Nampaknya cuaca kembali panas seperti dua minggu yang sudah.
Last week seminggu asyik hujan now cuaca cerah kembali.
Apapun pasti ada hikmahnya Allah turunkan hujan dan panas.
Dan yang pasti sebagai hambaNya kita haruslah bersyukur.
Hari ini seperti biasa bangun pagi siapkan anak dara aku untuk ke sekolah.
Seperti biasa anak dara aku Akalili tidak akan breakfast di rumah.
Makanya aku harus bekalkan air.
Dua jenis air. Air manis dan air kosong.
Sesampai di sekolah barulah minum di kantin.
Hanya minum. Nak suruh makan memang susah sungguh.
Now abahnyalah peneman minum setiap hari.
Sementara aku bercuti ini kan.
Alhamdulillah...
Hari-hari Akalili sangat seronok aku lihat.
Tanggungjawabnya pada sekolah ermmm bagus.
Harap terus sampai bila-bila.
Yang aku sedihkan.
Akalili tidak dapat nak hadiri kelas KAFA.
Sebabnya aku bercuti sampai hujung bulan dua.
Tiada siapa yang boleh hantar dan ambil.
Lagi pula selepas balik dari sekolah terus Akalili tidur.
Aku jadi serba salah..ohww bersalah ke aku...
:((
Alhamdulillah.
Akalili boleh suaikan diri dengan kawan2 baru...
p.s : maksud --- > Nur Akalili Hanis : Cahaya Mahkotaku Beriman.
Semoga cahaya keimanan itu terus terpancar dalam diri Akalili. Amin amin amin...
2 comments:
inshaallah kak, satu hari akalili akan jadi cam ibunya yg penyayang.. hehe.. moga akalili, dapat menyesuaikan keadaan. nanti jmput singgah blog kak. jmput bc entri burung biru si pemalu :)
Terima kasih razik mudah2an gitulah...
Akak da singgah sana :)...
nice entry...
Post a Comment