Friday, 14 September 2012

9 Bulan 2 Minggu 5 Hari

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat ^___^


Erm hari ini sudah hari Jumaat.
Seronok kan esok lusa cuti Sabtu dan Ahad bawa pula ke Isnin.
Memang selonok loo....
Minggu akhir syawal pula..
Banyaklah pula jemputannya.
InsyaAllah dengan izin Allah pasti akan ku sampai jua..
Yang paling ponting keluarga dulu.
Huhuhu udah lea minggu depan akan ku tinggalkan...
Demi tugas yang diamanahkan..
Semoga Allah permudahkan segalanya...

::: Picture beraya di Hospital Bentong :::

Hari ini my Nur Hijrah Maritza sudah 9 bulan 2 minggu 5 hari.
Semoga Allah beri kesihatan yang baik buat Maritza...aamiin
Dalam 2 3 hari ini Maritza batuk dan selsema sedikit..
Hari rabu baru ini pergi check up yang asyik tertangguh tu.
Tak silap kali yg ke 4 inilah dapat hantar Maritza.
Ialah dari appointment sebelum puasa sudah lepas raya pun.
Baru dapat check up.
Appointment pagi jam 8.00..
Jadinya Akma masuk opis lewat lah sedikit.
Lagipun Akalili diberi cuti untuk peperiksaan UPRS selama 2 hari.
Jadi Akma takde la sibuk nak berkejar-kejar.

Ermm sebab sudah lama tidak ke Klinik Kesihatan tu..
Ohh!!! My English Semua sudah baru.
Kemas dan teratur proses temujanji yang buat.
Akma suka sangat.
Sampai disana sudah jam 7.30 pagi..
Ambil nombor dapatlah nombor 10..
Oklah tu kan..
Dalam jam 8.55 pagi nama Maritza dipanggil.
Check up ni pun biasa biasa saja.
Alhamdulillah berat naik 8.4kg syukur..
Nak lobih lobih tak dapek nak nolong...
Maritza pun baru sahaja baik dari demam itu pun syukur sangat.
Tidaklah mengambil masa yang lama.
Dalam jam 9.30 pagi sudah settle all.

Selonok balik dan nak ke kerja pula.
Tup tup pancit lak my CFourTeen...
Hubby kena lah settle kan dulu...
Jam 10 lebih en. suami sudah pulang dari bengkel.
Baru leh gi kerja....


Selamat bekerja semua dan selamat berhujung minggu dan bercuti panjang ^__^




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails