Maritza with Kak Ngah.
Pic yang dihantar oleh en.suami...
Jumaat minggu lepas Maritza ada appointment disebelah pagi dengan doc. Erm asalnya saya akan pergi bersama dengan en.suami tapi ada perkara yang tidak dapat dielakkan di office terpaksalah en.suami sahaja yang menghantar Maritza bertemankan kak ngah Sorfina. Ermm macam tidak biasa pula saya kan memang sejak anak pertama lagi dari baby Akalili lagi memang en.suami yang bawa ke klinik untuk check up. Inikan pula anak sudah tiga dan Maritza pula sudah setahun tujuh bulan haruslah perkara itu tidak rumit bagi en.suami. Alhamdulillah ALLAH permudahkan segalanya urusan kami sekeluarga.
Next appointment semasa puasa. Semoga saya dipermudahkan untuk pergi bersama. aamiin. aamiin..aaminn.
Semalam kami ke klinik sebab Maritza muntah-muntah. Masa dalam kereta pun tiba-tiba muntah. Itulah yang buat saya risau sangat. Bila doc check rupanya angin. Patutla bila masuk makanan or minuman akan muntah. Angin tu tolak. So doc bagi ubat muntah dan angin. Saya pun minta ubat demam dan selsema standby sebab di rumah sudah kehabisan ubat. Alhamdulillah syukur dengan izinNya makan ubat muntah dan angin baru Maritza nampak selesa kalau tidak asyik nangis jer...
Saya ingatkan berjangkit dari Sorfina sebab sebelum tu Sorfina pun muntah dan demam. Alhamdulillah semua sudah sihat. Semoga percutian kami hujung minggu ini ALLAH permudahkan...aamiin aamiin aamiin..
No comments:
Post a Comment