Monday, 13 October 2014

Sekolah Akalili & Sorfina

Assalammualaikum & Salam Satu Malaysia


Salam pagi Isnin...Semoga semua sihat dan ceria di pagi Isnin....
Selamat bekerja dan bercuti pada yang masih bercuti...



Hari ini keluar rumah awal nak hantar Akalili dan Sorfina ke sekolah. 
Terkejut masa hantar mereka laluan ke pejabat di landa ribut.
Habis semua atap bumbung tercabut.
Pihak sekolah pun sudah tutup kawasan tu dari dimasuki oleh pelajar-pelajar.

Semalam pun dengar banyak cerita ribut sana sini. Semoga Allah pelihara kita semua.

Wednesday, 8 October 2014

Raya di Bentong & Temerloh

Assalammualaikum & Salam Satu Malaysia


On the way ke Temerloh


Balik dari solat sunat aidiladha selepas makan-makan kami bergerak ke Temerloh. Tahun ini semua berkumpul di rumah Along, my sil. Selepas jumpa semua kami sambung makan lagi...hehehe

Along masak mee nyonya...ermm 1st time makan sodap ehh...bertambah makan...hilang diet saya di pagi raya...hehehe

Petangnya pula kami beramai-ramai keluar beraya di Desa Murni. Rumah jiran aka kawan lama my MIL masa menetap di Desa Murni dulu-dulu. Merangkap tempat En.Muz dibesarkan. 


Gambar kenangan bersama mereka di Desa Murni


Sudah jam7 baru kami gerak balik ke Bentong. Lepas isyak kami ada buat tahlil ringkas dan takbir raya jemput anak-anak tahfiz di Bentong. Alhamdulillah...

Jika Allah izinkan nak jadikan aktiviti bersama anak-anak tahfiz ini setiap tahun. Semoga Allah permudahkan. Pic mereka tak sempat nak ambil dengan my cousin.





Tuesday, 7 October 2014

Menjelang Hari Raya

Assalammualaikum & Salam Satu Malaysia


Alhamdulillah hari ini selamat masuk kerja semula selepas balik dari kampung bercuti hari raya....Salam hari raya aidiladha buat semua...mesti masing-masing masih bercuti di kampung kan....

Saya balik ke Bentong pada Sabtu tengahari dengan confident jalan tidak akan sesak...nak nak masa ke tol Gombak tu jalan memang clear...tapi lepas saja tol tak sampai 1km...perghh kereta penuh atas jalanraya dan bergerak perlahan...alahai mulalah hati memikir kenapalah tak balik awal pagi tadi...ermm sabor jelah...Nak masuk jalan lama sudah terlepas so redha dengan trafik perlahan gitu...

Geram betul dengan pengguna jalanraya yang menggunakan lorong kecemasan.
Kali ni polis trafik jaga sapa yang gunakan lorong kecemasan akan disaman.
Tengok ramai juga yang kena saman...padan muka...ikut suka je.


Sampai pun da petang. Masing-masing lapar...kita makan dulu..lepas siap makan saya sudah mulakan operasi untuk memasak rendang...ok kali ni menu yang perlu saya masak rendang ayam berempah dan kuah kacang. Yang lain-lain emak dan makcik saya akan sediakan. Kuah kacang yang saya buat tak sempat nak snap. Siap-siap terus tido penat.

Rendang ayam berempah.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails