Thursday, 28 April 2011

Alhamdulillah...

Now mood still swing........

Apapun terima kasih Ya ALLAH....

Tuesday, 26 April 2011

Microsoft Exchange - Outlook Web Access





Sekarang ini email novell groupwise log on sudah tidak digunakan lagi...now sudah bertukar ke Microsoft Exchange - Outlook Web Access. Oklah sudah settle dan tidak ada masalah menggunakannya...tetapi masalahnya tetiba pula semalam Pn. Maidatul nak buka tidak boleh...eh eh eh...kenapalah pula nih...cuba banyak kali still tak boleh. Bila tanya member, katanya sebab tidak tukar password asal sebab itulah jadi gitu...oh no Pn. Maidatul sudah awai awai ok tukar password kegemaran dia. Ni apa kes pulak nie...

Call bahagian yang berkenaan...tut...tutt...tut..tut...Assalammualaikum, Puan saya nak tanya tentang email saya yang sudah tidak boleh LogOn...kenapa ye? dan jawapannya, Awak tahu tak kenapa tidak boleh LogOn? dua tiga kali cakap gitu...Kalo Pn. Maidatul tahu idaklah gatai sangat nak call awok Puan weh, berkata dalam hati jea la kan...then Pn. Maidatul dengan merendah diri berkata, saya tidak pastilah kenapa jadi macam tu...then Puan itu cakap, mereka akan hantar email ingatan untuk pastikan password email mesti ditukarkan sebelum ianya tamat tempoh...

Hah...apokojadahnyer setiap tiga bulan aku kena renew password baru udah lea tidak boleh guna password yang sama...bila Pn. Maidatul fikir-fikir nenanti bukan aku lupa nak renew password baru tapi aku lupa password yang aku renew sebab udah nyer banyok bebenor...adoiii udah lea banyak nak kena fikir udah kena memikir password pulak lea lepas nie...ermm nasib badan lea...lepas nie memang kena siap-siapkan password untuk setiap tiga bulan hihhihihi ;))


Sunday, 24 April 2011

Segala Pujian BagiNYA......

Alhamdulillah...suami tercinta, ummi dan ayah tersayang sudah selamat sampai ke Malaysia pada Rabu lepas mengerjakan umrah...Pn. Maidatul bersyukur kepada ALLAH permudahkan segala apa yang En. Muz hajatkan berjalan lancar dengan izinNYA...impian untuk membawa ummi dan ayah kesana sudah terlaksana. Pn. Maidatul orang yang paling gembira ;))

Mula dari hari Rabu itu ambil cuti hinggalah Jumaatnya...untuk bersama-sama dengan suami tersayang ;))
Memang riuh sungguh rumah kecil kami semua adik-beradik jauh dekat berkumpul menjemput mereka pulang. Pn. Maidatul pada mulanya hendak menjemput En. Muz di airport juga tetapi En. Muz kata tunggu dirumah saja..so SYMP ;)

Seronok tengok En. Muz, ummi dan ayah gembira pulang dari sana. Memang riuh saja rumah dan seronok dapat berkumpul ramai-ramai dan makan lunch bersama ;))



nota cari akal : ajak Akalili main hujan, now hujan tengah lebat tapi dia takut. Dini tidur pula kalau tidak mesti menjadi ini...En. Muz sorang-sorang main hujan...Pn. Maidatul nak pergi buat cekodok ikan bilis kentang lah setelah misi tidak tercapai...mungkin cuba lain kali ;))

Monday, 18 April 2011

ada aku kisah......

why do I feel down today...
why do people like to find other mistakes...
I don't want to know about your problem...
is it problem for you...
 I hate people like this so much...
really spoil my mood today...
:((

Saturday, 16 April 2011

terasa bujang...ahakssss ;)

Dari minggu lepas Pn. Maidatul cuti baru semalam masuk office padahal start kerja hari Khamis patutnya tetapi sebab ada perkara di luar yang belum settlekan lagi so ambil EL tambah satu hari lagi kan cuti...tapi hari Khamis itu memang dari pagi sampai lea ke petang gitu Pn Maidatul keseorangan settlekan semuanya sendiri. Sampai muntah-muntah dibuatnya sebab tak lunch sudah petang apalagi terus ke Danau Kota makan Satay Kajang. Terasa macam zaman-zaman bujang dulu bila bosan or ada kerja yang nak buat pasti aku akan kehulu kehilir keseorangan...aku lebih suka begitu dari berkawan-kawan. Sebab itulah sampai sekarang kalau kemana pun jika seorang Pn. Maidatul still boleh bawa diri...Alhamdulillah syukur dengan kekuatan yang ALLAH bagi...

 Layan sorang-sorang Khamis lepas...
Satu hari tak makan baru dapat makan jam 1700 ;)
Order 10 cucuk makan 6 cucuk, selebihnya tapau n tambah 20 cucuk lagi ;)


 Roti canai - tq en. google ;)

Pagi ini pulak tekak Pn. Maidatul lain macam jer...nak sangat makan roti canai...adoiii terpaksalah merempit kejap pergi tapau roti canai...bila dapat makan Allah saja yang tahu betapa bersyukurnya nikmat yang diberi... Alhamdulillah walaupun hujan tetap redah, syok juga main hujan kan ntah bila dapat main hujan bersama keluarga tersayang...erm kena fikirkan tu ;)

Lunch terasa nak makan ikan masin dengan sambal belacan...huhuhu nampaknye kena keluar cari ikan masin n belacan...Kat rumah memang tidak ada benda-benda itu :(
Jangan jadi macam pagi semalam di office masa nak beli breakfast boleh Pn. Maidatul minta sambal belacan, manalah ada pagi-pagi buto Pn. Maidatul oiii....tekak memang lain macam sungguh...

Monday, 11 April 2011

•●♥ SeLaMaT HaRi LaHiR EmAk ♥●•



SELAMAT HARI LAHIR BUAT EMAK YANG TERSAYANG...
SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN EMAK DI DUNIA DAN DI AKHIRAT...


Update sikit......

Kek untuk EmaK ;)

 
Sesi menyuap opah ;)

Now sesi opah menyuap semua ;)





Thursday, 7 April 2011

cuti cuti.....

Erm semalam Pn. Maidatul sudah mula bercuti cuti untuk berada-rada di rumah bersama suami dan puteri-puteri kesayangannya. En Muz cuti awal lagi. Mengikut Pn. Maidatul hari Jumaat baru hendak ambil cuti tetapi semasa En. Muz hantarnya ke pejabat pada hari Rabu itu, En Muz bersuara "esok cutikan?" "Erm...iyolah cutilah esok"...

Cuti pun seharian berada di rumah. Cik Akalili sahaja yang ke sekolah di hantar oleh En. Muz, Pn. Maidatul dan Cik Sorfina lepak di rumah sambil-sambil mengemas dan memasak...hehehe

Jam 11 lebih gitu baru keluar untuk jemput Cik Akalili dan En. Muz terus ajak makan di Tugu. Macam biasalah kan pekena ayam kampung dan En. Muz pula pasti dengan telur itik dan ikan keli nyer...

Lepas itu terus balik dan berehat sahaja di rumah. Dalam jam 1500 gitu Pn. Maidatul masuk dapur untuk prepare menu dinner. Awal gitu kan...Dan menunya ialah sup ketam ---> request by En. Muz sebelum nak tinggalkan Malaysia esok pagi kan...sedih mak tau. Dua minggu terpisah gitu...hukhukhuk...

Lepas habis masak idak makan juga sebab dinner nanti makan kan so En. Muz ajak pergi jalan-jalan ke Taman Tasik Titiwangsa. Makanya selepas Asar terus ke sana. Tapi bila sampai tak keluar juga dari kereta sebab hujan just round round gitu jea.





Tuesday, 5 April 2011

no feeling.....empty.......

ERmmmmm...Pn. Maidatul feel so empty...
is empty and empty...
 i'm never feel this feeling...
but i am now :(





Saturday, 2 April 2011

suatu malam di Teluk Cempedak


Dua beradik ini kalau dapat ke pantai memang susahlah nak elakkan mereka dari bermain pasir pantai ini...nak nak Cik Sorfina memang cari peluang saja.siap tanam kaki dalam pasir tu. Erm bila lagilah dapat pergi merehatkan diri ke tepi pantai begini sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa yang nyaman gitu, udara yang segar lagi bersih.

Oklah nak ke dapur dulu untuk memasak...today menu adalah tomyam campur yummy....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails