Monday, 29 June 2009

makan time...

La nie aku baru masuk opis lepas gi anto DINI klinik dan Dini slamat da jab utk 1year...tapi da terlajak 1y 1m 14days...sangat penat membuat kerja ini tanpa org kuat disisi...Alhamdulillah Allah bagi kekuatan pada aku...amin...
Nie citer makan2 aku sepanjang minggu lepas...kepada semua yang bertanggunjawab membelanjakan diri itu berbanyak-banyak terima kasih daun keladi esok2 buat la lagi...semoga Allah murahkan rezeki you all ok...sungguh meriah sekali kat pantry aku pada minggu2 lepas...


tak sabau nak makan nie...dr kg dak wan...

sangat besstttt....memang ini yang ku tunggu2kan....


pelbagai jenis buah2an disediakan...nyummm....nyummm...

memang syokkkk...dr pelbagai kampung....


tengah tunggu satay untuk di makan...nyummm...nyumm

made in samuri satay kajang...nyummmy...

Tuesday, 23 June 2009

Gumbiranya hati ini....

Bismillah...dari kul 2.30pm tadi aku attend meeting la nie baru kuar dalam sejam lebih gak la duk bermeeting...dengan hati yg gumbira...Alhamdulillah...Akhirnya tak jadi pindah di Menara ICON...tetapi kena pindah gak...bezanya di tempat baru nie semua orang ada kemudahan dari segala segi...lebih2 lagi aku...aku sangat la seronok pindah kat sini...Menara PJD, walaupun da lama terbengkalai akhirnya siap jua...semoga Allah bagi kekuatan pada Menara ini untuk menampung kami yang ramai ini...so happy today...sebab da tau kat mana nak pindah dan da plan apa yg patut buat...dan kami akan pindah InsyaAllah di bulan 10 apabila semua sudah settle...alamak waktu balik suda...ok la chow dulu...

Thursday, 18 June 2009

Vote Sipadan Island to be the New 7 Wonders of Nature

Dimaklumkan Sabah Tourism Board, sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Persekitaran Negeri Sabah telah memohon kerjasama MKN dalam Kempen "Vote Sipadan Island to be the New 7 Wonders of Nature" anjuran Yayasan New 7 Wonders. Kempen ini diadakan bagi memastikan Pulau Sipadan disenaraikan antara tujuh (7) New Wonders of Nature. Kempen ini telahpun dimulakan pada 1 Januari 2009 dan tempoh pengundian akan berakhir pada 7 Julai 2009. Proses pemilihan dibuat melalui undian internet di laman web http://www.votesipadan.com atau http://www.new7wonders.com dan juga undian melalui telefon.

Pulau Sipadan telah disenarai pendek di antara 29 calon di bawah kategori pulau dan kini berada di kedudukan ke empat belas (14). Pulau Sipadan perlu berada di tangga kesebelas (11) teratas (top eleven) sebelum tempoh pengundian berakhir pada 7 Julai 2009 utk ke peringkat seterusnya.

Kedudukan pulau/alam semulajadi yang dicalonkan dalam New 7 Wonders of Nature ini ditentukan berdasarkan undian yang dikumpul melalui internet dan telefon dari seluruh dunia. Jika kedudukan ini dicapai, panel pakar antarabangsa yang diketuai Prof. Federico Mayor yang juga bekas Ketua pengarah Organisasi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) akan mengadili semua faktor dan kelebihan yang dimiliki Pulau Sipadan untuk dibawa ke peringkat seterusnya. Proses mencari pemenang bagi tujuh kategori ini akan diteruskan hingga keputusan rasmi dikeluarkan oleh pihak penganjur
pada tahun 2011. Pengiktirafan Pulau Sipadan sebagai salah satu di antara tujuh (7) keajaiban alam semulajadi dunia akan membuktikan keindahan dan keunikan Pulau Sipadan dihargai di mata dunia dan membolehkan peruntukan yang diberikan oleh UNESCO disalurkan kepada usaha pemuliharaan dan pemeliharaan ekosistem Pulau Sipadan secara lebih terancang dan efektif.

Sehubungan itu diharap semua pihak untuk sama-sama mengundi Pulau Sipadan sebagai salah satu dari tujuh (7) keajaiban alam semulajadi dunia. Melalui kempen "satu email satu undi" mampu mengubah kedudukan terkini Pulau Sipadan dari tangga 14 ke tangga 11 sebelum proses pengundian ditutup pada Julai ini...MARI MENGUNDI.

New7Wonders of Nature voting
Vote now for the New Seven Wonders of Nature 360x

Tuesday, 9 June 2009

penatnya...

La nie aku da malas nak fikir pasal kerja-kerja...hehehe...boley ker...ape pun kerja aku da siap yang taip-taip tuh...huhh sangat ketengangan urat jari jemari aku menaip dari pagi sampai kul2 lebih tadi...ape pun ku berjaya...dan apa yg penting...horrreyyyy...esok aku akan ke suatu tempat yg agak lama aku da tak pergi...ye lah semenjak hubby bz memanjang...benci la...asyik tumpang orang jea kalo nak kesana kemari...huuwaa...dan ape pun aku akan pergi jugak esok...hilang kejap penat...pastu penat balik...tensionnye ler...asyik buat kerja orang nie...tak pe...tak pe...tak lama da lepas nie aku da tak pegang mandat itu...MENANGGUNG...lepas nie ko tanggung la pulak...tak kuasa aku nak layan semua nie dah...ponek den dibuek nyo...betul ke aku speking nie...boleh lah hai...k lah chow dulu...


aku sangat suka gambar nie...tgh relax2 menikmati Durian ok...tepi laut diwaktu petang di Melaka...sepetang bersama Hubby...heheheh...bila nak makan Durian lagi ni Abang wey...ngidammm nie...yumm...yummm...dua2 hantu Durian...layannnn...

Friday, 5 June 2009

Di Zoo Negara

30 May 2009 hubby bawa kami ke Zoo Negara...Last pergi masa umur Akalili 7bulan camtu...kecik sgt nak suh tengok binatang2 tapi da abahnye sibuk sgt nk gi tunjukkan at last kami yg tgk2 Akalili sedap duk tdo dalam stroller...tapi la nih dia da pandai tgk syokkk la bawa...asyik tanya itu dan ini...Dini pun da pandai nak pegang2 binatang kat sini...mari kita layan gambar2 di sana...zasssss...


muka takut...takut kat giraffe...


si kenik ni memang jenis berani semua binatang nak pegang...


da ada taman lebah jugak...tapi kali nie tak beli madu sbb madu hari tu ada lagi...hehehe...tapi rasa mesti rasa...gambar nih menunjukkan sarang lebah semulajadi yg paling besar.


tengok kenik nie ada hati nak masukkan duk sekali dgn die...macam-macam...


masa nie si adik nak pegang kuda padi nih...si kakak punya la takut adik die kena gigit dek kuda nih cepat2 die peluk adik die dan tarik lari...tapi...
. . . .
si adik memang jenis nak pegang...die pegang jugak...yg si kakak jgn harap nak pegang..


Dini suka sgt dapat tgk binatang2 kat sini...tu pun tak semua binatang yg ada disini...tapi masih boley layannn.


Acara diwaktu ptg...anjing laut bersama burung...tp gambar burung aku tak amik pun...






Thursday, 4 June 2009

Apa itu PTK?????

PTK bermaksud Penilaian Tahap Kecekapan...Setiap pegawai yang menjawat jawatan di kerajaan adalah diwajibkan menduduki PTK untuk meneruskan peluang-peluang yang semakin cerah di masa hadapan...hehehe...Adakah aku mampu untuk mencuba nasib melihat tahap kecekapan aku untuk tahun ini...huuhwaaa...dah lah tahun nie 1st time aku nak menduduki PTK untuk tahun nie...sbb tahun lepas aku da miss lah aku dalam pantang bila aku masuk office da tutup pendaftarannya...tup tup tahun nie PTK berubah wajah...huhh sgt menguji tahap kecekapan aku nanti nih...so aku da tak tau nak rujuk kat siapa...kalo tidak bertukar wajahnya aku masih byk rujukan boleh dibuat...Ya Allah bantulah hambaMu yang agak bijak sikit je nie...
Tarikh untuk mendaftar telah bermula pada 15 Mei 2009...tapi aku tak boleh nak fikir...aku ambil masa 2 minggu jugaklah untuk fahamkan barulah terbuka hati nak isi borang pendaftaran... Sedihnya aku nie da la bijak sikit je...contoh soalan yang JPA bagi pun untuk Gred N cubalah bagi untuk Gred J boleh gak aku prepare apa-apa yang patut...Sebelum nie ia bernama UMUM dan KHUSUS sekarang GENERIK dan FUNGSIONAL...poninglah den nak fikir apakejadahnya semua ini...mudah2an Allah permudahkan...tadi pun aku call bahagian pengurusan PTK sbb tarikh utk exam tak kuar lagi just suh daftar je dulu...so aku tanyalah kemungkinan exam akan diadakan...brother tu cakap maybe bulan Julai atau Ogos...huhuu da tak lama pun tu tapi aku masih duduk lepak sambil buat kerja macam biasa je...tak tau nak study or prepare apa-apa...maybe aku redah je lah nanti...apa-apa hal pun mesti CHAIYUK...CHAIYUK...CHAIYUK....

Tuesday, 2 June 2009

Bila En SuaMi KeMbaLi????AkU...

Aku dan anak-anak kecil sangat seronok dengan kembalinya En Suami dan Abah disisi walaupun untuk sementara. Yang paling gembira adalah Nur Akalili Hanis dan Nur Dini Sorfina dapatlah pergi jalan-jalan bersama dengan abahnya...dan aku lagilah seronok...hehehe... Masa En Suami berada di rumah adalah kewajipan aku untuk memasak...hehehe...tengah rajin bolehlah kalo malas takda maknanye...

Antara masakan aku bila sang suami pulang ke rumah...merasa air tangan sang isterinya...

Sambal Udang Petai 'yang petai tu paling hubby tak suka...so amik udang jelah...aku pun tak suka petai tapi suka masak macam nie nampak menarik...


Lobak putih masak lemak bersama udang kertas sgt aku suka...resepi nenek tersayang...


Kurma Ayam Kentang...resepi makcik tersayang di Kuantan...


Ayam Merah...hubby sangat suka sebab da lama aku tak masak nie...berselera sungguh makan...


Kek Coklat Kukus kegemaran semua...


Puding Jagung enak dimakan...nyum...nyum...bila keluar dari peti sejuk lagi sedap... kul2am masih boleh makan nie...macam2 my hubby...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails