Sunday, 29 June 2014

Sambut Ramadhan di Bentong

Assalammualaikum (w.b.t)

Salam Ramadhan...

Tahun ini saya sambut puasa di Bentong seronoknya. Habis kelas petang Ahad balik rumah tunggu en. muz balik dari kerja terus balik Bentong. Anak-anak sudah balik semalam lagi. Emak dan adik bawa mereka. Bukan main seronok lagi.

Anak-anak kalau kata nak balik kampung!!! ermm itulah perkara yang paling seronok sekali. Mana tidaknya duduk disini tiada siapa. Walaupun anak adik-adik ada yang sebaya mereka tapi kami jarang juga berjumpa. Hidup di Kuala Lumpur penuh dengan kesesakan makanya memang tidaklah kami nak keluar sesuka hati. Melainkan sudah janji atau ada hal.

Menu berbuka dihari pertama.
Alhamdulillah...sedap sungguh uwan saya masak ayam percik resepi sendiri...terbaiklah.
Sayur campur dan ikan goreng serta jemput-jemput pisang...

Lepas berbuka masing-masing sibuk bersiap untuk ke surau untuk menunaikan solat sunat terawih...Akalili tidak ketinggalan juga tapi saya tinggal dirumah kerana tidak berapa sihat. 
Ermm kebetulan Akalili dan Sorfina sekolah cuti kerana cuti peristiwa. Semalam sukan tahunan di sekolah mereka makanya Isnin cuti. So saya dan en. muz sepakat untuk mengambil cuti hari Isnin.


Wednesday, 18 June 2014

WW #14

Assalammualaikum (w.b.t)  &  Salam Sejahtera  &  Salam Satu Malaysia


Dalam keadaan apapun Maritza always happy...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails