Wednesday 14 December 2011

Bila Duduk di Kampung Lelama

My lappy lah jadi mangsa...huhuhu

Selepas aku keluar dari wad pada malam itu terus aku balik ke Bentong.
Puas sungguh aku duduk dalam wad.
 So hubby kemas apa yang patut dan tidak ketinggalan aku punya laptop ini.
Gunanya untuk aku buat kerja dari rumah.
Kerja??? yup kerja kerja sendiri aku itulah.
Tapi bukan aku yang sibuk guna laptop tu.
Akalili dan Sorfina lah yang busy sangat gunakannya.
Selalunya kalau dirumah kami mereka guna komputer meja yang hubby siapkan dalam bilik.
Itulah yang selalu dihadap oleh dua beradik ini.
Tapi bila balik kampung takkan nak angkut skali kan.
So aku punyalah jadi mangsa.
Sudah bertambah game dalam laptop aku.
Akalili lah yang download.
Dalam handset aku pun tidak kurang hebatnya.
Sudah bertambah-tambah game dalamnya.
Hubby siap bising tiap hari aku cas phone.
Habis nak buat macam mana kan.
Anak-anak zaman sekarang.
Anak-anak zaman IT, bukan macam kita dahulu kan ;)

Itulah sampai la ni aku tidak update lagi pasal aku dan baby Maritza.
Bila ada kesempatan di depan lappy nie sibuk buat kerja sendiri pula.
Borang SKT aku pun tidak terisi lagi.
Bos siap sms ingatkan aku untuk update dalam HRMIS.




p.s: semalam mc untuk kali ke berapa aku tidak ingatlah. 
Pagi-pagi lagi aku call hubby tanya sudah tahu atau tidak pasal mc itu.



2 comments:

Ms Haslina said...

MC napernya tu Akma?

a'ah part hp and computer tu sama lah kita.
siap dgn Haifa yg belum umur 2 tahun tu boleh suh akak ni picitkan button angry bird. konon2 nak main game lah tu.
;))

maidatul said...

margin call tu...

budak2 sekarang akak kan gitulah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails