Monday, 13 January 2014

Hari Ini, Semalam dan Esok.....

Alhamdulillah masih bekerja hari ini. 
Tentu ramai yang bercuti minggu ini. 
Selasa dan Jumaat cuti so ambil cuti untuk seminggu terus...seronoknya begitu.
Tapi tidaklah untuk saya yang anak masih bersekolah pada Isnin Rabu dan Khamis.
Guna cuti dengan berhemah untuk planning yang akan datang....InshaAllah...



Ermm minggu lepas adalah minggu yang sangat penat..
Weekend yang penuh dengan perahan otak.
Semoga ALLAH permudahkan perjalanan hambaNya ini...
Aamiin....
Tapi bila balik rumah seronok tengok muka-muka kesayangan saya...
Terus hilang kepenatan yang teramat itu. 
Especially Maritza ada sahaja kelakuan yang buatkan hati saya ini terhibur...dengar suara tawa dia memang bagi satu semangat pada saya....
Terima kasih ALLAH atas nikmat yang Engkau berikan...



Esok cuti...
Peluang yang ada akan digunakan sebaik mungkin bersama keluarga tersayang.
Sudah tentu akan duduk dirumah sahaja esok....peluang ini saya akan memasak untuk mereka.
So dalam kepala ini tengah mencari-cari menu istimewa apa yang saya akan masak untuk esok hari...
Ohhh seronoknya berbakti untuk keluarga tersayang. 
Rasa macam nak repeat masakan yang saya masak pada tahun baru yang lepas. 
Seronok tengok cinta-cinta hati saya makan. Happy sangat....
En.suami jangan cakaplah bertambah makan gitu....hilang diet kami sekejap....heheheh....




Selamat bercuti...esok Maulid Nabi Muhammad S.A.W...semoga kita perbanyakan selawat ke atas baginda....agar kita mendapat syafaat daripada baginda di akhirat kelak...


p/s   JOM amalkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. dalam kehidupan harian kita...





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails