Wednesday, 30 July 2014

Mula bekerja seawal 3 Syawal....

Assalammualaikum (w.b.t)

Salam 3 Syawal 1435H..


Hari ini saya sudah mula bekerja. Pecah rekod tidak pernah terfikir nak masuk kerja awal-awal tapi tahun ini kerjalah sebab nak simpan cuti. hehehehe....ada rezeki nak cuti lama nanti....Tapi di office memang tiada orang. Itulah yang dapat update blog ini. Kerja pun takde so sambil duduk-duduk sahaja mari kita meng update blog yang sukar benar nak update setiap hari...


Hari ini saya datang kerja dari Bentong. Lepas subuh pagi tadi terus shoot dengan adik...Anak-anak masih tinggal di kampung bersama emak. Seronok mereka tinggal di kampung. Bila ajak balik masing-masing tarik muka....alahai mood raya kan nak ajak balik awal-awal pula memang tidak la kan...lagipun Bentong - KL dekat saja. So nak berulang tu in sha Allah takde hal lah...


Tadi call emak, anak-anak sudah pergi ke Raub ikut makde mereka. Hari ini Paklang ada buat kenduri kat sana. Kemain seronok dorang.


So petang ini boleh keluar dating dengan En. Muz la...nak masak macam malas jek so ajak En. Muz berbuka diluar sajalah.


KL sudah hujan lebat....alhamdulillah syukur rahmat ALLAH turun...sejuk bumi KL...

Ok nanti nak update cerita Syawal....now semua gambar tak transfer ke pc lagi masih di handphone dan kamera.





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails