Tuesday, 7 October 2014

Menjelang Hari Raya

Assalammualaikum & Salam Satu Malaysia


Alhamdulillah hari ini selamat masuk kerja semula selepas balik dari kampung bercuti hari raya....Salam hari raya aidiladha buat semua...mesti masing-masing masih bercuti di kampung kan....

Saya balik ke Bentong pada Sabtu tengahari dengan confident jalan tidak akan sesak...nak nak masa ke tol Gombak tu jalan memang clear...tapi lepas saja tol tak sampai 1km...perghh kereta penuh atas jalanraya dan bergerak perlahan...alahai mulalah hati memikir kenapalah tak balik awal pagi tadi...ermm sabor jelah...Nak masuk jalan lama sudah terlepas so redha dengan trafik perlahan gitu...

Geram betul dengan pengguna jalanraya yang menggunakan lorong kecemasan.
Kali ni polis trafik jaga sapa yang gunakan lorong kecemasan akan disaman.
Tengok ramai juga yang kena saman...padan muka...ikut suka je.


Sampai pun da petang. Masing-masing lapar...kita makan dulu..lepas siap makan saya sudah mulakan operasi untuk memasak rendang...ok kali ni menu yang perlu saya masak rendang ayam berempah dan kuah kacang. Yang lain-lain emak dan makcik saya akan sediakan. Kuah kacang yang saya buat tak sempat nak snap. Siap-siap terus tido penat.

Rendang ayam berempah.




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails