Wednesday, 3 April 2013

Nasi Arab Damsyik

Salam pagi Rabu...

Ermm tajuk ini membuatkan saya lapar nak makan nasi arab berlaukkan kambing...
Memang layan sungguh kambing tu...
Nasi Arab Damsyik!!!! Dimana???
Tidak la pula saya ke Damsyik untuk makan nasi ini.
Location di Seremban.
Part yang best layan kambing lah.
Ermm memang seronok kan kalau saya dan dia sama-sama suka makan kambing.
Baru ada geng gitu kan.
Saya ini mulanya makan kambing sebab kambing panggang lah.
Errmmm lepas tu memang layan jea kalau ada menu kambing.

Sebelum ini pernah cuba nasi arab di Seri Gombak, Saba Cyberjaya sahaja.
Nasi arab damsyik ini asyik di war-war kan kepada kami.
So ambil kesempatan nak try..
Memang tidak mengecewakan..
Suasana yang ok.
Makanan yang banyak pilihan.
Dan bila makan ermm memang terbukti layannnn...
Alhamdulillah.....

::: Suasana di Nasi Arab Damsyik :::
Macam-macam garam dan perangai si anak kecil.
Maritza memang xleh jumpa kotak tisu habis semua tisu dikeluarkannya.
Sorfina sibuk dengan main game, mangsa my tab la.
Akalili baru bangun tidur memang no mood.

 Thumb up belum makan lagi kan, menyelerakan.
Nasi ayam separuh. Saya nampak ala sikit jea daging kambing.

Sekali bila sudah letak nasi dalam pinggan masing-masing.
Ermmm rupanya disorokan daging kambing dalam nasi itu.
Terlalu banyak weh...before nie makan pun tak banyak macam ini dagingnya.
Yelah kan daging kambing kan mahal...
Best best...

Kasih seorang uwan kepada cucunya.
Alhamdulillah selera Maritza makan, nasi lembut gitu kan.

Bila sudah kenyang Mairtza sibuk main air pula.
Air Habbatus Sauda sodap.

 Kami ambil set Thalasa (3) Ayam + Kambing.
Mulanya nak ambil set khamsa tu tapi adik yang kerja kat situ bagitau ambil set thalasa pun ok.
Rupanya memang banyak sangat sampai kami tapau bawa balik untuk dinner pula.

So sesiapa yang nak try boleh la pergi.
Alamat ada di atas dalam menu.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails