Wednesday, 18 January 2012

Wordless Wednesday

 Dua beradik dengan layang-layang baru mereka...

Penat bermain layan McD dulu...



p.s. :: Ummi dan baby Maritza tak ikut pun ::

Monday, 16 January 2012

Cahaya Mahkotaku Beriman

Salam hari Isnin yang ceria...
Nampaknya cuaca kembali panas seperti dua minggu yang sudah.
Last week seminggu asyik hujan now cuaca cerah kembali.
Apapun pasti ada hikmahnya Allah turunkan hujan dan panas.
Dan yang pasti sebagai hambaNya kita haruslah bersyukur.

Hari ini seperti biasa bangun pagi siapkan anak dara aku untuk ke sekolah.
Seperti biasa anak dara aku Akalili tidak akan breakfast di rumah.
Makanya aku harus bekalkan air.
Dua jenis air. Air manis dan air kosong.
Sesampai di sekolah barulah minum di kantin.
Hanya minum. Nak suruh makan memang susah sungguh.
Now abahnyalah peneman minum setiap hari.
Sementara aku bercuti ini kan.

Alhamdulillah...
Hari-hari Akalili sangat seronok aku lihat.
Tanggungjawabnya pada sekolah ermmm bagus.
Harap terus sampai bila-bila.

Yang aku sedihkan.
Akalili tidak dapat nak hadiri kelas KAFA.
Sebabnya aku bercuti sampai hujung bulan dua.
Tiada siapa yang boleh hantar dan ambil.
Lagi pula selepas balik dari sekolah terus Akalili tidur.
Aku jadi serba salah..ohww bersalah ke aku...
:((

Alhamdulillah.
Akalili boleh suaikan diri dengan kawan2 baru...


p.s : maksud --- > Nur Akalili Hanis : Cahaya Mahkotaku Beriman.
Semoga cahaya keimanan itu terus terpancar dalam diri Akalili. Amin amin amin...

Wednesday, 11 January 2012

Tiga Beranak Membawa Diri Ke Ulu Yam

Yang pasti mereka seronok bermain air.
Seminggu dua ini cuaca sangat panas.
Kalau dapat begini kan seronok.
Tetapi aku tidak bolehlah ikut sebab baru sahaja habis pantang.
Baby Maritza pun masih kecil tidak sesuai gitu...



Video hasil dari Akalili.
Masa Akalili sent video ini ke abahnya masih kerja.
So bila da malam, aku dapat mes dari hubby.
Dan dan itu juga hubby mes ajak tengok midnite cerita Sherlock Holmes.
Kelakar jea bila aku fikir...






Tuesday, 10 January 2012

Kesibukan masih melanda

Salam petang Selasa...


Huhhh...bila dilihat semula, aku ini sibuk sangat ke sampai susah benor nak mengupdate blog.
Mana taknya, awal-awal tahun inilah semuanya bermula.
Syukur juga aku masih bercuti...
Aku ambil cuti panjang tiga bulan...
Sudah ada ambil sajalah...dapat lelama sikit dengan baby Maritza yang comel itu.
Alhamdulillah...Baby Maritza sihat dan bertambah tembam...
Yang pegangnya pasti geram...

Akaklili memulakan hari-hari persekolahannya dengan baik sekali...
Harap Akalili dapat berjuang sehingga berjaya di Tahun Satu ini...

Sorfina pula masih seperti itu...
Bersama aku dan baby Maritza dirumah....
Sementara aku cuti ini...


Wednesday, 4 January 2012

Selangkah Melangkah Lagi

 Senyum tak perlu kata apa-apa (^_*)

Semoga berjaya di dunia dan di akhirat. Amin amin amin...
Sayangku Nur Akalili Hanis.


Monday, 2 January 2012

Hari kedua 2012

Hari ini baru hari kedua dalam tahun baru.
Masing-masing masih bercuti lagi.
Sekolah pun akan bermula 04.01.2012 pada hari Rabu.
Aku pun tidak pasti kenapa sekolah bermula hari Rabu.
Padahal esok semua orang sudah mula berkerja.

Mood aku di hari kedua tahun baru agak kurang baik.
Mana tidaknya pagi tadi aku baru sahaja aku hendak transfer semua gambar dalam hp.
Tiba-tiba satu gambar pun xde. Adoi kenapa ni...
Masa tu hubby xde pergi service n cuci kereta.
Rasa nak call time tu jugak.
Tapi aku sabar diri ini tunggu dia balik.

Siap kerja hubby, aku keluar kejap ngan hubby ke Giant.
Masa on the way tu baru aku perasan yang aku tertinggal phone yang tengah bercas.
So bila sudah balik ke rumah baru aku tanya pasal pic dalam phone tu.
Sedih...

Hubby cakap maybe sudah terformat.
Sebab itulah pics semua hilang.
Then aku tengok video dan lagu-lagu dan surah-surah pun xde.
Lagi sedih nak kena buat semua semula la.
Memang semua hubby yang settlekan.
Tapi aku geram.
Mesti dua beradik ini punya kerjalah.
Sebab mereka berdua yang ralek sangat bermain game-game dalam hp tu...
Tapi apakan daya...

Habis gambar-gambar terbaru aku.
Gambar baby Maritza pun sudah tiada lagi.
Kebetulan kamera aku adik pinjam.
Itu yang pakai phone. Tak sangka jadi macam nie..
:(( huaaaa



Sunday, 1 January 2012

Selamat datang 2012


Kunci kepada kebahagiaan, ketenangan, kesihatan dan kekayaan ialah mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku dan berhenti menyalahkan orang lain dan situasi.
Jika kita mencari faktor luaran untuk menjustifikasikan hasil kehidupan kita, maka kita TIDAK akan berjayadan akan sentiasa mempunyai sifat menjadi mangsa.
Untuk menukar dunia luaran kita harus tukar dunia dalaman.
Boleh guna prinsip ini untuk semua perkara dari pelajaran, rumahtangga etc..

"Mulakan tahun 2012 dengan niat bertanggungjawab dan lihat apa kita baca tonton fikir rasa cakap buta hari ini.
Inilah paradigma kita.
Selagi tidak ubah tahun baru tidak membawa apa-apa makna.
Niat memberi bukan mengambil peluang atau kesempatan.
ALLAH pemberi rezeki bukan manusia.
Berhenti menyembah manusia dan mulakan menyembah ALLAH"

Semoga tahun 2012 membawa kejayaan kepada semua...amin...amin...amin...




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails