Tuesday 30 September 2014

Kembali Normal

Assalammualaikum & Salam Satu Malaysia

Setelah dua minggu lebih mengadap buku, kertas dan komputer yeahhh hari ini sudah boleh mengadap benda lain pula. Rindu nak ber blogging dan blog walking...

Pagi ini buka blog yeahhh happy saya dapat hadiah dari giveaway yang baru pertama kali masuk. Tapi sedih tak sempat nak blog walking kawan-kawan lain yang join giveaway tu...niat di hati baru nak kenal-kenal dan cari kawan di alam maya ini...
Ermmm ada tak yang sudi nak kawan dengan mai ni yekk....hehehe

Dua minggu lepas adalah minggu yang penuh dengan aktiviti memulun kerja-kerja assignment, presentation, case study dan study untuk test. Dan semuanya untuk minggu akhir untuk sem ini....happy walaupun belum merdeka sepenuhnya....Bila dapat jadual exam ermm kami yang part time ni akan bermula exam seawal November. Maknanya paper last exam adalah kami. Yang lain-lain bermula petengahan Oktober. Ermm ok lah boleh prepare apa yang patut lagi tu....

Alhamdulillah dua weekend tu  emak dan adik ambil anak-anak bawa balik kampung sebab ada kenduri kahwin dan saya sure tak join aktiviti di kampung. Bukan main seronok lagi mereka dapat balik kampung. Tapi Akalili macam mengomel la jugak sebab ummi dia ni tak ikut... Takpe bila ummi sudah habis exam every weekend kita akan jalan-jalan macam ummi cuti sem yang lepas. Boleh kata setiap minggu akan balik ke Bentong sebab emak suruh balik. Bila minta izin En Muz dilepaskan apa lagi...zassss la ke Bentong tiap minggu. Makanya lepas ini En Muz kena tinggal lagi...ermmm seronoknya dapat duduk kampung.






Model stimboat saya...

Bila berdua sahaja dirumah panjang langkah kami. Lepas habis kelas ajak En Muz jalan-jalan cari makan. En Muz teringin nak makan stimboat layannnn....



#esokkursusuntuktigahari


2 comments:

Unknown said...

Lama dah kita x mkn steamboat..huhu..

maidatul said...

Samalah kita kaori...itu pun cik abe nak makan kalo tak memang tak makan pun...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails