Tuesday, 10 September 2013

Akalili...Cuti dan Tudung...

Assalammualaikum....
Salam pagi Selasa yang tenang sahaja saya rasa hari ini.

Hari ini lewat ke pejabat. Bangun bukan main lagi awalnya tapi keluar lewat. Tetapi sampai pejabat masih sebelum jam 7.30 pagi. Sebabnya Akalili cuti hari ini. Sekolah bagi cuti khas bagi laluan untuk pelajar yang mula menduduki UPSR hari ini hingga Khamis ini. Makanya Akalili akan bercuti hari ini dan Khamis.

Jumaat lepas dengan Sambutan Hari Raya di kelas KAFA.
    
Pic kiri : Dinner di luar & Sambutan Hari Raya di sekolah pagi.
Semenjak sudah besar sikit ni Akalili sudah pandai cari tudung atau selendangnya sendiri.
Ermm kalah ummi dia yang bekerja ni. Memang saya rajin juga belikan tudung untuk anak-anak.
Tapi Akalili punya citarasa yang sendiri. Pada hari Khamis dua minggu yang lepas memang Akalili asyik ajak saya keluar untuk belikan tudung untuknya. Katanya nak cari selendang. Ermm punyalah saya malas hendak keluar dengan mana saya tiba-tiba angin pulak perut ini. Hingga ke malam merengek nakkan selendang. Lastly lepas 10 malam merengek lagi nak tudung masa itu saya sudah masuk tidur sebab tidak sedap perut. Tup tup dengar tak dengar tiba-tiba si Sorfina sudah masuk bilik panggil saya suruh tengok tudung yang kakak beli. Dengan mamai-mamai saya tengok terus tidur semula. Sambil dalam kepala fikir "ohhh mereka keluar beli tudung ker???
Esok paginya Akalili senyum tengok saya iron tudung baru untuk dia pakai ke sambutan hari raya di sekolah. Bertuah ada abah yang boleh layankan karenah dia. Mereka keluar untuk cari tudung malam itu. Kalau saya pakai saja apa yang ada.

Semangat nak bertudung dan berselendang bagai semuanya Akalili belajar sendiri cara hendak pakainya.
Dan semestinya Akalili rajin tengok makcik-makcik n sepupunya pakai. Kalau tengok umminya pakai haruslah sarung sahaja buat masa ini kan...heheheh...

Antara koleksi keronsang untuk Akalili.


Thursday, 5 September 2013

1 Tahun 9 Bulan 2 Minggu

Assalammualaikum....
Salam pagi Khamis yang dimulai dengan hujan yang lebat syukur..

Sekarang update pasal perkembangan Nur Hijrah Maritza.
Alhamdulillah dengan izin Allah Maritza sihat dan sangatlah aktifnya.
Di rumah memang tidak reti duduk diam langsung kejap ke dalam ke dapur. Lari-lari ni memang suka sangatlah dia. Memanjat juga satu kesukaan Maritza. Kalau muka tu ya Allah...harap Allah bagi dia kekuatan sebab dengan lukanya lebamnya...adehh sian anak dara ummi ni.
Gate pintu tu kalau dengar jer bunyi krekk sikit terus berlari ke pintu. Nak keluar saja. Pastu kalau tak di bagi keluar menangis tak ingat dunia. Macam kena dera jek bunyinyer..itu satu lagi kena tahan..sungguh menguji kesabaran. So kalau nak buka pintu memang kena slow sangatlah.

Part tv pulak mmg tak boleh dengar atau tengok dalam tv program yang dia suka. Terus berlari mengadap tv. Terpacak lea dia ralek tengok iklan / lagu / cerita yang berkenan dek hari dia tu.

Ermm satu lagi tebiat Maritza. Kalau tengok dia takde di ruang tv / bilik atau beramai-ramai ermm memang sahlah di bilik air lea tempat yang dituju. Tau tau lenjun baju..adehh bilik air memang kena sentiasa berkunci.

Gigi Maritza sudah penuh atas bawah. Alhamdulillah proses pengeluaran gigi tidak mendatangkan sebarang masalah buat Maritza. Tapi yang kelakarnya. Akalili siap tanya saya..."ummi kenapa Maritza x boleh cakap lagi, gigi da banyak ni." Adehh macam manalah agaknya ummi ini hendak menjawab. Memanglah seusia ini Maritza tidak boleh susun ayat lagi untuk bercakap. Tapi Maritza agak ketinggalan daripada kakak-kakaknya kerana Maritza lebih selesa menggunakan bahasanya sendiri. Maka saya pun tidak paksa untuk semua itu. Biar ia berjalan dengan sendirinya. Cumanya lambat sahaja. Sebab semua anak berbeza-beza keadaannya. Saya pun suka cara Maritza berbicara. Macam saya semasa kecil dahululah itu. heheheh....

Alhamdulillah satu yang saya suka ada pada Maritza amatlah suka makan. Alhamdulillah badan yang susut sebab demam hari tu sudah kembali semula sihat. Cuma selsema masih ada lagi sedikit. Masa kami perjalan ke rumah adik sempat timbang. Berat sekarang adalah 11 kg. Alhamdulillah. 

Apapun progress Maritza lambat atau cepat saya hanya mohon pada Allah agar diberikan kesihatan yang baik. Gembira bersama kami sekeluarga.
Aamiin...











Wednesday, 4 September 2013

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails