Setiap kali kami bersolat pasti Maritza duduk depan atas sejadah...
Tertunduk-tunduk dia nak rukuk...
Semoga jadi anak yang solehah ye sayang...
Seronok dapat pakai telekong, Maritza nak solat juga.
Assalamualaikum....
Lama benar rasanya tidak menulis di sini. Terlalu banyak perkara yang perlu di siapkan terlebih dahulu. Rumahtangga??? Kerja??? ermmm semua membuatkan aktiviti seharian begitu padat.
Bila tengok gambar Maritza ini tergerak hati ini untuk menulis mengenai perkembangannya sekarang. Now Maritza sudah masuk setahun dua bulan dua minggu.
Pada usia hampir setahun Maritza sudah mula belajar berjalan. Dalam usianya setahun sudah boleh berjalan. Ermm inilah masa yang saya tunggu-tunggukan. Melihat anak kecil yang terkedik-kedik ke hulu ke hilir sambil mulutnya yang tidak boleh berhenti mengomel membuatkan hati ini sentiasa tenang. Entah apa yang di bisingkannya tak tahulah. Tapi seronok melihat telatahnya yang bersahaja.
Kalau kakak-kakaknya jangan cakaplah sentiasa sahaja gembira dengan adik kecilnya ini. Alhamdulillah walaupun adik kecil ini juga yang selalu sangat mengganggu mereka tapi Maritza tetap disayangi.
Sejak minggu minggu lepas lagi saya sudah nampak Maritza suka menjerit-jerit. Dari dalam ke dapur lepas tu pusing semula ke dalam. Ermm tapi bila sampai dapur jea Maritza macam takut-takut gitu sebab satu hari tu sedang sibuk-sibuk main periuk belanga kat dapur tiba-tiba ayam dari belakang rumah berkokok...ermmm apalagi lintang pukang berlari tekedek-kedek masuk dalam...errmm rupanya Maritza takut bunyi ayam berkokok tu...so la ni kalau orang semua duk dalam dia sibuk nak ke dapur kami saja bunyikan kokok ayam tu pastu terus Maritza pusing balik tak dan sampai dapur...hihihihi sian dia...tapi itulah memang kesukaannya kedapur...nak nak kalau offer masuk bilik air memang suka sangat la...
Lagi satu kesukaannya menggigit...ermmm ini mungkin berpunca dari ummi dia nie la kot...sebab saya memang suka sangat gigit anak-anak...even sekarang pun suka gigit-gigit manja mereka bertiga...so kenalah berhati-hati dengan Maritza kalau dia baring-baring tu kena beringat hari tu dua tiga kali juga lea digigitnya...gigi atas sudah empat bawah pula tiga...ermm memang terasa jugak la sakitnya...ermm. sabor jea lah...
Maritza bab makan memang seronok tengok. Dia sama juga macam Sorfina. Macam emak saya cakap Sorfina dan Maritza perut nasi...makan la apapun tapi kena makan nasi juga baru selesa perut tu...Ermm lagi satu Maritza memang sukalah bermain diluar rumah kalau dapat buka pintu memang tak akan lepas peluang untuk keluar...habis keliling rumah nak dipusingnya...anak-anak macam tu la semua benda nak di explore nyer...
No comments:
Post a Comment