak pula terasa sakit atau ada kesan lebam.

Selepas ditawan dan diikat dengan tali kabel selama lebih 15 jam, ada di kalangan kami yang berpuasa, namun tidak pula terasa lapar atau lemah. Ketika itu kami hanya ingat Allah. Kekejaman komando Israel bukan sekadar tak beri makan minum, malah tak juga benarkan ke tandas sehingga ada yang terkencing dalam seluar.

Air pun hanya diberi sebotol untuk dikongsi beramai-ramai. Itupun dalam keadaan tangan diikat. Bayangkan betapa kuatnya talian persaudaraan di kalangan kami, meskipun ada yang berlainan agama apabila sesama kami menuang air ke mulut rakan yang lain bersilih ganti.

Di Ashdod, pelabuhan di Israel, kami tidak lagi menerima layanan seburuk di kapal kerana ketika itu kami diuruskan oleh pegawai dari Kementerian Dalam Negeri Israel yang nyata terpaksa melayan dengan baik lantaran sudah menerima tekanan dari kedutaan lain.

Dibawa ke penjara yang masih baru, kami ditempatkan dalam sel besar dengan empat orang sebilik. Ketika itu, sesuatu yang sangat melegakan apabila kami dapat mandi dan membersihkan diri. Tidak berapa lama ditahan kerana akhirnya kami dibebaskan selepas dikunjungi wakil kedutaan Jordan yang memang ditugaskan untuk membebaskan sukarelawan Malaysia dan Indonesia.

Teringat lagi bagaimana berani sekali seorang Ahli Parlimen Kuwait ketika menaiki bas untuk ke Jordan. Sempat dia turun semula ke tangga dan menjerit minta dia dibawa kembali ke sel dengan alasan tidak mahu dibebaskan. Jelas sekali dia seakan mencabar pegawai Israel.

Lucu pula melihat akhirnya pegawai Israel itu pula yang merayu meminta dia naik semula ke dalam bas. Itu semua akibat tekanan kuat yang diberikan kedutaan negara lain yang begitu ramai berkumpul di situ.

Masih sebak di hati ini apabila mengenangkan rakan dari Turki yang tak dibebaskan ketika kami sudah menaiki bas kerana kedutaan mereka belum tiba. Salah seorang warga Turki ada memanggil saya, memeluk dan menangis sambil menawarkan duit poket kerana beranggapan semua barang termasuk dompet saya sudah dirampas.

Sejak dibebaskan pada jam 4.30 petang, Subuh keesokan harinya baru kami sampai di sempadan Israel – Jordan, dan sesuatu yang sangat mengujakan apabila terpandang bendera Malaysia dikibarkan. Ketika itu terasa betapa pemimpin negara kita begitu mengambil berat, malah ketika kami menghubungi Perdana Menteri yang berada di Laos pada jam 2 pagi, beliau masih berdaya menjawab telefon dan menitip pesan kepada kami.

Orang pertama yang saya hubungi sejurus tiba di Jordan dan diberi hadiah sebuah telefon bimbit jenama Nokia dengan kredit panggilan sebanyak sembilan dinar ialah isteri yang kedengaran masih tenang meskipun dalam beberapa laman web sudah beranggapan saya sudah tiada.

Banyak sebenarnya pengajaran yang diperoleh daripada semua kejadian ini di mana ia pasti menguatkan iman kami selain sedar kita hanya insan kerdil yang sudah diaturkan Allah nasibnya serta bersatu seluruh bangsa dunia untuk menentang kekejaman Israel.

(Penulis, bekas Pensyarah UTM yang juga Pengerusi Aqsa Syarif adalah antara 10 sukarelawan Malaysia dalam misi keamanan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui kapal yang diserang Israel baru-baru ini).

Thursday, 13 May 2010

Itulah ceritanya.

Isnin lepas aku balik awal dari office sebab nak hantar Sorfina ke klinik...sebab demam kan padahal esoknya juga aku kena hantar Sorfina untuk pemeriksaan seperti biasa...Makanya petang itu aku berada dirumahlah dan kebetulan adik lelaki aku juga turut berada dirumah waktu petang itu. Sedang sibuk aku mengemas tiba-tiba ada orang ketukan pintu rumah. Adik aku bukakan, dan adik aku terpinga-pinga pula so aku pun pergi ke pintu. Seorang perempuan...Dalam keadaan macam la kelam kabut kot perempuan itu...

Perempuan : Akak, dengan akak ke saya jual kain tu....
Aku : Erm...kain????? Bila pula aku duk membeli kain kat rumah ni, kalau pada kawan2 or aku pergi sendiri ke kedai adalah (dlm hati aku). Lagipun aku memang jarang bergaul dengan jiran tetangga sebabnya pagi sudah keluar dan petang pula baliknya. Waktu cuti-cuti pula memang memerap je dalam rumah kalau keluar pun terus keluar betul untuk kemana-mana.

Sambil itu bagi tahu yang dia duduk rumah bahagian depan itu. Tapi bukan aku boleh nampak pun rumah banyak depan rumah aku ni. Then bagitau lagi yang dia tinggal dengan kakak dan abang. Juga dirumah ada anak dia tinggal sorang. Lagi bagitau dia tengah masak dan tiba-tiba gas sudah habis so nak pinjam duit aku dululah untuk beli tong gas untuk memasak nanti kakak dia balik baru ganti balik. 

Aku bila orang cerita macam ini kecianlah pula. Walaupun aku nampak mata dan giginya agak menipu tapi tidak apalahkan. Kalau betul dia tipu mungkin sekali itu sahaja kan sebab takkan dia nak datang jumpa aku buat kali kedua. Kalau dia datang masa itu mungkin aku sudah kaw kaw basuh dia...hehehe...So dia minta nak pinjam rm10 so aku pun oklah bagi lagipun aku nampak di tangannya ada juga note 10 dalam beberapa keping so memang aku budget betoi la budak ni.

Dalam dua tida hari aku tunggu budak tu tak muncul bukan aku kisah sangat dengan rm10 itu tapi dengan janjinya...Makanya aku pun pergilah merisik kabar...erm betullah budak itu menipu...Jiran sebelah dan sebelah aku sudah kena tapi dorang tak bagi pun duit mungkin sudah tahu sebelum itu yang aku tak tahu ini bagi saja. Tapi bila aku fikir-fikir balik mungkin dia dalam keadaan terdesak sebab suami dia agak tidak berguna. Lagipun dia ada anak kecil so aku halalkan dengan apa yang aku berikan. Sesungguhnya Allah itu lebih tahu.

"Dalam kerendahan diri ada ketinggian  budi,
dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
dalam kesempitan hidup ada keluasan ilmu,
hidup ini Indah kerana ALLAH....."

Friday, 30 April 2010

Menikmati ciptaanNYA

 
 
 
 
Kalau tengok betul-betul dua picture diatas ada lagi satu pelangi disebelah itu.
 Nampak tak aku ambil dari naik ke turunnya Pelangi itu. 
Nak ambil full tak boleh sebab aku pakai handphone saja.

Alhamdulillah sampai di office pagi tadi hujan turun. Mula-mula itu macam renyai-renyai sahaja lepas itu aku tengok lebat...permulaan hari Jumaat yang sungguh kesejukan tapi sekarang pukul 1137 cuaca sudah cerah dengan cuaca penuh ketenangan yang mendamaikan. Hujan pagi tadi pun tidak lah lama dalam setengah jam gitu... DAN apabila hujan berhenti dalam pukul 0800 gitu aku nampak pelangi telah muncul. Elok-elok pula itu depan cermin di tempat aku...erm apa lagi picture time lah...sudah-sudah sampai bos aku dan staff yang lain datang tengok pelangi itu siap ada yang ambil video bagai...bukan apa hanya untuk menikmati ciptaan ALLAH yang MAHA PENCIPTA itu...



Apa yang kita boleh tahu Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warnamerah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.
 
Pelangi juga dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.

Tuesday, 20 April 2010

Mencegah lebih baik daripada mengubati

Kenapa aku keluarkan post pasal sakit jantung ya.... Ern petang semalam selepas aku balik dari surau terus aku ke pantry untuk menikmati air kosong suam-suam begitu terasa haus dengan cuaca sekarang ini sambil berbual-bual dengan kawan-kawan office tiba-tiba my big bos datang. Dengan sedikit kecoh-kecoh tanya orang itu DAN lagi sorang dengan sebut nama aku untuk ikut dia ke rumah En F. Siapa pula En F...dia salah seorang staff kat BLT nie...Kisahnya En F sudah terkena Serangan Jantung pada minggu lepas dan telah di tahan wad selama tiga hari CCU (Coronary Care Unit). Di CCU memang tidak dibenarkan masuk.

So semalam sudah seminggu gitu En F sudah berada dirumah. DAN dengan itu bos ambil keputusan untuk pergi melawat. Bila aku war-warkan pasal ini ramai pula yang hendak pergi melawat so kami pergi dengan tiga buah kereta. Alhamdulillah sampai En F yang sambut kami diluar dan dari raut wajahnya kelihatan begitu gembira sekali dengan kedatangan kami. Kami di jemput masuk. DAN En F pun menceritakan saat-saat detik serangan jantung itu...erm bila aku dengar Ya Allah senang sekali DIA nak jadikan sesuatu itu. Serang jantung berlaku semasa En F sedang menonton TV. DAN dari apa yang diceritakan En F sangat bersyukur sebab masih diberi peluang untuk hidup. Banyak nasihat yang En F bagitau atas pengalamannya. Aku pula sungguh takut juga dengar ceritanya. DAN secara automatiknya dia terus berhenti merokok kerana En F ini dari apa yang aku lihat memang seorang yang sangat kuat merokok...erm syukur alhamdulillah dulu dulu dulooo lagi hubby sudah behenti merokok lepas kami bertunang gitu..even bau rokok pun boleh buat hubby pening kepala...mungkin dulu tak sedar kita yang bau ni memang pening, sekarang ini hubby sendiri yang bau baru tahu macam mana perasaan kita masa dulu dulu...hehehe.....Ialah katanya Sakit Jantung ini tidak memilih sesiapapun. Cuma bezanya teruk atau tidak sahaja. Macam En F sudah tiga saluran yang tersumbat tapi hanya satu sahaja yang di syorkan dengan menggunakan rerelung dawai logam (stent) yang dimasukkan dalam pembuluh darah. Ini pun hanya sementara jika tidak boleh juga dua lagi itu kaedah yang akan disyorkan iaitu pembukaan kesempitan menggunakan belon (angioplasty) untuk melebarkan pembuluh darah atau dengan melitar pintas kesempitan (bypass) bagaimanapun kejayaannya bergantung kepada keadaan otot yang sihat.

punca 'heart attack'

-->
-->
Untuk orang-orang yang sihat, anda masih ada pilihan dalam kesihatan anda.......jadi renung-renungkan lah.................
Apakah 5 -  10 tahun akan datang anda pasti, anda tidak kena penyakit jantung atau strok atau darah tinggi atau kencing manis????
Semuanya bergantung pada bagaimana cara kita menjaga kesihatan dan mengamalkan cara-cara hidup sihat...

"MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI"


Friday, 9 April 2010

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).


Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN

1.
   Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2.
   Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3.
   Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4.
   Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

Kiriman email dari rakan untuk dikongsi
bersama...



Tuesday, 2 March 2010

koleksi...

Terima kasih pada orang-orang yang masih mengingati diri aku ini. Hari ini sambil-sambil aku buat kerja-kerja kursus aku mengemas koleksi yang aku dapat...yang terbaru untuk tahun ini dari Sabah, Cameron Highland dan Bandung...


nie ole-ole wedding from my X-bos



i'm working today...

Alhamdulillah..

Walaupun perut, tekak, dan hidung aku tidak berapa selesa tapi aku sudah masuk kerja. Semalam aku cuti sakit dan hanya berehat dirumah tapi aku tidak rehat sangat pun nama pun perempuan, ibu dan isteri sakit atau tidak mesti ada sahaja kerja yang hendak dilakukan walaupun sudah dibantu oleh orang tersayang. Cuma tidaklah banyak kerja yang aku buat, buat mana yang mampu sahaja.

Masa kerja pada hari Khamis lepas keadaan aku pun sudah tidak berapa selesa. So masa cuti hari Jumaat tu aku duduk rumah sahaja. Sabtu memang aku terus down paginya ok lagilah tapi bila sudah petang-petang gitu aku sudah teruk dengan tetiba aku telah mendapat diarrhoea. Sudahlah badan aku lembik terus dan setiap tiga empat jam sekali aku akan ke toilet...Ya Allah memang aku sudah tidak larat sekali...makan pun aku sudah tidak boleh masuk...bila makan rasa tekak nie loya nak muntah saja so aku tak makan langsung hendak keluar ke Klinik pun aku sudah tidak larat memang tak boleh buat apapun just berulang ke toilet dan tidur sahaja kerja aku sampailah ke petang Ahad itu baru aku ada kekuatan sikit untuk ke Klinik...lepas aku sudah ambil ubat terus hubby tapaukan bubur untuk alas perut than boleh makan ubat. Dan selepas solat maghrib baru aku ambil ubat dan aku terus ketiduran hingga empat jam gitu itu pun hubby kejutkan suruh aku solat isyak dulu baru sambung tidur sebab tengok aku syok jea ketiduran nanti terbabas terus.

Maka aku pun bercuti sakitlah semalam. Dan hubby pula agak kurang sihat agaknya berjangkit dari aku tapi malam tadi sudah pergi klinik tapi tak nak ambil mc. Hubby memang orang yang payah sangatlah untuk mengambil cuti sakit ini. Tapi time aku kena pandai pula suruh aku berehat dirumah...abang...abang...Semoga cepat sembuh ya...doaku sentiasa bersamamu.....

Thursday, 25 February 2010

Spaghetti Bolognese

Today ada meeting pagi-pagi lagi...aku duk ngadap PC bukan main lama so aku sudah lewat nak buat air sebelum masuk meeting...so masuk meeting kebetulan pulak bos lambat masuk meeting sebab ada hal lain...aku pun teruslah mem breakfast kan diri dengan hidangan yang di sediakan...Nasi Lemak Ayam dan aku pilih Nescafe untuk minum...Alhamdulillah nak habis makan bos sampai tak lah berkeroncong perut nie...so dong dang dong dang... almost 12 jugak lah baru meeting habis...

SO lunch aku tak nak lah makan...tapi tetibalah pulak tekak nie teringin nak makan Spaghetti Bolognese...padahal selalunya aku lalu tepi akak jual spegatti tu tak pernah pula nak beli...dan aku belilah...erm balik tu aku makan rasa macam lain jea...mungkin tekak nie yang memang tak sedap...sebab yang makcik aku buat sedap jea aku rasa...nie masam dia terasa betul rasanya...maybe terlebih tobasco kot lah...atau apa pun tak tau lah sebab aku tau makan jea...itulah lain kali benda-benda macam nie kena belajar masak sendiri baru puas hati...takpa lah lain kali sudah tahu tak perlulah beli lagi...tak cuba tak tahu kan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails