Alhamdulillah hari ini keluar awal nak ambil mood ride semula.
Setelah kejadian semalam syukur alhamdulillah Allah permudahkan segalanya.
Hari Jumaat lepas saya baking cake again. Itu pun sebab Akalili dan Sorfina yang beria-ria suruh saya buat.
Alahai kesian pulak dengan dua beradik ini. Maritza pula belum pandai bercakap kalau tidak, pasti sama sahaja mintanya.
Makanya balik dari kerja hari Jumaat itu selepas pergi Pejabat Pos mengepos kain-kain pasang customer terus ke pasaraya OTK tu untuk cari bahan-bahan baking.
Bila sampai rumah teruja Akalili dan Sorfina bila nampak ada bahan untuk buat kek kan. Asyik sibuk tanya bila nak buat. So lepas maghrib saya ke dapur untuk baking. Lama sudah saya tinggalkan acara baking ni. Tawakal je lah tak jadi nanti buat lagi kan. Huhuhu
Alhamdulillah tak sampai sejam sudah masak. panas-panas tu saya potong sebab semua teruja nak makan. Yelah sudah lama tidak buat. Saya pula memang suka makan kek yang baru masak ni. Sebab saya yang jenis suka makan makanan panas kot...hihihi
Seronok tiga beradik tu layan kek marble sambil nonton tv.
Alhamdulillah.
Sempat untuk buat berbuka untuk saya dan en.suami Sabtu lepas.
2 comments:
as salam.
ermmm yummie.
kek marble mmg kesukaan budak2 kan akma.
wa'salam...
alhamdulillah.
Yup memang kek ni senang nak buat dan memang sume golongan pun suka kan akak..
Post a Comment