Monday 31 May 2010

Shrek Forever After Movie

 
 
Layan shrek untuk kali kedua Sabtu lepas...

Shrek Forever After
Synopsis
After challenging an evil dragon, rescuing a beautiful princess and saving your in-laws’ kingdom, what’s an ogre to do? Well, if you’re Shrek, you suddenly wind up a domesticated family man. Instead of scaring villagers away like he used to, a reluctant Shrek now agrees to autograph pitch forks. What’s happened to this ogre’s roar? Longing for the days when he felt like a “real ogre,” Shrek is duped into signing a pact with the smooth-talking dealmaker, Rumpelstiltskin. Shrek suddenly finds himself in a twisted, alternate version of Far Far Away, where ogres are hunted, Rumpelstiltskin is king and Shrek and Fiona have never met. Now, it’s up to Shrek to undo all he’s done in the hopes of saving his friends, restoring his world and reclaiming his one True Love. 

i'm blue today


I'm blue dabedidabeda...ahaksss. Hari ini aku terbangun terlambat...ohhh tidak azan sudah berkumandang...Alhamdulillah ALLAH permudahkan aku sampai office awal juga...so aku ke office dengan sempoi dan pantas sekali pagi tadi, semuanya pakai sarung aje...hehehe...abaikan sahaja meja aku yang agak tidak terurus sejak akhir-akhir ini...ok i'm going back now...chow...

Bekerja lagi

Alhamdulillah...hari ini aku bekerja lagi, memang akan bekerja untuk hari-hari mendatanglah nampaknya..aku sampai office awal walaupun aku bangun lambat. Erm bulan ini sahaja aku sudah menghabiskan cuti dengan begitu rakus sekali...nampaknya bulan-bulan akan datang aku kena stop lea untuk bercuti-cuti ini. Apa yang aku rancang alhamdulillah berjalan dengan lancar dan ada juga perkara di aku rancang juga menjadi. Bah kata aku dan kata semua oranglah..."kita hanya merancang Dia yang menentukan segalanya".

Kepala aku pun masih pening-pening sikit banyak aktiviti yang aku lakukan masa cuti-cuti yang aku ambil tanpa di duga itu. Nampaknya hari ini aku kena settlekan kerja-kerja kursus yang akan diadakan pada bulan depan (Jun)...Alahai mata janganlah sampai aku nak tongkat kat engkau pula...
ok la chow dulu buat kerja...selamat bekerja semua... ^_^

Friday 28 May 2010

jumaat yang indah

Seronoknya cuti hari ini. Jumaat hari ini sungguh indah dengan turun RahmatNya. Kalau tidur alahai mesti tak hingat dunia nanti. Semalam sampai dari Melaka awallah sebab ada kerja sikit nak buat di Bukit Damansara. Tiba-tiba dapat call kalau tidak maunya aku balik awal dari Melaka yelah cadang hubby banyak tempat yang nak dituju lagi tapi oklah pada hari aku sampai sana pun sudah banyak tempat yang dilawati untuk melayan kedua-dua puteri kesayangan aku itu.

Semalam kami lunch di Hentian Ayer Keroh sebelum hentian Jejantas Ayer Keroh. Sampai sahaja Tuuu...Dia Pak Tam pun ada kat sana rupanya. Aku pun terus ajak hubby makan kat sana last time pun kami makan di Rawang. Memang best lah makanan kat situ, masa itu aku makan Mee Kari dan hubby makan Laksa Penang, siap makan tukar-tukar pinggan sebab banyak. DAN semalam aku makan Nasi Kandar sudah lama rasanya tidak makan makanan itu. Nasi Kandarnya memang best sampaikan hubby minta nasi tambah. Dan yang aku suka sekali ada Opor Daging, kuah Opor itu yang hingga menjilat jari.

Restoran yang bersih dan selesa.
 
Nasi Kandar Biasa untuk aku.

Nasi Kandar Special untuk hubby.

 Abah kenalah layan anak pula.

 
Air Sirap Bandung untuk mereka.

Dua beradik ini sudah dapat mainan lupa untuk makan.

Alhamdulillah...sodap.

Thursday 27 May 2010

Melaka Bandar Bersejarah

 
Alhamdulillah baru sahaja selesai breakfast aku tiga beranak masuk bilik semula. Nak keluar ke tempat lain malas...bukan apa belum habis penat balik dari Kuantan aku sudah ke Melaka Bandar Bersejarah pula.  Hubby pula lepas breakfast terus ke tempat seminarnya. Selamat berseminar ya...
Hari Rabu pagi, semalamnya lah aku dan family sudah ke Melaka. Saya (isteri) yang menurut perintah dari suaminya, hehehe. Singgah sana sini dalam pukul 1320 sampai hotel. Hubby check in dulu dengan anak-anak sekali pergi aku stay dalam kereta sahaja malas nak keluar sebab we all nak gi lunch pulak...Punyalah nak mencari asam podeh daging tetel yang hubby ingat-ingat lupa dimana tempatnya hampir pukul 1500 baru dapat makan tapi di tempat lain sebab kedai yang hubby cari itu pukul 1700 hingga 0500 beroperasi so maybe dinner nantilah kesana. Itulah cadangan hubby.

Selepas menikmati lunch we all pun meronda-ronda bandar bersejarah ini.

Monday 24 May 2010

kemarau kah...


Selepas tol Bentong kami terus ikut highway Pantai Timur pula...dan keluar di Jabur. Sepanjang perjalanan ke Cherating itu terdapat hutan-hutan yang terbakar dan pokok-pokok yang kering akibat dari cuaca yang sangat panas mungkin. Kalau nak dikatakan di bakar macam tak logik pula. Tapi masa awal bulan Mac hari itu pun aku lalu untuk ke Cherating ada juga hutan terbakar masa itu aku tengok lagi teruk hutan yang terbakar akibat cuaca panas...awal tahun hari itukan cuaca amat terik panasnya. Tapi masa kami bercuti-cuti hari itu alhamdulillah cuaca seronok mandi laut dan last kami disana hujan pada waktu petang so perjalanan pulang kami sejuk sahaja...

Friday 21 May 2010

Larian Pantai

 Nampaknya dua beradik jauh kebelakang...

 
Erm..Akalili sudah tidak bagi peluang pada abahnyer lagi...hehehe

 Masing-masing sungguh bersemangat lagi tu...

Erm ini dinamakan larian pantai...selepas seronok bermain air laut boleh pula En Muz ajak anak-anak kecil berlarian di persisiran pantai...Bukan main seronok lagi anak beranak tu berlari-larian...

Undangan.


Ahad lepas aku ke undangan perkahwinan officemate di Taman Medan Petaling Jaya. Awal pagi aku sudah bangun siapkan breakfast dulu. Iron semua baju dan berkemas pakaian untuk cuti-cuti Malaysia kami.

Thursday 20 May 2010

Selamat Hari Lahir Sayangku


15 Mei 2010 selamat lah anak Ummi, NurDiniSorfina 2 tahun...Alhamdulillah dengan izin Allah. Selamat juga aku menjamu sedikit makanan untuk kawan-kawan NurAkaliliHanis dan Birthday Girl itu. Baru hari ini aku dapat nak upload pictures.

Buat Nur Dini Sorfina semoga sentiasa berada dibawah Rahmat Allah...semoga diberi kesihatan yang baik, jadi anak yang solehah dan berjaya di Dunia dan Akhirat...amin....Doaku sentiasa bersamamu sayang...

Paginya Sorfina bangun agak lambatlah pula. Tengoklah picture atas sekali itu bukan main sedap sungguh tidurnya bersama bantal musyuk lagi. Selalunya bila kami bangun solat subuh waktu cuti-cuti Sorfina sudah bangun tapi pagi Sabtu tu buatlah bising macam mana pun lena sungguh dia tidur...Aku ini punyalah puas cium-cium pipi sambil peluk-peluk pun still tak sedar lagi. Nyaman jea tengok Sorfina tidur, geram pun aku ada tak sabar nak tunggu dia bangun...Jam 0916 baru Sorfina bangun masa itu aku sibuk berkemas di dapur...terus datang kat aku sambil senyum. Aku pun bagi salam dan nyanyi lagu birthday...malu-malu pula Sorfina...

Kembali bekerja

 Terowong Genting Sempah

Setelah lima hari aku kesibukan dengan cuti-cuti dan hal itu ini. Semalam sudah lewat malam baru sampai rumah. Hari ini aku kembali bekerja dengan penuh semangat. Hehehe tapi tak la sibuk pun di office. Kerja-kerja pun sudah siap sebelum bercuti hari itu now tinggal nak update sikit-sikit pasal kursus yang Isnin hingga semalamnya sahaja. Lawatan teknikal awal bulan Jun pun telah ditunda so tidak lah sibuk sangat untuk membuat preparation untuk itu. Tetapi nak diikutkan mood aku masih dengan cuti-cuti lagi...oh kalau cuti aku banyak macam orang tu seronoknya leh duk umah lagi ini or gi jalan-jalan lagi tapi apakan daya cuti aku tinggal beberapa hari sahaja lagi so kenalah fikir-fikirkan ada setengah tahun lagi ini.

Wednesday 19 May 2010

Furry Vengeance Movie




Semalam lepas lunch kami layan anak-anak kecil cerita Furry Vengeance ini di pawagam Berjaya Megamall Kuantan. Boleh la cerita seronok tengok dua beradik ini ketawa sahaja...Orang yang menonton pun tidak ramai, yelah hari orang bekerja. Seronok kami layan cerita ini tiba-tiba terdengar satu dengkuran...Mula-mula itu ingat dalam movie sebab ada juga part part tidur nie...alih-alih memang ada sorang mamat ini tertidur gamaknya dengan berdengkur kuat sungguh...Satu panggung ketawa bila dengar maybe dia tak leh layan cerita ini dan tertidur. Tapi yang tak tahannya berdengkur itulah kuat sungguh...Kecian kot dia tak de partner tu yang jadi macam itu...hehehe...

Synopsis

FURRY VENGEANCE is a live action family comedy in which an ambitious young real estate developer, Dan Sanders, faces off with a band of angry animals when his new housing subdivision pushes too far into a pristine part of the wilderness. Led by an incredibly clever raccoon, the animals stymie the development and teach our hero about the environmental consequences of man’s encroachment on nature.

Genre:          Comedy, Family
Official Site:  http://www.furryvengeance-movie.com
Director:       Roger Kumble
Cast:            Brendan Fraser, Brooke Shields

Sunday 16 May 2010

SELAMAT HARI GURU

Aku nak ucapkan Selamat Hari Guru buat pendidik SKTF, SMKK dan POLISAS atas ilmu yang kau berikan...juga buat semua guru Jasamu tetap dikenang...
Walaupun aku bukan cikgu tapi anak-anak anggap aku macam cikgu...setiap kali apa yg aku buat untuk mereka...NurAkaliliHanis akan cakap thank you teacher dan NurDiniSorfina akan cakap tasih ciku (terima kasih cikgu)...aku hanya menjawab MAKANYA aku kenalah menjadi pendidik yg baik buat mereka...Semoga ALLAH bagi aku Peluang dan Ruang untuk menjadi yang Terbaik buat mereka...Ummi sayang kamu berdua semoga menjadi anak solehah...amin

Friday 14 May 2010

Alhamdulillah

Pagi tadi aku bangun dari tidur macam biasalah...sebab aku tidak iron baju malam tadi so aku kena buatlah pagi ini. Tapi lately ini aku suka iron baju di pagi hari sebabnya aku bangun seawal jam 0500 so tidak tahu hendak buat apa fikir-fikir aku iron baju sahajalah. Erm ceritanya pagi tadi tiba-tiba tidak ada kerjakan aku pun ambil handphone konon-konon nak tengoklah manalah tahu kot-kot ada orang nak call ke kan...Padahal memang tidak ada pun kalau ada pun seawal 0600 lebih gitu barulah ada juga call dari orang-orang office or adik-beradik or sedara-mara aku. Sekali tengok ada one miss call. Opsss siapa pula ini. Bila aku buka untuk tengok nombornya erm...MakNgah aku dari Kelantan alahai pada jam 0119 ...kenapa pula ni aku sudah risau...Fikiran aku asyik melayang-layang fikirkan miss call itu. Aku nak call balik memang aku takut sangat...takut sesuatu yang aku tidak harap akan berlaku... 

Dalam perjalanan ke office pun hati aku sudah tidak tenteram. Sampai sahaja office aku relax jap dan aku call MakNgah aku. PakNgah aku angkat. Alhamdulillah bila aku dengar suara PakNgah aku tanya dengan nada yang ok saja. Lega aku, maksudnya apa yang aku fikirkan tidak berlaku. So aku bagi tahu yang ada miss call malam tadi then PakNgah aku cakap tertekan huh lega aku. Aku terus tanya khabar Che (nenek) aku. Alhamdulillah Che masih sihat. Masa last aku jumpa Che hujung tahun lepas macam biasalah sakit-sakit tua ni. Che memang sudah gunakan wheelchair untuk kesana kemari.

Lepas sudah call MakNgah aku barulah lega hati aku ini.

Thursday 13 May 2010

Itulah ceritanya.

Isnin lepas aku balik awal dari office sebab nak hantar Sorfina ke klinik...sebab demam kan padahal esoknya juga aku kena hantar Sorfina untuk pemeriksaan seperti biasa...Makanya petang itu aku berada dirumahlah dan kebetulan adik lelaki aku juga turut berada dirumah waktu petang itu. Sedang sibuk aku mengemas tiba-tiba ada orang ketukan pintu rumah. Adik aku bukakan, dan adik aku terpinga-pinga pula so aku pun pergi ke pintu. Seorang perempuan...Dalam keadaan macam la kelam kabut kot perempuan itu...

Perempuan : Akak, dengan akak ke saya jual kain tu....
Aku : Erm...kain????? Bila pula aku duk membeli kain kat rumah ni, kalau pada kawan2 or aku pergi sendiri ke kedai adalah (dlm hati aku). Lagipun aku memang jarang bergaul dengan jiran tetangga sebabnya pagi sudah keluar dan petang pula baliknya. Waktu cuti-cuti pula memang memerap je dalam rumah kalau keluar pun terus keluar betul untuk kemana-mana.

Sambil itu bagi tahu yang dia duduk rumah bahagian depan itu. Tapi bukan aku boleh nampak pun rumah banyak depan rumah aku ni. Then bagitau lagi yang dia tinggal dengan kakak dan abang. Juga dirumah ada anak dia tinggal sorang. Lagi bagitau dia tengah masak dan tiba-tiba gas sudah habis so nak pinjam duit aku dululah untuk beli tong gas untuk memasak nanti kakak dia balik baru ganti balik. 

Aku bila orang cerita macam ini kecianlah pula. Walaupun aku nampak mata dan giginya agak menipu tapi tidak apalahkan. Kalau betul dia tipu mungkin sekali itu sahaja kan sebab takkan dia nak datang jumpa aku buat kali kedua. Kalau dia datang masa itu mungkin aku sudah kaw kaw basuh dia...hehehe...So dia minta nak pinjam rm10 so aku pun oklah bagi lagipun aku nampak di tangannya ada juga note 10 dalam beberapa keping so memang aku budget betoi la budak ni.

Dalam dua tida hari aku tunggu budak tu tak muncul bukan aku kisah sangat dengan rm10 itu tapi dengan janjinya...Makanya aku pun pergilah merisik kabar...erm betullah budak itu menipu...Jiran sebelah dan sebelah aku sudah kena tapi dorang tak bagi pun duit mungkin sudah tahu sebelum itu yang aku tak tahu ini bagi saja. Tapi bila aku fikir-fikir balik mungkin dia dalam keadaan terdesak sebab suami dia agak tidak berguna. Lagipun dia ada anak kecil so aku halalkan dengan apa yang aku berikan. Sesungguhnya Allah itu lebih tahu.

"Dalam kerendahan diri ada ketinggian  budi,
dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
dalam kesempitan hidup ada keluasan ilmu,
hidup ini Indah kerana ALLAH....."

Piala Thomas: Hafiz bawa Malaysia ke separuh akhir

Oleh Wan Hazmir Bakar

2010/05/12

KUALA LUMPUR: Muhd Hafiz Hashim menjadi wira negara apabila meraih mata kemenangan untuk Malaysia mengatasi Denmark 3-2 dan mara ke peringkat separuh akhir Piala Thomas dalam perlawanan sengit peringkat suku akhir di Stadium Putra malam ini.

Ketika harapan tinggi negara diletak pada bahunya apabila kedudukan terikat 2-2, Hafiz ternyata tidak mengecewakan dan mudah menewaskan Joachim Persson 21-12, 21-10 dalam permainan perseorangan ketiga.

Malaysia akan bertemu China pada perlawanan separuh akhir Jumaat ini.

Skuad badminton negara bermula cemerlang apabila Lee Chong Wei memberi mata pertama selepas menewaskan Peter Hoeg Gade 21-17, 21-17 dalam permainan perseorangan pertama.

Pasangan negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong menambah mata kedua selepas mengatasi pasangan Denmark, Carsten Mogensen/Mathias Boe, 21-17, 21-19.

Bagaimanapun, Denmark bangkit merapatkan jurang mata apabila Jan O Jorgensen menewaskan Wong Choong Hann 22-20, 16-21, 21-18 dalam permainan perseorangan kedua.

Kedudukan kemudian terikat 2-2 apabila pasangan bergu kedua negara Zakry Abdul Latif/Hoon Thien How tewas 26-24, 12-21, 18-21 kepada pasangan Denmark Lars Paaske/Jonas Rasmussen.

Piala Uber: Malaysia gagal ke separuh akhir



Posted on the May 13th, 2010 under Berita, SUKAN

KUALA LUMPUR: Malaysia gagal ke separuh akhir Piala Uber apabila Indonesia mencapai mata kemenangan 3-0 pada perlawanan suku akhir di Stadium Putra di sini hari ini.

Keputusan: Adriyanti Firdasari mn Wong Mew Choo 21-9, 21-16; Greysia Polii/Nitya Krishinda Maheswari mn Wong Pei Tty/Eei Hui Chin 26-24, 21-18 Maria Kristin Yullanti mn Tee Jing Yi 21-19, 21-16.

– Bernama
 

Wednesday 12 May 2010

Petang Sabtu lepas.


Bukan main seronok lagi anak beranak ini berkebun di petang hari...aku just ambil-ambil gambar dari tepi rumah sahaja. Malas nak turun padang gitu...Tengoklah rumput yang panjang itu...padahal En Muz sudah meracun pada Ahad sebelumnya tapi disebabkan hujan always turun membasahi bumi, alhamdulillah, so racun itu tidak jalanlah untuk mematikan rumput-rumput dan tumbuhan-tumbuhan kecil di sekeliling rumah. DAN En Muz ada cakap mungkin kena mesin juga rumput ini sebab memang bukan masa yang baik untuk meracun...

Tuesday 11 May 2010

Sorfina ke Klinik

Erm lama betul tak jenguk blog nie...dalam dua tiga hari ini aku sangatlah sibuknya...mana dengan Sorfina yang mungkin berjangkit demam dari Akalili sebab sebelum ini Akalili demam...Alhamdulillah Akalili sudah sembuh Sorfina pula kena...mana dengan kerja yang aku tanggung di office...apapun syukur pada Allah semuanya aku dapat selesaikan alhamdulillah...

Menjaga anak tanpa si suami disisi adalah sedikit kelam kabut bagi aku. Mana nak hantar anak yang sakit ke Klinik atau Hospital dengan sendiri...Hal sekolah anak lagi, itu pun baru saja Tadika belum sekolah yang sebenar. Tapi aku patut bersyukur masih punya suami walaupun jauh disisi...erm walaupun berjauhan deringan deringan telifon dan mendengar suaranya membuatkan aku rasa kami sentiasa dekat sahaja...

Hari ini alhamdulillah aku menghantar Sorfina ke Klinik lagi...sebenarnya En Muz sudah suruh aku tukar appointment hari ini ke minggu depan tapi bila aku fikir-fikir manalah tahu minggu depannya ada hal lain pula kan sudah susah nak tukar lagi. Aku buat appointment petang, jam 0030 aku keluar dari office, masih bekerja sebab aku di berikan tanggjawab mengantikan seorang staff yang tiba-tiba pulak cuti.  Sampai rumah aku solat dulu dan terus ambil Akalili dan Sorfina ke Klinik...Alhamdulillah waktu petang-petang ini memang tidak ramai orang di Klinik ini. Seronok je dua beradik ini ke sana ke mari. Erm berat Sorfina cuma naik 0.7kg dari 9.1kg masa bulan Mac lepas. Alhamdulillah sentiasa berada dalam keadaan sihat. Sabtu ini genaplah 2 tahun NurDiniSorfina.

Thursday 6 May 2010

Tahniah buat mereka

Alhamdulillah hari ini kepala aku sudah ok. Kalau tidak semalam alahai hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya kepala aku. Barulah aku ada mood sikit nak berblogging ini.

Ucapan TAHNIAH untuk my BIL - Alang dan Achik yang mendapat berita-berita gembira itu...aku turut sama merasakan kegembiraan itu...DAN selamat datang untuk dua orang baru makanya bertambahlah anak buah aku...seorang lelaki dan seorang perempuan...comel-comel sungguh mereka ini...bahagia sekali aku lihat baby ini...erm mudah-mudahan Allah bagi aku dan hubby peluang untuk menikmati saat-saat manis ini lagi...InsyaAllah...Erm hari ini aku nak abadikan cerita-cerita gembira dari keluarga aku. Dari minggu lepas lagi aku sudah dapat semua berita gembira itu. Gambar-gambar yang MMS kepada aku...terima kasih...

 Qaid Nur Thaqif
Lahir pada pukul 2 pagi persamaan dgn 23/04/2010...seberat 3.74 kg.
DAN lahir di hospital, ini adalah anak kedua Achik dan Liza---sebaya aku dua2 ini, tahniah buat mereka sekarang sudah ada sepasang cahayamata...semoga Qaid Nur Thaqif menjadi anak yang soleh...amin..
 
 Nur Natrah Farhana
LAHIR PADA 30/4/2010  
Baby Farhana ini anak ketiga Alang dan KakLang aku...semua anak KakLang perempuan alhamdulillah semua cantik-cantik dan sihat-sihat dengan izin Allah yelah KakLang aku ini orang Thailand. erm istimewanya Farhana sebab lahir di rumah yang di bantu oleh jiran-jiran sahaja...jam 0700 barulah Ambulans datang bawa ke hospital settlekan apa yang patut...erm kalau aku tak tahu lah macam mana lahir kat umah maunya pengsan...Alang outstation kat Penang lak masa itu sebab Alang tinggalkan KakLang due date adalah 050510 tup tup Farhana nak keluar awal melihat dunia...Alhamdulillah ada jiran-jiran yang sanggup jadi bidan terjun...Makanya bila Alang balik Farhana sudah selamat semua tinggal di azankan sahaja...Semoga Nur Natrah Farhana menjadi anak yang solehah...amin...
   
TAHNIAH juga adik aku Angah pada berita gembira yang selama hampir dua tahun dinanti-nantikan saat ini...semoga Allah permudahkan segalanya...    


TAHNIAH juga buat anak my SIL akan bakal melanjutkan pelajaran ke IPTA dengan asasi Law...

Monday 3 May 2010

take EL

Hari ini aku telah mengambil EL sebabnya...huhuhu...En Muzlienor punya cuti tidak dapat diluluskanlah...aduhai geram gak aku bila fikir-fikir. Sudah bagitau awal-awal dan sudah isi borang cuti pun bila call office, cuti tidak diluluskan. Makanya akulah terpaksa mengambil cuti yang agak kecemasan jugalah...erm what to do...agaknya kalau En Muz tak datang meeting tu tidak jalankah meeting itu...oh geramnya aku ni...biarlah malas aku fikir lama-lama nanti bertambah sakit lak hidung aku ini...


 settle  pagi semalam aku bersihkan...
Semalam selepas breakfast terus aku kerjakan lauk pauk yang aku beli sekali banyak senang nak ambil untuk masak nanti...bolehlah tahan seminggu dua ni. Haha...sebab aku cuti hari ini so adalah menu lunch kami...erm aku masak Tom Yam Ayam + Seafood (udang dan sotong). Tapi aku teringin bangat hendak makan bihun tomyam so aku celurlah bihun untuk menu lunch aku. DAN Akalili dua kali tambah nasi tapi makan dengan kuah tomyam sahaja lauknya tak disentuh sangat pun...katanya kuahnya sudah sedap untuk dimakan bersama nasi...erm macam-macam saja anak kecil ini...semalam elok pula Akalili makan lauk sebab takde kuah kot...sebab semalam aku masak ayam + udang kunyit campur carrot dan bunga jagung ---- request by hubby. Seronok tengok tiga beranak itu makan bukan main berselera sungguh...alhamdulillah...
lunch aku Bihun Tomyam

Pelita



Lirik Lagu Pelita – A.P.I (ost filem Hooperz)

Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir
Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan
Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir
Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur
Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya

Hooperz...layannnnnn.....

Semalam petang nak layan Iron Man 2 tup tup habis....apalagi aku pun tukar plan...moh abang kita layan Hooperz...erm bila aku fikir-fikir balik betoi ka apa aku cakap itu...macam ada sedikit kegilaan aku buat.

Tapi aku layan gak...dengan agak lembutlah paksaan aku kepada suami tercinta...hehehe akhirnya kami layan Hooperz...sebelum sebelum itu ada aku ajak hubby tengok Hooperz ni tapi macam main-main saja sebab tidak pernah pulak aku nak layan cerita-cerita gitu...tapi oklah memang asyik ketawa...seronok lak aku rasa sebab nak ketawa saja teringat lak zaman-zaman main netball...hikhik....
Sipnosis
Hooperz adalah sebuah filem drama ringan dengan babak-babak komedi yang mengisarkan kehidupan 7 orang pemain bola jaring untuk pasukan kolej mereka yang dikenali sebagai ’Hooperz’. 

Pasukan mereka gagal beraksi cemerlang di gelanggang kesan masalah peribadi yang dialami mereka sendiri, hinggakan mereka sukar bekerjasama sebagai satu pasukan. ‘Hooperz’ dianggotai Atylia yang mempunyai kecacatan lengan tetapi merupakan penjaring utama dalam pasukannya.
Atylia tinggal bersama ayahnya Profesor Iqbal, seorang angkasawan yang kecewa dan kini menjadi pensyarah fizik di sebuah kolej. Ketua pasukan ‘Hooperz’, Zulaikha pula sentiasa berusaha untuk menyatukan pemain pasukannya sementara si penjaga gol iaitu Azwar sering dihantui kelibat anak kecil yang muncul dalam hidupnya.

Ahli pasukan yang lain seperti Saidatul, Sue, Nino dan AJ juga mempunyai kisah hidup mereka tersendiri. Filem ini membawa anda menyelami kesungguhan setiap ahli pasukan ‘Hooperz’ dalam menghadapi dugaan, kadangkala lucu, untuk mengubah nasib pasukan mereka dan juga masa depan mereka sendiri.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails