Tuesday, 8 July 2014

Saya

Assalammualaikum (w.b.t)

Salam 10 Ramadhan...
Diam tak diam sudah 10 hari kita menunaikan ibadah puasa kan...

Alhamdulillah Akalili dan Sorfina dapat menjalankan ibadah ini bersama-sama. Cumanya Sorfina masih tidak kuat untuk berpuasa penuh satu hari. In sha Allah ajarkan dia perlahan-lahan. Mana tidaknya teruja dengan Maritza yang selalu ajaknya makan bersama....hehehehe

Hari-hari saya sekarang sangatlah penuh untuk diisi. Kelas sudah mula pada 21 Jun yang lepas. Maknanya 7 hari itu waktu saya berada dirumah cumalah waktu petang ke malam...
Pagi-pagi lagi sudah ke pejabat atau ke kelas...kesian pula pada suami dan anak-anak waktu-waktu puasa ini saya sibuk dengan kerja dan kelas.
(Terima kasih pada en. muz, Akalili, Sorfina dan Maritza kerana memahami tugas ummi dan sentiasa bagi semangat kat ummi nie....Sayang u all ketat-ketat...Emak pun tidak ketinggalan banyak sangat tolong anak dia yang sorang ini. Love u so much emak.)


Alhamdulillah syukur Allah masih bagi kesempatan saya  memasak untuk mereka dan saya sangat gembira apabila makanan terhidang untuk mereka. ohhh happy kan bila kita dapat masak untuk keluarga tersayang....walaupun simple jek...

Maknanya bila ada waktu bercuti itu akan saya gunakan sepenuhnya untuk bersama keluarga tersayang....


2 comments:

Ms Haslina said...

semoga sentiasa tabah dengan dugaan study part time ye akma.

p/s selamat study bagus2.

maidatul said...

Terima kasih akak...sama juga dengan akak semoga ALLAH permudahkan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails