Alhamdulillah syukur sudah 14 ramadhan pun. Semoga Allah bagi kita peluang untuk meneruskan ramadhan kali ini...aamiin.
Sudah lama saya tidak berbicara disini. Kesempatan ini saya terus ambil peluang untuk menulis.
Rindu banyak perkara yang ingin di bicarakan disini. Ermm hari ini ramai yang sudah balik awal. Seawal jam 2 petang kerana disebelah paginya kami ramai-ramai bergotong-royong menjayakan 5S. Maka big bos sudah bagi kelonggaran untuk pulang awal ke rumah. Tapi saya tidak kerana ada perkara yang perlu di habiskan dahulu dan selebihnya saya menulis disini. Saya akan pulang seperti biasa pada jam 4.30 petang.
Berbalik pada tajuk saya tu. Ermm nak cerita al kisah anak saya ini.
Alhamdulillah Allah permudahkan Akalili berpuasa walaupun banyak dugaan dan godaan kan. Termasuklah dugaan buat saya. Tetapi demi anak yang disayangi dan untuk bagi semangat pada Akalili di bulan mulia ini ummi layan jer la karenah comel dia tu.
Part berbuka macam biasa Akalili memang akan cari air dahulu dan kuih. Selepas itu barulah cari nasi pula. Itu pun jika Akalili terasa nak makan tapi saya paksa juga. Atleast makan sedikit dari tidak makan. Sudah la kurus nanti lagi kurus nampak pula tulang-tulang tu.
Part bersahur seminggu pertama memang oklah. Akalili akan makan nasi dan air glukos atau air kosong yang lain memang tak mau. Masuk minggu kedua terus Akalili tukar menu.
Nasi goreng selamba.
Memang selamba jer nasi ini digoreng tidak perlu bersusah payah. Tapi oklah jika ada nasi malam, bolehlah saya goreng di waktu sahur. Tapi kejadian semalam kami sampai dirumah dari Bentong sudah masuk 12.10 pagi. En.suami hendak tapau KFC untuk dibuat bersahur. Ermm saya ok saja. Selepas hantar kami anak-beranak en.suami terus keluar membeli saya malas nak ikut sebab anak-anak semuanya sudah tidur.
Makanya bersahur pagi itu adalah nasi ayam KFC 3 set. Macam biasa saya akan bangun 4.30 pagi. Masak atau tidak memang seawal itu saya akan bangun. Siapkan semua diatas meja saya kejutkan Akalili. Bila sampai di meja makan terus Akalili menangis. Sambil tu cakap 'akak nak nasi goreng telur kicap, akak tak nak nasi ni.' Adeh naik darah den kejap. Tapi sempat disejukkan dengan sedikit kesabaran. Terus ke dapur untuk masa nasi. Tunggu sampai masak dan goreng pula. Ya Allah memang menguji kesabaran betul. Saya siapkan air kosong. Akalili makan sampai habis minum dan kemas buku untuk ke sekolah pula. Selalunya akan kemas sebelum tidur tapi sudah sampai lewat so kemas selepas bersahur. Dan sempat Akalili tidur dalam setengah jam untuk ke sekolah pula.
Sebagai ibubapa memang macam-macam ragam dan karenah yang pasti seronok dilalui. Bila duduk sorang-sorang dan fikir semula tergelak juga saya. Anak anak itulah permata hati.
Okies saya nak balik sudah nak memasak untuk berbuka. :)
2 comments:
alhamdulilah Akalili sayang sudah berpuasa penuh.
mmg gitu akma, layankan saja.
klu Haziq pula, mmg suami akak yg layan dia sungguh2.
siap bersuapkan lagi.
alhamdulillah Allah permudahkan...
alhamdulillah haqiz pun da puasa penuh ek...
Post a Comment