Monday, 29 October 2012

Korban 1433

Alhamdulillah Isnin yang indah....

Hari ini juga akhir hari Tasyriq. Kepada yang masih menjalankan ibadah korban semoga Allah permudahkan. Alhamdulillah dengan izinNya rezeki yang lebih dapat dikongsi bersama dengan mereka yang memerlukan telah disempunakan pada 11 Zulhijjah 1433 (Sabtu) yang lepas. Semoga Allah terima ibadah kami aamiin aamiin aamiin....

Ini pertama kali kami menjalankan ibadah korban ini. Alhamdulillah semoga tahun-tahun akan datang Allah permudahkan juga hendaknya. Kami buat di Perak bersama my MIL dan my SIL. Alhamdulillah en.Suami cuma ambil sikit sahaja bahagian kami selebihnya disedekahkan dan diberikan kepada yang berhak.

So Sabtu en.Suami dan semua ke Masjid bagi melihat korban. Alhamdulillah dari 8 pagi hingga 12 tengahari baru en.Suami dan my BIL balik dari masjid. Tolong lapah kerbau dan lembu.

Tahun ni sambut Raya Aidiladha di Perak. Tak ramai cuma my family, my SIL family, my MIL dan SIL seorang. Alhamdulillah masih dapat makan lemang dan rendang. Sedap. Malam hari Sabtu tu pula layan sup tulang yang my MIL masak dapat tulang korban kan. Marvelous.

Alamak sambung nanti la cerita raya...nak balik lah sudah jam 5 lebih nih...wokey chowww ^___^


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails