Assalammualaikum (w.b.t) & Salam Satu Malaysia
Minggu lepas saya ke Wisma Sri Bentong. Settlekan urusan disana. Hari Rabu petang saya halfday. Kalau sempat nak settlekan petang itu juga.
Selepas ambil anak-anak di sekolah. Balik rumah siap-siap terus balik bentong. Sampai sana sempat makan lunch dulu sebelum ke Wisma.
Rupanya waktu operasi sampai jam 4 petang sahaja di kaunter. Alhamdulillah pakcik yang jaga kaunter tu masih nak layan. Bagi borang kat pakcik tu. Sekali borang tak isi habis ada part yang masih kosong. Adoiiii memang saya part isi mengisi borang ni fail dari dulu lagi....
Pakcik tu bagitahu ada satu pakcik yang akan duduk di luar dan akan taipkan setiap borang orang yang tidak tahu nak isi apa...hehehehe. Ermm macam tu pulak. Saya memang tak tau apa-apa pun. Bagus juga begitu...Tapi sudah pastilah pakcik itu sudah balik. Sudah habis office hour kan. Ok esok pagi-pagi kena datang dan settlekan disini. Petang ni walaupun tak settle apa-apa at least saya sudah tahu apa yang akan perlu di buat esok hari....mood lega dan happy. In shaa Allah dalam kepala esok mesti boleh settle. Ok beli borang baru sebab borang da salah.
Khamis pagi saya ke Wisma Sri Bentong. Tujuan pertama settlekan borang-borang yang perlu diisi oleh pakcik yang akan menaip semua borang saya. Malangnya jam 10 baru pakcik itu sampai. Siap saya call bagai. Sebab pakcik bekerja sendiri so terpulang nak datang jam berapa kot.
Suatu pagi di Wisma Sri Bentong
Mesin taip lama. Terbaik.
Caj dikenakan sebanyak RM70.
Lupa nak tanya pakcik ni caj untuk sekali kerja atau mengikut helaian borang.
Disini setia menunggu ;)
Da settle isi borang. Jumpa pegawai di pejabat tanah dan tandatangan apa yang patut urusan settle. Borang terus di hantar ke LHDN di Bentong Point. So makan masa 2 minggu untuk tunggu panggilan dari LHDN. Harap semua borang ok.
No comments:
Post a Comment