Erm semalam Pn. Maidatul sudah mula bercuti cuti untuk berada-rada di rumah bersama suami dan puteri-puteri kesayangannya. En Muz cuti awal lagi. Mengikut Pn. Maidatul hari Jumaat baru hendak ambil cuti tetapi semasa En. Muz hantarnya ke pejabat pada hari Rabu itu, En Muz bersuara "esok cutikan?" "Erm...iyolah cutilah esok"...
Cuti pun seharian berada di rumah. Cik Akalili sahaja yang ke sekolah di hantar oleh En. Muz, Pn. Maidatul dan Cik Sorfina lepak di rumah sambil-sambil mengemas dan memasak...hehehe
Jam 11 lebih gitu baru keluar untuk jemput Cik Akalili dan En. Muz terus ajak makan di Tugu. Macam biasalah kan pekena ayam kampung dan En. Muz pula pasti dengan telur itik dan ikan keli nyer...
Lepas itu terus balik dan berehat sahaja di rumah. Dalam jam 1500 gitu Pn. Maidatul masuk dapur untuk prepare menu dinner. Awal gitu kan...Dan menunya ialah sup ketam ---> request by En. Muz sebelum nak tinggalkan Malaysia esok pagi kan...sedih mak tau. Dua minggu terpisah gitu...hukhukhuk...
Lepas habis masak idak makan juga sebab dinner nanti makan kan so En. Muz ajak pergi jalan-jalan ke Taman Tasik Titiwangsa. Makanya selepas Asar terus ke sana. Tapi bila sampai tak keluar juga dari kereta sebab hujan just round round gitu jea.
No comments:
Post a Comment