Showing posts with label itu kamu. Show all posts
Showing posts with label itu kamu. Show all posts

Tuesday, 12 August 2014

Tragis - Malam 7 Syawal

Assalammualaikum (w.b.t)   &   Salam Satu Malaysia


Salam 16 Syawal....


Pagi tadi bangun kerja lemau betul. Entah apa la yang difikirkan. Malas sungguh hendak ke pejabat. Kalaulah cuti extravaganza memang nak cuti-cuti merabahkan diri dirumah. Tapi digagahkan juga kerana minggu ini Akalili exam di sekolah kebangsaan dan sekolah agama.

Semoga ALLAH permudahkan urusan Akalili untuk menjawab semua soalan exam dengan tenang...aamiin.


Yup berbalik pada tajuk entry saya ini. Ohhh memang tragis sungguh kejadian yang berlaku. Semuanya dengan izin Allah. Raya tahun ini En. Muz kerja makanya kami tidak balik ke Kuala Pilah. Raya ke 6 En. Muz habis kerja pagi tu kami terus shoot ke Kuala Pilah. Ohhh feeling happy macam suasana baru nak raya esoknya pulak.....hehehehe sambil nyanyi lagu balik kampung kan... kami pula ikut lekas yelah nak lekas sampai....syok jalan lengang. Memangla kan orang tidur lagi kami sudah ada atas jalan raya kot..

Sampai di Tanjung Ipoh tinggal Angah sekeluarga semua sudah balik ke rumah masing-masing. Kebetulan Along sekeluarga baru gerak balik. Sampai terus ajak semua breakfast di Kuala Pilah pekena rojak. tapi lupo lak kek mano...Nak keluar rumah tetiba Along sampai. Mereka tak jauh lagi so patah semula jumpa kami...Lepas jumpa bersalaman kami berpecah Along nak balik Temerloh dan kami pergi breakfast.

Petang tu pula Angah sekeluarga pulak balik Perak...Tinggallah kami sekeluarga, ummi dan makdik (adik bongsu hubby). Malam selepas solat Isyak kami ke Giant jalan-jalan sambil teman ummi shopping barang dapur. Balik dari Giant kami baru dinner.

Lepas dinner lepak sambil tengok tv Akalili mengadu kat En. Muz gigi atas sudah goyang. Bila En. Muz check sikit lagi nak cabut. So bermulalah agenda mencabut gigi Akalili. My MIL memang expert bab cabut gigi. Kata En. Muz dulu-dulu mereka adik beradik memang ummi cabut sendiri guna benang. Tak perlu ke hospital or klinik bila bab gigi goyang lagi sikit nak tanggal ni....hehehe

Ada dekat sejam juga bertungkus lumus melayan karenah Akalili tidak juga berjaya. Menangis macam kena seksa...adoiii la anak memang takut sungguh dia nak nak bila darah da keluar. Memang sikit lagi...lastly Akalili goyang-goyang terus tercabut. Letak kapas kat gigi darah pun tak keluar banyak tapi ketakutan menguasai diri je lebih....hehehehe

Ok bila gigi da cabut Akalili pergi cuci gigi tu konon nak simpan buat kenangan datang En. Muz ambil nak letak di lubang dinding di dapur. Lompat atas table top dapur sekali tak sampai nak masukkan dalam lubang dinding gigi tercampak keluar la kot...then En. Muz terjatuh...kebetulan kat bawah tepi table top tu ada botol cuka... Kaki En. Muz pijak botol cuka terus pecah. Kaca sudah cucuk kaki eN. Muz.. 

Ya Allah masa tu saya nak pengsan pun ada. Darah keluar dari kaki kiri macam air paip. Kalo saya pengsan sapa la nak tolong nanti kan. Terus panggil ummi. Ummi pun panik. Saya minta kain batik pada ummi. Fikir nak ikat je luka tu.

Tapi En. Muz kan hero...relax sambil biarkan darah memancut keluar sambil keluar kaca dalam kaki tu. Lepas tu En. Muz masuk bilik air cuci kaki sebelum nak ikat. Saya punyalah bising mana tidaknya cuci luka tu macam cuci kain pulak...tak sayang darah langsung mengalir macam air je..

Sorfina dan Maritza sudah nangis-nangis takut tengk darah keluar tak berhenti-henti. Lepas da ikat dengan kain. Minta tolong makdik hantar pergi emergency di hospital Kuala Pilah. Saya memang tak pergi la dengan keadaan Sorfina dan Maritza yang menangis. So kami tunggu dirumah saja sambil redakan anak-anak dan tidurkan mereka. Yang pergi cuma makdik dan Akalili...

Nurse tu cuci dan tampal dengan gauze dulu sebelum jahit. 


Kena 4 jahitan

 X-ray untuk pastikan tiada kaca yang tinggal.
Alhamdulillah xde kaca da.

Kena tunggu sehingga jam 2pagi.
Akalili siap tidur...sian dia.









Wednesday, 30 October 2013

Selamat Hari Lahir Sayangku...


to...

 Jam 12 am celebrate birthday en.muz...
Anak-anak seronok betui...



Lepas beli kek semalam terus cari durian.
Layan durian dulu...


Semoga Allah permudahkan segala urusan di dunia & di akhirat en.muz...
Saya dan anak-anak sentiasa mendoakan yang terbaik.


So mesti sudah puaskan dapat makan durian & kek semalam kan kan kan...
Nanti kita keluar dating pula yer...
I luv U so much dear...




Thursday, 9 May 2013

Let's Bowling.....

Salam pagi Khamis....

Hari ini nak cerita pasal bowling. Bulan lepas En. Muz sibuk nak cari bola bowling. Macam biasa tempat yang selalu ermmm tidaklah selalu pun nak bermain bowlingnya. Tapi kalau nak berbowling memang kami akan ke Brem Mall Kepong, dekat dengan rumah jugalah.

So kami cari bola bowling disana sahaja. Uncle tuan punya kedai tu bagus. Bila tanya semua dia cerita. So senanglah En. Muz nak cari bola yang sesuai untuk orang sepertinya yang baru nak menempatkan diri dalam dunia bowling ini. Dan dan kami sekeluarga kena ikut aktiviti itu. Nasiblah memang anak-anak ok jea boleh join sekali.

Uncle tu nak tebuk lubang.

Puteri kesayangan saya.


Selepas seminggu Cyclone berehat so pada hari Jumaat 26 April 2013, En. Muz bawa kami sekeluarga untuk pergi bermain bowling. Ermm udah jadi aktiviti baru kami sekeluarga hihihi. Tapi malam tu selepas isyak punyalah ramai orang yang bermain. So kami kena tunggu turn lah. dalam setengah jam duduk dalam tu baru sampai turn kami. Siap dengan akalili sekali bermain. Guna bola paling ringan tapi saya masih rasa itu berat. Terpaksa Akalili gunakan kedua-dua tangan untuk melontarkan bola...ermmm sian anak ummi tapi memang dia yang bersemangat sangat nak bermain. Sama naik dengan En. Muz. Bola En. Muz lagi la berat 12kg. Saya guna sekali memang adehhh terasa lelah nak membaling bola tu tapi memang strike aka semua pin dijatuhkan pehh sekali tu jea la guna Cyclone En. Muz. Bola yang ringan pun saya boleh strike kan so buat apa nak ambil yang berat-berat gitu...sian tangan saya nie...hihihi







Friday, 5 April 2013

Bila Tiba Hari Itu...

Salam petang Jumaat.
Alhamdulillah selamat seminggu dapat bekerja dengan jayanya walaupun terkejar kesana sini without my husband. Syukur ALLAH permudahkan.
Jaga anak yang sedang sekolah dan anak kecil yang sedang demam dengan tiba-tiba.
Hanya Allah jualah tempat hamba ini mengadu.
Bila tiba hari itu...
Lima hari empat malam suami outstation ke Perlis.
Ermm jauh tu. Sudah ke hujung gitu kan.
Dari Ahad lepas dan semalam Khamis baru pulang.

Maritza hari kedua ketiadaan en.suami tiba-tiba demam.
Petang setelah pulang dari kerja sudah bagi ubat demam.
Alhamdulillah Maritza mudah juga makan ubat kali ini.
Sudah besar mungkin...
Malam jam masih menunjukkan satu pagi.
Badan Maritza tiba-tiba panas kuat.
Saya kuatkan semangat bangun bagi Maritza makan ubat.
Ambil kain lampin basahkan balut badan Maritza.
Lepas tu saya berjaga menjaga Maritza.
Alhamdulillah lena tidur.
Saya cuba lelapkan mata.
Tapi naluri seorang ibu jika anaknya kurang sihat pastinya tidur si ibu tidak akan nyenyak.
Saya kejap-kejap pegang badan Maritza.
Alhamdulillah lama-kelamaan kurang panas badannya.
Jam hampir empat pagi barulah mata si ibu ini berat.
Terus terlena hingga azan berkumandang.
Kepala jangan cakaplah memang pening.
Kuatkan semangat bangun.
Siapkan Akalili pula untuk ke sekolah.
Syukur emak ada jagakan Sorfina dan Maritza.

Alhamdulillah semalam en.suami sudah pulang.
Sampai KL petang terus ke Office saya.
Tiba-tiba saya tiada di tempat.
Saya cuma dapat note yang darinya.

Pandai pula cari kunci kan...

Buat saya confius seminit. Ohh pakai motor saya untuk ke bank.
Lepas tu ambil Akalili.
Dan 4.30 petang jumpa saya di lobi.
Ok nak balik rumah...
Ohhh tidak...Ingat nak pulang ke rumah rupanya ajak saya ke destinasi lain pula.
Ermmm layankan saja.

Yeahhh esok cuti...kami akan berehat di Sg. Buloh mungkin!!!!
Selamat ber weekend semua....



Friday, 8 March 2013

Cerita Kita.....

::: 9 tahun sudah :::
...We may not always agree YET you always understand...
...We may not often do thing together BUT you're always in my thoughts...
...We may have our ups and downs BUT you always make things right...
...We may not be perfect BUT we are perfect for each other...
...Alhamdulillah thank you ALLAH.........

Alhamdulillah sudah 9 tahun kami bersama. Daripada berdua sudah pun berlima.
7 Mac 2004 yang lalu saya selamat di ijabkabulkan dengan sekali lafaz oleh en.suami.
Alhamdulillah ALLAH permudahkan urusan rumahtangga dalam usia 32 tahun yang belum masuk waktunya ini. Alhamdulillah ada suami yang cukup segalanya bagi saya dan anak-anak yang comel. Semoga ALLAH permudahkan perjalanan kami seterusnya.

Makanya semalam en.suami mengajak kami pergi dinner di Restoran Istana Bambu.
Lepas Maghrib kami pun gerak ke sana.
Seronok orang tak ramai so cepat saja makanan sampai.
Maritza paling seronok asyik lari sana sini.

::: Menunya :::
Ikan Kerapu Tiga Rasa
Udang Goreng Tepung
Sotong Goreng Tepung
Lala Masak Thai
Sup Sayur
Telur Dadar
Air Sirap Bandung
Air Carrot Susu
Air Suam
3 nasi Kosong

Seronok betul tengok Sorfina makan habis nasi satu pinggan.
Akalili seperti biasa separuh pun susah nak habis.
En.suami dengan Sorfina memang layan sungguh makan.
Saya pula layan lauk sahaja..
say no NASI ntuk sementara waktu... 

Tengok Maritza memang seronok betul.
Kami ambil tempat bersila makan.
Memang tak duduk diam la. 

Nampak tak hampir licin semua makanan.
Mulanya macam alamak sapa nak habiskan ni banyaknya.
Lastly saya makan pelan-pelan sampai licin.
Ikan Kerapu Tiga Rasa memang best... 

Pintu masuk ke Istana Bambu. 

Add caption
Dua beradik ni seronok tengok ikan kiri kanan sepanjang jalan pintu masuk ni...

::: My Family ::: 
Maritza happy betul dia.

Lepas tu en.suami ajak tengok bandar KL.
Jadi kami pusing-pusing di KLCC tapi tak sempat.
Air pancut sudah padam.
Layan gambor lagi disana dengan Maritza pula.
Akalili sudah tidur dalam kereta.

Budak tembam...selalu kena gigit...geram...



Thursday, 20 December 2012

Seronok pagi hari di kebun.

Salam pagi Khamis.

Alhamdulillah....kenyang.
Rezeki pagi ini breakfast mee goreng dan kepok lekor Kuala Terengganu.

Minggu lepas besan emak kahwinkan anak perempuannya.
So we all dapat jemputan. Emak dan adik-beradik lain memang sudah plan nak pergi.
Saya sahaja yang masih dalam 50% gitu, sebabnya en. suami sibuk dengan kerjanya.
Tapi en. suami sudah bagi green light if nak follow mereka without dia pun boleh.
Ermm ok tapi dalam hati harap en. suami dapat join...malas nak tumpang or drive sendiri nie.

Alhamdulillah petang Sabtu en. suami balik dari kerja ajak balik Bentong. Hoyehhh..
Tapi lepas isyak baru bergerak, sebab adik ada belikan makanan untuk tiga beradik tu. Padahal mereka semua sudah kenyang. So tapau bawa balik kampunglah. Anak-anak makcik pun ramai disana.

Jam 10 lebih gitu sudah sampai. Makan-makan tengok tv dan tidur. Seronok 1st time saya tidur anak-beranak beramai-ramai temankan moyang mereka. Tinggallah en. suami dalam bilik sorang-sorang. Sebab bila saya sedar sudah subuh, hihii.

Esoknya, Ahad pagi lepas subuh saya temankan uwan buat breakfast boleh??? bukan cucu dia ini yang sibuk  memasak tapi uwan pulak yang sibuk. Bukan apa rindu masakan uwan kan. Lepas semua orang sudah bangun dan breakfast kami gerak ke kebun.

Alhamdulillah ohhh nikmatnya dapat ke kebun di pagi hari..
Turun sahaja kereta rezeki sudah ada. Dua tiga biji durian dekat tepi kereta. Belum masuk dalam kebun lagi kan. Jom cuci mata layan gambar.

::: Aktiviti menjejak bermula ::: 

 ::: Pokok Rambai baru nak belajar masak :::

::: Pokok durian yang sangat tinggi ::: 

::: Jom masuk kebun ::: 

::: Tengok i sudah dapat sebiji lagi ::: 

 ::: Memang tak leh tahan da..ngap terus la kan :::
Alhamdulillah...lemak berkrim disukai ramai.

::: Pokok Pulasan yang rendah sudah membuahkan hasil, walaupun tidak banyak :::
Buah pertama. 

 ::: Pulasan :::

Manggis yang belum penuh di petik. 
Daun kunyit untuk memasak. 


Puas hati. Dua minggu lepas balik kampung tak sempat nak pergi kebun. Bawak balik durian jea.
Now dapat pergi seronoknya.
Lepas pergi kebun siap-siap nak pergi kenduri.
Then terus balik KL sebab en. suami sibuk dengan kerjanya.


On the way balik dari kebun singgah shell isi minyak. Rupanya ada makhluk ikut sekali. Patut la gatal jea.
Nak tau apa inilah dia si pacat. Elok jea dua ekor menyelit kat jari kaki tu.




Wednesday, 21 November 2012

Kek Batik by en.suami

Pasa malam Sabtu minggu lepas lepas lepas kami ke Giant beli barang dapur. Sambil cari barang-barang dapur tetiba en.suami tanya kat mana nak cari serbuk koko dan coklat masak tu. Katanya nak guna. Ermm tanpa banyak soal saya pun pergi bahagian masakan untuk kek-kek ini. Semua ada disana. So ambil serbuk koko dan coklat brand van houten.

Lepas balik dari shopping barang dapur terus en.suami bersemangat gitu nak memasak. So malam tu sambil saya dinner sambil teman en.suami jadi chef. Jom layan gambar masakan en.suami.


Masak coklat dulu. 

Pecah-pecahkan biskut marie dan tuang coklat yang sudah dimasak. 

 Setelah disejukkan semalaman.

Siap di potong dan makan...nyum nyum...

Ahad paginya bangun sambil siapkan breakfast sambil layan kek batik ini. Sedap tidak manis sangat sebab en.suami guna dark chocolate so ada pahit sikit kan. Alhamdulillah tq sayang.




Tuesday, 30 October 2012

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran

Kamu Bukan Ideal, Jauh Sekali Sempurna.....
Namun Kamu Istimewa Dengan Caramu Sendiri.... 
 ♪♫•*¨*•.¸¸¸  selamat hari lahir sayang   ¸.•*¨*•♫♪
::: Semoga Allah permudahkan segala urusanmu
 dan 
sentiasa berada dibawah Rahmat ALLAH, amin :::


      

Sunday, 14 October 2012

Berhujung Minggu di Rumah....

Salam pagi Ahad....
Alhamdulillah hari ini sang suria telah kembali bertugas...
:))

Awal-awal pagi lagi saya sudah berada di ampaian...
Bersama en.Suami menyidai kain-kain yang menimbun tu...
Malam hari Jumaat iaitu kelmarin...
Dengan senang hati saya settle kan semua kain baju..
Dengan harapan Sabtu akan settle semua kain baju yang menimbun tu...
Kita hanya merancang...Dia jualah menentukan segalanya..
Padahal masa en.Suami nak jemur tu...
Saya sudah jerit dari dapur...
"Abanggg....abanggg....jangan jemur dulu baju tu hari golap ni...
Sebab nampak langit semacam je kan...
Tapi apakan daya...suami den memang efficient dalam menguruskan rumahtangga :))
Dalam setengah jam lepas tu...
Berguguran air hujan yang membawa rahmat keseluruh alam..
Berlarian en.Suami membawa bakul, mengangkat kain baju.
Alhamdulillah hari ni sang suria muncul dengan penuh senyuman...
Memberi senyuman kepada seluruh penduduk bumi...
Insya-Allah...


Hari ini juga buat pertamanya...
Saya dengan gembira memcuci my kekasih gelap...
Walaupun tak golap kan....
Lepas en.Suami hadiahkannya pada awal tahun lepas, ermm nak masuk 2 tahun pun da...
Jangan harap nak ambil tahu...semua en.Suami yang settle kan....
Tetapi  pagi tadi lepas sidai baju...
Pandang-pandang kat my kekasih golap...
Sian lak dia asyik orang lain saja yang bersihkan dia..
Kebetulan baru ni memang saya ada belikan produk kecantikan from cosway.
Senang bukak je buku cosway tu macam-macam ada...
Tinggal bersih atau tidak jea...huhuhu
Sekali en.Suami pun bersihkan kekasih golapnya jugak da...
Kami layan sesama memcuci...
Seronok gak kan...salah satu aktiviti sihat...hihihih
Lepas tu senyap-senyap dua beradik tu keluar nak join skali...
Bab main-main air ni memang suka sangatlah deme...
Settle....


Pagi ini pula bersarapan pagi dengan keropok lekor..
Kepok lekor TokBeng fresh dari Kuala Terengganu..
Memang semalam dan hari ini layan sungguh kepok lekor tu...
Tq to my pren belikan itu keropok :)


** ermm my manja Maritza sudah bangun dari tidur....ok lah beransur dulu....








Wednesday, 7 March 2012

Alhamdulillah...terima kasih ALLAH

Alhamdulillah 8 tahun sudah pun...
Terima Kasih ALLAH...
Semoga perjalanan seterusnya di Berkati dan di Rahmati ALLAH...
Amin amin amin...



Bait-bait lagu ini aku suka 
dan 
ditujukan utk diri aku dan dia...

Wednesday, 11 January 2012

Tiga Beranak Membawa Diri Ke Ulu Yam

Yang pasti mereka seronok bermain air.
Seminggu dua ini cuaca sangat panas.
Kalau dapat begini kan seronok.
Tetapi aku tidak bolehlah ikut sebab baru sahaja habis pantang.
Baby Maritza pun masih kecil tidak sesuai gitu...



Video hasil dari Akalili.
Masa Akalili sent video ini ke abahnya masih kerja.
So bila da malam, aku dapat mes dari hubby.
Dan dan itu juga hubby mes ajak tengok midnite cerita Sherlock Holmes.
Kelakar jea bila aku fikir...






Thursday, 3 November 2011

Selamat Hari Lahir Sayang \(^_*)/

Happy birthday to you...
Happy birthday to you...
Happy birthday to you...
Happy birthday to you my dear hubby...

Pada 30 Oktober yang lalu genaplah 35 tahun usia En. Muzlienor.
Semoga dalam usia yang sudah mencecah 35 tahun ALLAH permudahkan segalanya untuk abang.
Bertambah keimanan dan ketakwaan dalam mengharungi dunia ini.

Menjadi anak yang taat...
Menjadi abah yang dapat mendidik anak-anak kejalan yang diredhai oleh ALLAH...
Menjadi suami yanggggg BESTTTT gitu ;))

Pasti bertiga (^_^)

Yang excited sudah tentu Sorfina (^_*)

Sesi suap menyuap abahnya (^_*)


Pictures bawah ini adalah present untuk En. Muz \(^_*)/

Dapat beg skali senang nak angkut kemana-mana...

3 in 1 ---> scan, print & photostat...
With A4 paper...

Kecil dan mudah dibawa...
5kg sahaja...

Ink sedia ada..
Black & Colour...

Dikala aku yang sudah memboyot nak kehulu kehilir seorang memang sudah tidak larat gitu kan.
Makanya aku ajak En. Muz keluar untuk cari birthday present.
Hari Sabtunya aku sudah ajak En. Muz keluar.
Niat nak bagi Jersi tidak kesampaian, so bagi kek Jersi ;))
So try cari Jaket.
Memang berkenan sungguh aku tengok bila suggest pada En. Muz pun ok macam setuju.
Adalah 3 4 helai yang aku ambilkan tapi sayang semua yang aku dan En. Muz berkenan tiada saiz...
Sedih kan tidak dapat apa yang dimahukan.

Ahadnya pagi-pagi lagi aku ajak En. Muz pergi ambil kek yang aku tempah.
Settle ambil kek terus ke Giant nak beli Domino Pizza ---> beli 2 Large sahaja.
Sambil-sambil jalan di Giant nampak kedai HP...so terus gi sana tengok apa yang best.
Lastly aku ternampak HP 3 in 1 ini. Macam ok kan kalo aku beli En. Muz.
Boleh guna seisi keluarga ;))
Happy...En. Muz pun suka complete 3 in 1 gitu kan... :))





Sunday, 24 April 2011

Segala Pujian BagiNYA......

Alhamdulillah...suami tercinta, ummi dan ayah tersayang sudah selamat sampai ke Malaysia pada Rabu lepas mengerjakan umrah...Pn. Maidatul bersyukur kepada ALLAH permudahkan segala apa yang En. Muz hajatkan berjalan lancar dengan izinNYA...impian untuk membawa ummi dan ayah kesana sudah terlaksana. Pn. Maidatul orang yang paling gembira ;))

Mula dari hari Rabu itu ambil cuti hinggalah Jumaatnya...untuk bersama-sama dengan suami tersayang ;))
Memang riuh sungguh rumah kecil kami semua adik-beradik jauh dekat berkumpul menjemput mereka pulang. Pn. Maidatul pada mulanya hendak menjemput En. Muz di airport juga tetapi En. Muz kata tunggu dirumah saja..so SYMP ;)

Seronok tengok En. Muz, ummi dan ayah gembira pulang dari sana. Memang riuh saja rumah dan seronok dapat berkumpul ramai-ramai dan makan lunch bersama ;))



nota cari akal : ajak Akalili main hujan, now hujan tengah lebat tapi dia takut. Dini tidur pula kalau tidak mesti menjadi ini...En. Muz sorang-sorang main hujan...Pn. Maidatul nak pergi buat cekodok ikan bilis kentang lah setelah misi tidak tercapai...mungkin cuba lain kali ;))

Monday, 21 March 2011

Jumaat lepas punya story

Salam satu dunia di pagi Isnin yang ceria ;))
Macam luar biasa pagi2 sampai office serabut dengan kerja yang dalam delima...erm nasib lea bos sudah ada kalo tidak jenuh nak ngadap big boss... i dont like :((
Erm hari ini juga Pn. Maidatul nak cancel kan cuti pada Jumaat lepas. Ingatkan pagi itu datang sekejap sahaja ke office rupanya haaahh ambik ko hampir jam 1900 Pn. Maidatul baru pulang ke rumah dengan merempit selagi bolehlah...haduuii....

Jumaat lepas punya story lagi erm ini yang buat Pn. Maidatul geram jugalah kan. Ceritanya En. Muz keluar dengan Cik Sorfina sebab hari itu sepatutnya program cuti2 Malaysia Pn. Maidatul. Sedih saja sebab kena datang office siapkan kerja. Tak sangka tetiba big boss bad mood nak itu dan ini. So layankan saja lea. Nasiblah En. Muz memahami situasi Pn. Maidatul dan melepaskan pergi ke office dengan harapan sekejap sahaja kot kan. Erm sekali hambik. Habis semua plan cuti-cuti itu kan...
Tetapi Pn. Maidatul geram sebabnya selepas Solat Jumaat itu En. Muz ajak Cik Sorfina keluar bila sampai destinasi tujuan Cik Sorfina tidur lagi so En Muz lock lah dari dalam sebab tidak mahu kejutkan Cik Sorfina. Then pergi destinasi tujuan, bila sudah settle semua balik ke kereta Cik Sorfina still masih tidur lagi. Puaslah En. Muz kejutkan hingga gayang2kan kereta pun tidak bangun. Lama kelamaan orang semakin ramai datang tengok apahal pulakkan En. Muz ini buat dan terus tolong kejutkan Cik Sorfina juga. Sampai Polis pun datang sekali tolong kejutkanlah. Lastly polis itu pun terpaksa gunakan cara2 mereka untuk bukakan pintu kereta. Alhamdulillah boleh buka. Bila buka sahaja pintu kereta elok jea Cik Sorfina jaga dan confuse kenapa ramai orang berkerumun. 
Bila En. Muz tanya 'kenapa adik tak bangun masa abah kejut', boleh Cik Sorfina cakap 'adik tidur jea ha, bukan buat apa2 pun'...erm confirm Cik Sorfina tengah mamai dan confused. Then polis itu pesan kat En. Muz lain kali jangan buat macam ini lagi bahaya.

Masa Pn. Maidatul dapat call dari En. Muz bagitau pasal kejadian itu Pn. Maidatul sudah cuak gitu. Then En. Muz dan dan suruh balik ambilkan kunci spare di rumah. Dengan gelabah bagai Pn. Maidatul pun terus capai apa yang patut terus keluar. Separuh jalan En. Muz call bagitau semua sudah settle, Pn Maidatul patah ke office semula.

Bila balik rumah bising jugalah kat En Muz sebab bahaya tu. Kalau jadi apa2 nanti. Nauzubillahminzalik.



Tuesday, 2 November 2010

SiaPaKaH itu....


Ha...Ha...Ha....banyaknyer tangan kan dalam gambar itu....siapakah tuan empunya kek itu YA....beginilah kejadiannya apabila nurcinta family menyambut hari kelahiran...anak-anak mereka pasti teruja untuk layan sekali acara pemotongan kek gitu...hehehe...seronok sungguh anak beranak hari itu...aku sangat gembira bila tengok mereka ketawa...gelak dan senyum bersama...indah sungguh ciptaan ALLAH itu...terima kasih atas segala kurniaanMu Ya ALLAH...

Saturday, 30 October 2010

SeLaMaT HaRI LaHiR SaYaNG....

selamat hari lahir....selamat hari lahir...selamat hari lahir abang...selamat hari lahir....mmuaaccchhh......

SeLaMaT HaRi LaHiR AbaNG....SeMoGa HaRi ini AkAn BuAt DiRiMu Yang TerinDaH & GeMbiRa DiSaMpiNg IsTeRI dan AnAK2mu YanG CoMeL itu....

SeMoGa ALLAH seNtiAsA MeRaHmATi KeHiDuPaNmu...BeRJaYa DiDunia & DiAKhiRaT...dan MeNjAdI SeOrAnG AnAK YanG BaiK UnTuK UmmI & AyAH SeRtA EmAK MenTuAmu itu...SuaMI yAng Baik Buat isTeri TerSayANG ;)) ...AbAH YanG BerTangGunGJaWaB Buat NuR AkALiLi HaNiS & NuR DiNi SoRFiNA...DaN MenJadI seOraNg YanG KaMu IngiN JaDi...IsTeRimu ini SeNtIasA BerDoA UntuKmu AgaR MenJadI YanG TerBaik...amin...

YanG TerakHiR JadILaH HamBa YanG TaaT Pada PeRINtAh ALLAH & RasUL serta MenDIdIK iSteRi & AnAK2mu Ini Ke JaLAn YaNG diReDhAi...amin..


Wednesday, 21 April 2010

Seminar....Message Bergambar...

Hari ini aku sampai awal di office sebabnya aku ada hadiri seminar Autodesk AutoCAD 2010 and 3DS Max Design 2010 Technology...erm memang best betul yang latest version ini. Aku yang tak involved dengan penggunaan software ini pun teruja melihat penerangan yang diberikan, inikan pula my colleague yang memang involved dengan benda-benda ini huh lagilah sangat teruja...

Dalam pada aku mendengar penerangan yang diberikan banyak pula la sms yang masuk dari bos akulah, dari kawan akulah...oklah aku reply masa tea time nantilah...tapi tiba-tiba vibration call pula...alih-alih tengok hubby, kenapa pula nie. Aku tak jawab pun maybe saja-saja call sebabnya kesukaannya memang asyik call aku jea lagi pun mungkin hubby sudah lupa yang aku ada seminar hari ini. Lepas itu hubby MMS gambar pula...ialah hari ini hubby ada kelas menembak so aku ingat saja-saja hantar pictures kelas menembaknya. Lepas itu aku dapat lagi satu pictures dan message. Ya Allah, aku terus keluar dan call hubby. Risau pula aku tengok pictures dan message yang hubby hantar mana tidaknya kelongsong peluru sudah masuk dalam baju dan melecur di leher...Lepas call dan tanya semua ok ke tidak barulah aku lega sikit sambil aku berdoa semoga Allah sentiasa permudahkan urusan suamiku itu...amin...

Seminar pun habis awal so aku terus balik sebab hati aku masih lagi risaukan hubby :(... Alhamdulillah semuanya ok...Boleh hubby cakap alah cikit saja lah macam kena $$$$bite itu sahaja.
Aku terus buat muka garang amboi...amboi...amboi tak kiannya sakit tu...nak buat lawak lagi, tak tahu kita ini risau bangat...

Wednesday, 7 April 2010

Kena tinggal lagi

Now 0856 pagi
Erm hari ini baru masuk office tetapi sekejap sahaja ini. Sebentar lagi aku akan ke Pahang ada urusan disana...semalam petang masa aku dan family ke bengkel untuk tukar tayar, tiba-tiba my bos call...dalam hati "kenapa pula ini...aku ada tinggal apa-apa lagi ke di tempat kursus tadi sebabnya calculator aku sudah ketinggalan disana nasib my bos yg ambilkan simpan" tup..tup..tup...my bos bagi tahu yang aku kena ke Pahang esoknya iaitu hari ini...sambil on the phone itu aku pandang muka puteri-puteri aku dan hubby...erm takkan aku nak tinggalkan mereka lagi...huh terdetik kesedihan dalam hati...tapi aku kuat semangat untuk berbicara dengan my bos dan aku cakap malam nanti baru aku bagi keputusan...the end...

Bila kereta sudah siap bagai...masuk sahaja hubby terus tanya kenapa sebab muka nampak sedih sahaja...aku bagi tahu yang my bos nak aku pergi Pahang...hubby senyap jea...aku pun senyap juga...

* Alamak bos sudah turun untuk bergerak ke Pahang now...ok lah sambung bila free kat Kuantan nantilah...now 0915 pagi.

* Now 1131 malam.
Barulah siap everything pasal kerja...and now aku sudah relax didalam bilik sambil itulah juga boleh sambung semula mengadap blog ini...

Sambung my story tadi...
Hari semalam hubby cuti sebab Akalili demam...sudah dua hari so semalam aku dan hubby cadang masakkan masakkan Sup Ketam untuk Akalili. Yelah sekarang ini macam-macamkan penyakit dan puncanya... Sebab itulah setiap kali jika ada antara kami yang demam aku akan masakkan Sup Ketam...salah satunya untuk menaikkan platlet darah...so bila darah ok semua sistem dalam badan turut ok kot insyaAllah...itu yang aku fikirlah...
So petang semalam itu satu family jemput aku di Menara PJD, kami terus ke bengkel tukar tayar bila settle, aku ajak hubby terus cari ketam sebab memang xde stok ketam di rumah...Sampai rumah sudah hampir 0600 petang...solat asar then terus ke dapur masakkan Sup Ketam...tengah aku masak memasak hubby datang tanya pasal program aku untuk ke Pahang esok...aku cakap nantilah tak fikir lagi...

Sudah lewat aku tanya hubby macam mana ini, hubby kata pergi sahajalah. Anak-anak insyaAllah tidak ada masalah...jangan jadikan anak-anak itu satu masalah dalam hidup...kita doa dan berserah pada Allah dia lebih mengetahui segalanya...bila aku dengar sedih sahaja...tapi betullah...seingat aku masa aku nak pergi jaga projek Lapangan Terbang Kuala Terengganu itu ramai sungguh nak jaga anak aku...mak aku jangan cakaplah...my MIL, makcik makcik yang rapat ngan aku even uwan aku itu pun sanggup nak jaga...kata mereka itu masalah kecil sahajalah...memanglah kecil tapi aku lah sedih tiba-tiba nak tinggalkan anak-anak comel kesayangan aku tu...tapi syukur pada Allah anak-anak mudah nak pergi dengan mana-mana keluarga aku sebab aku bila ada masa terluang memang aku sentiasa dekatkan anak-anak dengan keluarga so mereka tiada masalah untuk itu...bukan apa aku fikir jangka masa panjang...ajal maut ini di tangan Allah, manalah tahukan sekurang-kurangnya anak-anak ada tempat untuk mengadu kasih sayang...Syukur alhamdulillah mana-mana family aku tidak ada masalah untuk jaga mereka...ramai yang sayangkan mereka...

Aku tahu hubby memang tak masalah dengan anak-anak. Sebelum sebelum ini pun banyak yang hubby buat untuk jaga anak-anak aku. Dan lagi lagi mereka memang macam seronok sahaja bila bersama abahnya...hingga suatu masa dahulu uwan aku pernah bising sebab aku biarkan sahaja hubby aku uruskan semua waktu check up ke klinik tanpa aku mengikut sekali dan buat itu dan ini...erm tapi hubby ok sahaja bila aku kata "ok ke nak uruskan sorang sorang..." sebab kadang-kadang aku suka biarkan hubby buat semua itu tanpa aku...aku pun tak tahu kenapa...tetapi aku memang salute dengan apa yang hubby buat, tak pernah mengeluh malah mungkin hubby juga rasa puas atas apa yang dia buat...sebab itukan tanggungjawabnya jugakan...tapi serius uwan aku cukup marah...masa uwan aku bising-bising marah itu aku diamkan sahaja sebab aku lebih kenal siapa En Muzlienor...yelah aku kenal dengan hubby berbelas tahun dan sudah enam tahun lebih hidup bersama dengan dua orang puteri yang comey comey lak tu...erm syukur alhamdulillah...aku sayang sangat keluarga aku...

RINDUNYA aku pada mereka sekarang ini...

Kasih sayang seorang abah...

Erm aku bangun pagi-pagi lagi sebab aku tak siap paking apa-apa pun untuk ke Pahang tapi aku tengok satu beg sudah siap untuk aku...erm terima kasih sayang tolong siapkan barang keperluan aku disana...aku ambil mana yang tak cukup dan paking lagi...masa aku bangun aku tengok muka En Muz macam sangat mengantuk...aku tanyalah kenapa macam letih saja ni...rupanya malam tadi En Muz berjaga banyak kali sebab Akalili asyik terjaga sebab tidak sihat demam...ya Allah aku sedar sekali saja masa itu dalam kul dua lebih...selepas itu memang aku sudah tidak sedarkan diri...yang hubby pun tak kejutkan aku buat sorang-sorang sahaja...mungkin hubby tengok aku penat sangat kot sebab aku bukan yang tidurnya mati...kalau anak-anak bergerak sedikit pun aku boleh sedar inikan pula mengegek demam...hubby siap bangun bagi ubat bagai pada Akalili aku still tidak sedarkan diri...erm penat sungguh ke aku sampai begitu sekali...mungkin kot...DAN itulah kasih sayang abah untuk anaknya. Ingat masa Akalili kecil dulu kalau demam demam ini memang kami akan bergilir-gilir menjaga...ada sampai satu masa Akalili tidur dalam pangkuan abahnya sambil duduk...itulah pengorbanan kasih sayang seorang abah pada anak-anak...

Friday, 16 October 2009

wedded bliss...

Lately nie my En Muz sangatlah suka nyanyikan untuk aku lagu...aku da naik segan sampai merah2 pipi malu...walaupun aku sudah lama bersamanya dari kawan hinggalah mendirikan rumahtangga dan sekarang sudah punya dua orang permata yang sangat kami sayang tapi aku masih punya rasa malu dengan En Muz...aku tak tau lah pula orang lain macam mana dengan suami mereka...
Terima kasih ye sayang atas layanmu itu, love u so muchhh bang...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails