Tuesday, 2 July 2013

Family Trip Langkawi - Day 1

Salam petang Selasa.
Alhamdulillah now sang matahari sungguh menyerlah kan...syukur..

Sedap dapat lelap mata sekejap tadi.
Lately memang kurang tidurnya...Entah kenapa padahal kerja nak buat idaklah banyak pun. Ohh kesian mata saya ini kan. Macam semalam memang sudah set dalam otak nak tidur awal tapi itulah kan kita hanya merancang tapi Allahjualah yang menentukan segalanya. Semoga apa yang saya rancang dan buat Allah permudahkan...aamiin aamiin aamiin..

Ermm masa orang sibuk dengan jerebu pada minggu lepas saya dan family keluar bercuti. Alhamdulillah tempat percutian kami memang tiada pun. Mungkin jauh lagi kot kan. Nak tau kena tunggu my friend naik kerja esok sebabnya lepas saya balik kawan saya pula ke sana. Cuti-cuti juga bersama family. Syukur now di KL sudah tiada jerebu lagi...terima kasih ALLAH...

Saya ke Pulau Langkawi pada 23 Jun 2013. Pertama kali pergi dengan family tercinta saya. Haruslah sangat teruja kan bersama anak-anak. Ramai pula yang nak ikut. Asalnya saya cuma bawa emak. Lastly ramai pula yang join. Ermm apalagi seronoklah ramai yang pergi. Sayalah yang sibuk book tiket kapal terbang dan tempat penginapan serta transport disana.

Pagi ahad tu kami gerak pagi ke LCCT kami naik AirAsia. Tapi tidaklah terus ke LCCT. Mulanya nak minta tolong adik yang hantar. Tapi en.suami kata kali ini kita naik bas. Lagipun Maritza belum merasa naik bas. So bila fikir punya fikir punya fikir oklah. Nak juga tengok keadaan Maritza ok ke tidak bila naik bas kan. So ambil teksi dari rumah ke KL Sentral dan ambil bas ke LCCT. Seronok juga kan naik bas dengan family.
Masa perjalanan nak ke sana memang nampaklah jerebu yang kuat tu.
Dalam bas mulanya Maritza memang tidak duduk diam langsung. Asyik bangun duduk bangun duduk saja kerjanya. Lastly tidur juga penat agaknya bangun pagi-pagi. Akalili duduk dengan auntie dan Sorfina pula duduk dengan emak. Sorfina memang kalau ada emak saya dengan kami memang tidak pandanglah. Cucu emak ler tu. Adik sefamily dia bapak mentua dia hantar. So kami jumpa di LCCT.

Otw ke KL Sentral & LCCT.

 Welcome to Langkawi.

Dalam flight & Pulau Langkawi.

Sampai dalam jam 1500 tunggu beg sambil tunggu kenderaan yang kami sewa. Saya ambil van senang. Van Pregio semua pun boleh naik kan senang...hihihi
Lepas tu bayar deposit. Terus pergi cari pam minyak sebab minyak sudah bagi signal untuk diisi. Penyewa memang tak akan isikan kita minyak. So kena pandai-pandai la budget minyak sampai hari nak pulang nanti.
Lepas isi minyak kami patah semula ke airport untuk makan. Lapar pula rasanya sudah petang gitukan. Sambil tunggu adik sampai sebab flight kami berbeza. Masa saya nak book tu sudah habis. So mereka naik flight selepas kami saja. Alang-alang tunggu sajalah sambil menikmati nasi marrybrown dan bubur nasi untuk Maritza dalam airport.

Marrybrown layannn...

Malam kami makan di Dataran Helang. Disana banyak juga kedai makan. Tapi lepas makan semua macam penat so tak sempat nak pergi jalan-jalan kat dataran semua balik tidur....

Maritza kepenatan begitu juga semua...

Masing-masing lepak dalam bilik masing. Yang seronoknya bilik saya dengan emak adalah connecting room. Maka apalagi sukalah Sorfina. Asyik ketuk pintu suruh opah buka. Lastly Sorfina tidur dengan emak. Bilik saya cuma kami berempat.
Empat bilik dibawah memang saya book sebaris serta dua katil queen di setiap bilik so memang selesa semua tidur.

Ok hari pertama kami di Langkawi...

4 comments:

Ms Haslina said...

wow seronoknya lagilah pergi dgn family ramai2 kan. best.
akak pun tidak pernah pi langkawi lagi.

maidatul said...

Alhamdulillah...memang sungguh seronok...

Akma byk kali sudah pergi tapi ini 1st time dengan family memang teruja...best..

Anonymous said...

dear, nk tanye, awak book hotel ape ye yg ade connecting room ni??

maidatul said...

Kami stay di Langgura Baron Resort...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails