Friday, 5 April 2013

Bila Tiba Hari Itu...

Salam petang Jumaat.
Alhamdulillah selamat seminggu dapat bekerja dengan jayanya walaupun terkejar kesana sini without my husband. Syukur ALLAH permudahkan.
Jaga anak yang sedang sekolah dan anak kecil yang sedang demam dengan tiba-tiba.
Hanya Allah jualah tempat hamba ini mengadu.
Bila tiba hari itu...
Lima hari empat malam suami outstation ke Perlis.
Ermm jauh tu. Sudah ke hujung gitu kan.
Dari Ahad lepas dan semalam Khamis baru pulang.

Maritza hari kedua ketiadaan en.suami tiba-tiba demam.
Petang setelah pulang dari kerja sudah bagi ubat demam.
Alhamdulillah Maritza mudah juga makan ubat kali ini.
Sudah besar mungkin...
Malam jam masih menunjukkan satu pagi.
Badan Maritza tiba-tiba panas kuat.
Saya kuatkan semangat bangun bagi Maritza makan ubat.
Ambil kain lampin basahkan balut badan Maritza.
Lepas tu saya berjaga menjaga Maritza.
Alhamdulillah lena tidur.
Saya cuba lelapkan mata.
Tapi naluri seorang ibu jika anaknya kurang sihat pastinya tidur si ibu tidak akan nyenyak.
Saya kejap-kejap pegang badan Maritza.
Alhamdulillah lama-kelamaan kurang panas badannya.
Jam hampir empat pagi barulah mata si ibu ini berat.
Terus terlena hingga azan berkumandang.
Kepala jangan cakaplah memang pening.
Kuatkan semangat bangun.
Siapkan Akalili pula untuk ke sekolah.
Syukur emak ada jagakan Sorfina dan Maritza.

Alhamdulillah semalam en.suami sudah pulang.
Sampai KL petang terus ke Office saya.
Tiba-tiba saya tiada di tempat.
Saya cuma dapat note yang darinya.

Pandai pula cari kunci kan...

Buat saya confius seminit. Ohh pakai motor saya untuk ke bank.
Lepas tu ambil Akalili.
Dan 4.30 petang jumpa saya di lobi.
Ok nak balik rumah...
Ohhh tidak...Ingat nak pulang ke rumah rupanya ajak saya ke destinasi lain pula.
Ermmm layankan saja.

Yeahhh esok cuti...kami akan berehat di Sg. Buloh mungkin!!!!
Selamat ber weekend semua....



Wednesday, 3 April 2013

Nasi Arab Damsyik

Salam pagi Rabu...

Ermm tajuk ini membuatkan saya lapar nak makan nasi arab berlaukkan kambing...
Memang layan sungguh kambing tu...
Nasi Arab Damsyik!!!! Dimana???
Tidak la pula saya ke Damsyik untuk makan nasi ini.
Location di Seremban.
Part yang best layan kambing lah.
Ermm memang seronok kan kalau saya dan dia sama-sama suka makan kambing.
Baru ada geng gitu kan.
Saya ini mulanya makan kambing sebab kambing panggang lah.
Errmmm lepas tu memang layan jea kalau ada menu kambing.

Sebelum ini pernah cuba nasi arab di Seri Gombak, Saba Cyberjaya sahaja.
Nasi arab damsyik ini asyik di war-war kan kepada kami.
So ambil kesempatan nak try..
Memang tidak mengecewakan..
Suasana yang ok.
Makanan yang banyak pilihan.
Dan bila makan ermm memang terbukti layannnn...
Alhamdulillah.....

::: Suasana di Nasi Arab Damsyik :::
Macam-macam garam dan perangai si anak kecil.
Maritza memang xleh jumpa kotak tisu habis semua tisu dikeluarkannya.
Sorfina sibuk dengan main game, mangsa my tab la.
Akalili baru bangun tidur memang no mood.

 Thumb up belum makan lagi kan, menyelerakan.
Nasi ayam separuh. Saya nampak ala sikit jea daging kambing.

Sekali bila sudah letak nasi dalam pinggan masing-masing.
Ermmm rupanya disorokan daging kambing dalam nasi itu.
Terlalu banyak weh...before nie makan pun tak banyak macam ini dagingnya.
Yelah kan daging kambing kan mahal...
Best best...

Kasih seorang uwan kepada cucunya.
Alhamdulillah selera Maritza makan, nasi lembut gitu kan.

Bila sudah kenyang Mairtza sibuk main air pula.
Air Habbatus Sauda sodap.

 Kami ambil set Thalasa (3) Ayam + Kambing.
Mulanya nak ambil set khamsa tu tapi adik yang kerja kat situ bagitau ambil set thalasa pun ok.
Rupanya memang banyak sangat sampai kami tapau bawa balik untuk dinner pula.

So sesiapa yang nak try boleh la pergi.
Alamat ada di atas dalam menu.


Tuesday, 2 April 2013

Sepagi di GrandLexis

Salam petang Selasa.....

Ermm cerita sudah basi kan. Sudah masuk bulan April baru terhegeh-hegeh nak cerita. Adehhh..
Nak buat macam mana kan.
Okies sambung lagi, semalam tidak sempat nak tulis habis kan.

Ermm jap nak ingat semula...
Pagi Ahad masa di GL memang adehh macam malas nak bangun kan.
Sedapnya la dapat merebahkan diri dan merehatkan diri pada hari hari cuti.
Namun kena ingat kita bukan dirumah.
Makanya lepas subuh bangun bersiap nak pergi breakfast.
Meh kita layan gambar sikit...

::: Restoran Duyung :::

 ::: Layan sarapan :::

 ::: Bubur for Maritza & Roti canai for me :::
Yang lain layan nasi lemak...

Maritza da layan bubur, bagi dia makan cococrunch so ummi dia leh la makan...

Selepas makan Akalili sibuk nak ajak pergi naik basikal jalan-jalan keliling GL. Tapi sebab sudah lewat basikat kocik bosar sudah habis disewa.
Makanya kami ke tempat memanah. Ermm seronok juga kan layan memanah ini. Tapi half way saya bagi en.suami sebab asik keluar sasaran jea...sodeh den...

::: en.suami, SIL & me, berada di tempat masing-masing :::

::: Yeahhh pemanah asmara hebat :::

::: Adehh tengok la, orang panah lurus saya cokeng ke atas :::

::: Lastly en.suami ambil alih untuk saya :::

 ::: Sorfina memang susah sikit kalau nak suruh dia duk diam :::
Tapi good ni lah yang ambil gambar kami.

::: Yang lain berehat di pondok. Akaklili setia menjaga Maritza :::
Kakak yang baik sangat. Tq Sayang...

::: en.suami, sil & me (dengan bantuan en.suami) hehehhe :::

Selepas habis memanah kami semua jalan ke kawasan chalet atas laut tu...erm cantiknya view disana. Selepas habis berjalan dan bergambar kami balik bilik semula...
Semua layan mandi kolam...seronok sangat layan anak-anak kocik nih...

::: Maritza kepenatan selepas mandi kolam. Lepas cuci badan Maritza bagi susu terus lena. :::

Check Out Time
 Nak cari T-Shirt GL habis.

 Payung wajib beli ...heheheh

T-Shirt tak ada layan MUG.
Beli 4 for Ummi & sil juga.

Yeah percutian yang menyeronokkan kami semua...Lepas check out terus ke Seremban. Lunch disana.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails