Saturday 30 October 2010

SeLaMaT HaRI LaHiR SaYaNG....

selamat hari lahir....selamat hari lahir...selamat hari lahir abang...selamat hari lahir....mmuaaccchhh......

SeLaMaT HaRi LaHiR AbaNG....SeMoGa HaRi ini AkAn BuAt DiRiMu Yang TerinDaH & GeMbiRa DiSaMpiNg IsTeRI dan AnAK2mu YanG CoMeL itu....

SeMoGa ALLAH seNtiAsA MeRaHmATi KeHiDuPaNmu...BeRJaYa DiDunia & DiAKhiRaT...dan MeNjAdI SeOrAnG AnAK YanG BaiK UnTuK UmmI & AyAH SeRtA EmAK MenTuAmu itu...SuaMI yAng Baik Buat isTeri TerSayANG ;)) ...AbAH YanG BerTangGunGJaWaB Buat NuR AkALiLi HaNiS & NuR DiNi SoRFiNA...DaN MenJadI seOraNg YanG KaMu IngiN JaDi...IsTeRimu ini SeNtIasA BerDoA UntuKmu AgaR MenJadI YanG TerBaik...amin...

YanG TerakHiR JadILaH HamBa YanG TaaT Pada PeRINtAh ALLAH & RasUL serta MenDIdIK iSteRi & AnAK2mu Ini Ke JaLAn YaNG diReDhAi...amin..


Friday 29 October 2010

Friday Again...

Salam Pagi Jumaat....


Alhamdulillah...sudah hari Jumaat.




Wednesday 27 October 2010

LuncH...

Hari nie lunch awal sebab meeting baru habis nie ada makan-makan so layan...alhamdulillah kenyang sudah...so lepas nie kena bersemangat la buat kerja sebab perut sudah kenyang gitu...hehehe....

Erm semalam baru aku ingat yang cek aku sudah dua minggu lebih juga aku peram tak di clear kan asyik lupa jea...so hari semalam aku paksa gak diri ini untuk keluar ke bank...maka aku ke sogo saja sebab sana ada maybank kan...Aku keluar pun sudah waktu lunch gitu so aku and the geng decide makan kat luar jea lah...dan ternampak ada satu kedai kat medan mara tu macam best jea so kami ke sana...makan nasi chicken chop + air anggur = rm6.90 tapi aku tukar air apple asam boi kena tambah rm1...ok lah tak dapat apple lime, apple asam boi pun boleh...

 
 Nasi + Chicken Chop...

Apple asam boi...

DuiT...dUIt...di mana kau DuIt...

Erm pagi-pagi lagi aku sudah cerita pasal duit...seronoknya kalau duit tu datang bergolek tanpa dicari dan mencari...Hari ini semua orang tanya pasal duit pantry...erm la nie aku malas nak ambil port pasal pantry sudah...sebab lepas nie aku nak kurang-kurangkan diri untuk lepak dalam pantry kan...rasanya lepas nie aku agak sibuk dengan hal peribadi aku pula...rasanya sudah dua tahun aku jaga so cari orang lain pulalah yang take over...balik-balik muka aku tak syok la pulak...pasni nak cari orang untuk take over duit club pula...rasanya cukuplah dua tahun juga aku pegang duit club...

Bila aku fikir-fikir balik muka aku macam muka duit ker...Dari dulu masa sekolah lagi aku sudah main dengan duit duit ini...memanglah aku minat mate tapi ada kena mengena kea mate dengan duit...pelik betul...masa sambung belajar dulu pun muka aku nie gak kena jaga duit untuk itu ini dan semua bagailah...duk kat office pun muka aku lagi kena jaga duit...pernah juga ada satu tahun tu aku kena kutip duit untuk jalan-jalan bersama kawan-kawan aku sebab senang bila nak pergi sudah ada duit poket masing-masing untuk shopping bagai gitu...aku jugak...

Apapun aku terima kasih pada semua sebab percaya pada keupayaan aku nie...to my bos macam yang aku cakap dalam meeting lah...aku nak letak jawatan untuk jaga duit club dan ajk dalam aktiviti di office ini... Rasanya aku nak bagi laluan pada orang lain pula...rasanya sudah cukup untuk aku buktikan dan aku dapat juga buktikan pada diri aku sendiri aku masih amanah dalam menjaga DUIT ini...alhamdulillah, syukur pada ALLAH tak gelapkan mata aku dengan duit...sebab duit yang aku simpan bukan sikit-sikit...



Tuesday 26 October 2010

no mood...

Hari nie still no mood...alhamdulillah hari datang juga office kalau nak diikutkan balik semalam badan aku sudah sakit-sakit gitu...lepas maghrib terus aku tidur...jam 0440 baru aku bangun untuk solat isyak, terus berjaga dan alhamdulillah masih rasa kuat lagi badan ini untuk ke office...tapi buat kerja pun slow jea...

Nasiblah Akalili dan Dini tidak teruk sangat demamnya...tapi En Muz memang teruk jea aku rasa demam kali nie...siap menggigil lagi tapi still tak nak pergi klinik or hospital...dan semalam tu alhamdulillah aku hanya pening-pening dan angin tidak pula demam...

The kids...
Sedih jea rasa...pipi tembam Dini tu sudah susut...

Baru aku perasan...
SemaLam dan Hari Ini i;m still look blue...




Friday 22 October 2010

KeLmarin...dan SemaLam...

KeLmarin...engkau datang menjemput aku...bila sampai rumah aku terus makan...sup ayam dan sambal ikan bilis yang sudah siap dimasak...alhamdulillah sedappp...lepas solat maghrib aku ajak kau keluar...kebetulan engkau pun nak jumpa kawan so...ok lah...tapi tiba-tiba on the way tu lupa nak buang sampah yg diletakkan diatas bonnet tu kan dan berteraburlah jatuh diatas jalan raya...oh marah sangat nampaknya kereta-kereta di belakang semua...kalau aku pun mungkin marahkan mengganggu lalulintas kan...kan... aku pun dengan muka yang agak gerun pandang ke arah pemandu...tu lah pasal masa nak bawa kereta masa tu jugak lah nak bercakap dengan telifon...adoiii buat aku hangin jea kan...tak pasal-pasal kena aku membebel (mohon ampun dari hujun rambut sampai hujung kuku kaki)...

So malam itu untuk meredakan hati aku yang membara En Muz bawa kami layan satay kajang...kebetulan nak jumpa member kat Danau Kota dan Kajang...dan aku pun memang macam da lama nak makan satay kan...
Alhamdulillah dapat gak makan...

 
 Satay ayam 15 cucuk & daging 10 cucuk...
Itu pun tapau balik tak habis...yg mkn cuma aku, En Muz & Dini jea...

 
Dini layan 2 cucuk satay ayam...
Layan nasi impit kuah kacang jea...

 Selasa hari tu lepas balik kerja aku masak pengat labu...Labu yang bawa dari kampung...separuh masah gulai lemak dengan pucuk manis...separuh lagi tu yang aku buat pengat...

Pengat labu dan gula kabung sudah atas dapur...

 
 Sudah siap masak...aku campur sagu...sodappp...


Semalam pula...pagi-pagi lagi aku sudah bangun dari tidur sebab En Muz tak de dalam bilik...rupanya dari kul10 hubby ngadap kerjanya...bila aku bangun jam 0430 semalam tu barulah dia siap kerja so sudah nak jam 0500 baru nak tidur...nasib lea larat nak kek kerja...aku pula awal juga sampai ke office sebab pagi tu aku dan beberapa staff BLT akan ke Sepang tengok site LCCT yang baru tu untuk tengok kerja-kerja "Dynamic Compaction"...On the way tu hujan tapi bila kat sana panas boleh tahan gak lah...hampir setengah hari gak duk site...jam 1300 camtu da balik sampai-sampai terus ke kantin tapau nasi lapar bangattt masa dorang lepak kedai mamak aku tak makan pun bukan per aku da stop layan makanan dari kedai mamak...

 
Kerja-kerja "Dynamic Compaction" ---> soil improvement 
by using high impact rolling dynamic compactors..

 Lama tak keluar...

Masa tapau nasi tu aku singgah kedai ustaz tu lagi...
Alhamdulillah majalah aku nie sudah ada balik...
So amik dua sekali yang aku miss to buy hari tu...

Wednesday 20 October 2010

Menara CELCOM

Sekarang nie kalau pergi mana-mana pun Akalili akan jaga Dini seketat-ketatnya...kadang-kadang aku tengok pun rimas tapi nak buat macam mana Akalili memang risau kalau adik dia jauh dari kami walaupun kami boleh nampak apa yang Dini buat...

 Tengok lea tu...Akalili halang Dini pergi jauh dari kami...

 
 Akalili pantau Dini kemana saja...rimas aku tengok...

 Kalau di pegang pula memang tak duduk diam jugak...

En Muz pujuk Dini suh duk diam...

Memang aktif sesungguhnya...


Tuesday 19 October 2010

Aku gembira bila mereka gembira...

Hehehe...setiap orang mesti happy kan bila tengok orang-orang yang kita sayang gembira...begitu jugalah aku...aku bersyukur dengan kurnian ALLAH...aku harap ALLAH sentiasa bersama aku untuk aku memperjuangkan hidup aku di bumiNya ini...amin.

 Dini paling syok layan air...

 Layan sungguh dua beranak ni main air...

"tepilah Dini nak pigi sana ni ngan kakak ni"

 Erm dua beradik nie kononnya nak pergi 
ke tengah sungai tu dengan berkongsi pelampung...

 nurcinta family...

Aku dan mereka...Mereka adalah nyawa aku 
setelah ALLAH bagi mereka pada aku...


Kisah Pendayung Sampan...

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian.Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, “Hmm. Hari nak hujan.” “OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat” kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan. “Kamu dah lama kerja mendayung sampan?” Tanya Professor itu. “Hampir semur hidup saya.” Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas. “Seumur hidup kamu?” Tanya Professor itu lagi. “Ya”. “Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?” Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, “Kamu tahu geografi?” Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. “Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.” Kata Professor itu lagi, “Kamu tahu biologi?” Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. “Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?” Professor itu masih lagi bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. “Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan.” Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri. Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, “Kamu tahu berenang?” Professor itu menggelengkan kepala. “Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.” Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Morale of the Story:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi “MASTER” dalam bidang yang diceburi. Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?

Aksi Berani Redah....

Kalau pergi ke Chamang Dam tidak buat aksi berani redah begini memang rugi beb...syokkk tapi adalah harus berhati-hati...dan yang pasti aku memang suka layan aksi begini...tapi agak-agak jugalah kan...kalau tahu air deras or nampak air naik janganlah buat itu hanyalah menempah sesuatu yang tidak di ingini...fahamkan kawan-kawan... 
Wan aku memang setiap kali pergi sudah warning kalau tengok air laju dan tinggi jangan mandi...dan kalau banyak daun-daun or ranting-ranting kayu hanyut atas air itu maknanya air deras dari atas akan datang...alhamdulillah setakat ini semuanya ALLAH permudahkan...


 En Muz tengah meredah air deras...
Siap ajak aku sekali tapi faham2 jelah Dini nak ikut juga...
So En Muz layan lea sensorang...

 Layannnn.....

 Sepupu aku nie siap pesan kat En Muz 
kalau apa2 jadi kat dia kirim salam kat wan(nenek kami)...
Bila sekali lepas dan ok jea, berkali-kali pulak dia layan...

Kawan aku pula layan...mula2 takut lepas tu layannn...



Monday 18 October 2010

Pha Pha Seafood always...

Semalam sampai KL jam 1940 terus gi masjid tepi jalan juga bertentang dengan Pha Pha Seafood Restoran yang juga akan menghidangkan dinner kami...so lepas solat terus kami ke sana...kat sana macam biasalah kalau pergi ikan kerapu tiga rasa pasti ada, sayur campur dan telur dadar...dan air sudah tentu ais blanded durian belanda kegemaran Akalili dan semua...

Ya...inilah air kesukaan Lili...
Tapi selalu yang habiskan kami...

 Erm...bz body nampak Dini...
Not good la sayang begitu...

Yummy...makanan sudah sampai...Dini lapar nie abah...



Chamang Dam Again...

Sabtu lepas pagi-pagi lepas subuh aku ajak En Muz pergi pasar sebab nak cari semua barang fresh kan... Daging mestilah yang batang pinang, ayam, udang, dan sotong...balik terus bersihkan untuk perapkan dengan bahan-bahan yang aku sudah bland itu...

Kali ini pergi aku bawa kawan-kawan office itu pun semua tak pergi...padahal program nie aku da rancang last year lagi tapi Allah yang tentukan semua dan Sabtu lepas pergi, dan pergi mana yang ada saja sebab kawan yang lain ada hal pulak...lima jam jugalah kami disana...happy sangat...

 My friends...

 Pakcik n makcik aku...

 My happy family...
Ini pun tak ramai selalunya kalau aku pergi memang ramai sungguh... Anak-anak pakcik aku pun dua takde sebab sekolah...wan aku pula ada jemputan progam baca yassin...adik-adik aku sibuk kerja...so ini sahajalah yang ada...sebab itulah makanan banyak betul berlebih...so malam tu sambung bakar semula untuk dinner...tapi yang besttt bagi aku dapat makan keladi masak tempoyak again...memang layannn sungguh...pedasss jangan cakap memang berapi ooo...semua orang layan lauk tu...

 
Tempoyak keladi...yummmyyy...

Sayur campur...


Friday 15 October 2010

berselera nampak....

Alhamdulillah sudah sampai hari Jumaat pun...hari nie ok lah awal sikit aku sampai office...seronok betul Lili dan Dini sebab tiap hari dapat hantar ummi mereka pergi kerja...tapi this time aku memang tak breakfast dan lunch dengan mereka langsung...sampai saja office aku tapaukan makanan untuk mereka breakfast tiga beranak dan mereka pun pergilah pulang berehat di rumah...aku pulak bekerjalah seperti biasa...nak cuti erm macam tak de program pun nak kemana-mana so baik aku kerjakan...sebenarnya saja nak bagi En Muz berehat dengan anak-anak sebab lately En Muz busy...busy...dan busy...sampai dua beradik itu asyik tanya aku mana abah mereka asyik balik lewat saja...tapi seronok mereka nampaknya bila duduk di rumah bersama abah...

Pagi nie sebelum keluar rumah Akalili sudah kecoh gitu...Ummi nak ikut tak kakak nak lepak taman nie dengan adik dan abah...erm aku senyap saja...dalam kereta pun tanya aku soalan itu lagi...then aku jawab "tak boleh lea sayang ummi kerja..." sambung si Dini pulak..."ala...ummi jom arrr pegi taman tu...besttt (ayat budak dua tahun lima bulan ini yang sudah kurang pelat gitu)...DAN tengah aku membuat kerja aku dapat MMS dari En Muz gambar dua beradik tu bukan main seronok lea kat playground tu ya...dengan berbaju tidur pulak tu...

 
 Seronoknyer anak2 ummi bersama abah yer...

 
Oklah aku nak breakfast dulu...la nie syokkk banyak sudah makanan di kantin bawah...dua kedai sudah orang baru take over...memang best lah banyak menu baru yang terhidang 1st yang aku cuba rojak kuih erm best lah dapat makan benda-benda gitu di office...dan best ada nasi lemak kampung gitu yang rm1 beralaskan daun pisang tu...wangi jea bau dan macam-macam lagilah...erm oklah dah bau nasi lemak itu menusuk hidungku...ok chowww duluuu...

Wednesday 13 October 2010

kawan baru...

 
 My love...

Erm besar lagi dari Sorfina...

Seronok dua beradik nie...

Erm semalam bukan main seronok lagi anak dara aku dua orang tu...Bila adik aku datang bawak teddybear besar da lebih dari Dini bukan main seronok dua beradik tu main...Sorfina tak habis-habis gelak sebab teddy tu lebih besar dari dia...

Erm aku pulak minggu nie alhamdulillah ada orang hantarkan dan jemput...so heaven jea rasa...tapi hari ini macam lewat jea aku rasa akan di jemput sebab En Muz baru jea YM aku cakap kawan yang En Muz nak jumpa tu lewat sampai...erm kena lah aku lepak office dulu...aku baru sahaja berkira-kira balik awal hari nie...nak buat macam mana kan tunggu jea lah...

Monday 11 October 2010

citer 10102010

Alhamdulillah....semalam aku sangat gembira dapat berkumpul adik beradik...fikir punya fikir semalam barulah ada peluang aku dan semua berkumpul...gembira dapat tengok muka adik aku semua...rindu kat mereka bukan kepalang...yelah masa hari raya hari itu tak sempat nak jumpa semua sebab dua hari raya aku sudah balik ikut En Muz pula... lepas tu ada juga plan nak kumpul adik beradik tapi ada jea program masing-masing...dan alhamdulillah semalam memang sudah ALLAH tetapkan kami adik beradik dapat berkumpul itu yang sebenarnya...

Yang bestnya keluarga belah arwah abah aku dan wan aku pun ada...riuh rendah sekejap...happy sangat...tapi memanglah penat sikit dari malam ahad tu aku memasak sampailah ke pagi ahad...rasa macam nak raya lak aku rasa... aku pun seronok sebab dengan izin ALLAH aku sudah selamat ganti dan berpuasa enam di bulan Syawal hari itu...so kira semalam aku beraya sekali lagi walaupun sudah 2 Zulkaedah itu saja ruang dan waktu untuk makan time kan...menu yang disediakan...rendang ayam, nasi impit, kuah lodeh, mee kari, sambal sotong dan sambal udang, dan lemang angah sponser ---> tq angah.

Malamnya pulak aku masak rendang ayam lagi dan rebus nasi impit juga masak kuah kacang untuk di bawa ke office...sebab nak jemput officemate datang umah tak berkesempatan so bawa makan ok kot...so dua malamlah aku tidur memang lewat untuk masak-masak nie...terima kasih pada En Muz sebab setia menemani aku di dapur bersama notebook nyer...tq sayang...

Thursday 7 October 2010

Makan...makan...makan...

Erm aku rasa semalam last untuk aku makan jamuan hari raya...sebab esok adalah hari akhir untuk bulan Syawal...tapi bila aku pergi mana pun makanan yang aku akan ambil tetap sama...seperti dibawah...walaupun banyak makanan yang disediakan tapi ntahlah aku malas nak fikir sebab nak bangun duduk bangun duduk ambil kan...tapi kalau ada cik abang erm rasa heaven jea nak makan apa cakap jea pasti akan tersedia cik abang tolong ambilkan...so bila i alone macam tu lea jadi nyer...tapi ok aper xde lea berat aku naik memdadak hehehe...baru ini timbang pun erm nak sedapkan hati, erm...ok lah satu kilo lebih jea naik takpe...dalam hati adoiii ingat turun naik rupanya...
 
 Memang nie jea aku selalu ambil...
tapi itu lemang memang tidak miss...

 Honeydew and apple...
 Dan yang lain selain air minum aku ada juga buah2an...
tapi dua nie jea yg aku pilih kalau xde tak makanlah aku buah...hehehe

Monday 4 October 2010

Enjoy di hari cuti.....dan Filem Muzikal....

 
 
  Antara pics from Magika...

Erm hari nie mata aku ala ala malas pulak nak buka...tapi alhamdulillah bangun pagi tadi ok jea sedar...semangat juga nak ke office tapi bila sampai office malaslah pulak...rasa mata nie nak tidur jea...kalau kat rumah pun confirm aku tidak tidur jugak sebab banyak kerja kat rumah yang menunggu tu...

Apapun aku seronok sebab aku baru balik dari jalan-jalan. En Muz tiba-tiba pulak nak berjalan ke Manjung pada cuti baru ini...last minute punya plan...sudah lewat malam aku berkemas kain baju untuk ke Manjung...dalam jam 2300 aku gerak dari KL before tu hantar wan aku dulu...ishh lama jugalah aku tak jalan jauh-jauh tengah-tangah malam gini semenjak ada anak-anak...tapi Jumaat tu seronok pulak rasa...teringat zaman kami berdua, memang selalu kesana sini tengah malam...dan sudah jadi kebiasaan dulu-dulu masa berdua dari Seremban - Bentong nak pergi ke nak balik ke memang cari masa tengah malam nie jea...la nie slow sebab kesian anak-anak jarang-jarang boleh la...so sampai Manjung pun jam 0230, sian my SIL terpaksa bangun dari tidur...hubby pulak siap makan dulu baru tidur...aku pulak opsss sorry tidur lebih nikmat bagi aku...so aku pilih untuk tidur...hehehe...

Sabtu pulak petang Angah buat open house so layan open house Angah jea nak kuar pun da malas...malam da settle semua lepas Isyak En Muz ajak keluar tengok filem muzikal saja nak layan anak-anak kecil...lagipun Akalili dan Dini seronok sebab ada sepupu mereka sekali so erm ok lah layan...movie start jam 2130 sampai dalam jam 2105 lepas beli tiket macam biasa beli popcorn dan air...masuk panggung layan popcorn jea lah dulu sebab skrin x on lagi...dalam jam 2310 sampai rumah nak hantar Dini yang sudah tidur ke bilik tup tup dengan aku sekali tidur...sedar-sedar sudah subuh...memang penat sungguh...

Pagi Ahad masa subuh tu still hujan...plan nak gi mandi laut kat Teluk Batik. Bila bangun jam 0830 hujan da berhenti so terus siap-siap nak gi Teluk Batik memang tak breakfast langsung...padahal Angah da siap buat air bagai tapi nanti kenyang tak syokk lak nak main air kan...Sampai Teluk Batik anak-anak dan En Muz jea mandi...aku lepak atas kerusi malas yang En Muz sewa 2 biji...so aku tengok dorang mandi dari jauh jea lah...hehehe dalam hati erm ok lah En Muz boleh jaga anak-anak kami kalau ramai...seronok tengok mereka mandi manda...last last Dini dan sepupu dia Amirul yang tua setahun dari Dini lepak ngan aku sambil layan goreng pisang yang agak keras bancuhan tepungnya...dalam jam 1130 semua sudah naik untuk siap-siap balik...bila sampai rumah tengok Angah pun da nak keluar...alang-alang keluar En Muz ajak lunch terus...so kami ke Nasi Ayam Mama kat Manjung...best nasi ayam dia...before nie pun kami memang pernah makan kat sini so layan lunch kat sini je lah...

Jam 1430 gerak balik...sampai dalam jam 2000...yang kelakarnya sampai di Restoran Jejantas Sungai Buluh nak makan kat sana...kejut dua beradik tu...tiba-tiba Akalili tak nak turun nak balik rumah terus...Dini pun sama tak nak turun so En Muz pandang aku...aku pun ok jea bang kita balik jea lah...lagi pun sebenarnya kami masih kenyang...sebab on the way tadi pun kami makan roti jala yang Angah bekal...banyak sungguh dan sedap...tq Angah...

Friday 1 October 2010

Harapan di bulan Oktober...

Hari ini sudah masuk bulan Oktober...moga-moga bulan ini dapatlah berita gembira...dan dapat selesaikan yang sudah ditangguh-tangguh hampir setahun itu...kenapalah susah sangat nak buat keputusan padahal sudah tertulis...pelik dan pelik tak cukup-cukup lagi dan tak puas-puas lagi ke hendak ambil hak orang lain...atas dunia bolehlah nak tangguh-tangguh tapi di sana nanti tahulah langit itu tinggi ke rendah hingga boleh tindas hak orang lain...

Harapan aku dan dia agar Oktober kali ini terjawab semua persoalan...dan kembalikan hak kepada yang hak...semoga Engkau permudahkan perjalanan kami...aminnn...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails