Showing posts with label durian. Show all posts
Showing posts with label durian. Show all posts

Wednesday, 30 October 2013

Selamat Hari Lahir Sayangku...


to...

 Jam 12 am celebrate birthday en.muz...
Anak-anak seronok betui...



Lepas beli kek semalam terus cari durian.
Layan durian dulu...


Semoga Allah permudahkan segala urusan di dunia & di akhirat en.muz...
Saya dan anak-anak sentiasa mendoakan yang terbaik.


So mesti sudah puaskan dapat makan durian & kek semalam kan kan kan...
Nanti kita keluar dating pula yer...
I luv U so much dear...




Thursday, 20 December 2012

Seronok pagi hari di kebun.

Salam pagi Khamis.

Alhamdulillah....kenyang.
Rezeki pagi ini breakfast mee goreng dan kepok lekor Kuala Terengganu.

Minggu lepas besan emak kahwinkan anak perempuannya.
So we all dapat jemputan. Emak dan adik-beradik lain memang sudah plan nak pergi.
Saya sahaja yang masih dalam 50% gitu, sebabnya en. suami sibuk dengan kerjanya.
Tapi en. suami sudah bagi green light if nak follow mereka without dia pun boleh.
Ermm ok tapi dalam hati harap en. suami dapat join...malas nak tumpang or drive sendiri nie.

Alhamdulillah petang Sabtu en. suami balik dari kerja ajak balik Bentong. Hoyehhh..
Tapi lepas isyak baru bergerak, sebab adik ada belikan makanan untuk tiga beradik tu. Padahal mereka semua sudah kenyang. So tapau bawa balik kampunglah. Anak-anak makcik pun ramai disana.

Jam 10 lebih gitu sudah sampai. Makan-makan tengok tv dan tidur. Seronok 1st time saya tidur anak-beranak beramai-ramai temankan moyang mereka. Tinggallah en. suami dalam bilik sorang-sorang. Sebab bila saya sedar sudah subuh, hihii.

Esoknya, Ahad pagi lepas subuh saya temankan uwan buat breakfast boleh??? bukan cucu dia ini yang sibuk  memasak tapi uwan pulak yang sibuk. Bukan apa rindu masakan uwan kan. Lepas semua orang sudah bangun dan breakfast kami gerak ke kebun.

Alhamdulillah ohhh nikmatnya dapat ke kebun di pagi hari..
Turun sahaja kereta rezeki sudah ada. Dua tiga biji durian dekat tepi kereta. Belum masuk dalam kebun lagi kan. Jom cuci mata layan gambar.

::: Aktiviti menjejak bermula ::: 

 ::: Pokok Rambai baru nak belajar masak :::

::: Pokok durian yang sangat tinggi ::: 

::: Jom masuk kebun ::: 

::: Tengok i sudah dapat sebiji lagi ::: 

 ::: Memang tak leh tahan da..ngap terus la kan :::
Alhamdulillah...lemak berkrim disukai ramai.

::: Pokok Pulasan yang rendah sudah membuahkan hasil, walaupun tidak banyak :::
Buah pertama. 

 ::: Pulasan :::

Manggis yang belum penuh di petik. 
Daun kunyit untuk memasak. 


Puas hati. Dua minggu lepas balik kampung tak sempat nak pergi kebun. Bawak balik durian jea.
Now dapat pergi seronoknya.
Lepas pergi kebun siap-siap nak pergi kenduri.
Then terus balik KL sebab en. suami sibuk dengan kerjanya.


On the way balik dari kebun singgah shell isi minyak. Rupanya ada makhluk ikut sekali. Patut la gatal jea.
Nak tau apa inilah dia si pacat. Elok jea dua ekor menyelit kat jari kaki tu.




Sunday, 24 July 2011

Sebakul Raja Buah LAYAN......


Semalam en. suami telah membeli sebakul durian dari Jolobu. Pada asalnya en. suami sudah tempah durian dari kawannya yang beli durian dari orang asli di Kg. Lakai, Jolobu tapi tidak ada rezekilah nampaknya nak makan durian itu. Sebelum itu en. suami sudah rasa durian itu dari kawanya memang sodap rasa sungguh kekampungannya dan buahnya pun cantik so tempahlah tapi tidak ada rezeki.

Makanya belilah durian, still dari Jelebu juga. Sebakul ini rm40 dapatlah tiga beg plastik merah yang besar itu. Setiap plastik itu adalah dalam dua belas biji memang banyak sungguh kan... Kebetulan masa pergi beli itu en. suami pergi dengan kawannya so bagi kawan en. suami satu beg plastik. Lepas itu bawa balik rumah emak satu plastik. En. suami siap cakap pada emak kalo tidak habis sedekah pada jiran-jiran. Satu beg plastik lagi kami bawa balik bentong. Ermm ambik memang layan makan durian sesaja. Bila time mengadap durian memang berulas-ulas aku layan. Wan aku siap ambil buat tempoyak lagi sebab banyak sangat. Masa pregnant ini sudah macam2 masak tempoyak yang aku makan, memang puas bila dapat makan apa yang kita teringin. Alhamdulillah...

nota tekak : tidak dapat lagi makan serawa durian..
bubur kacang hijau durian sudah makan...
bubur pulut hitam durian pun sudah makan...(1st time makan sodap)

Wednesday, 21 July 2010

Durian time...

Seronok makan durian beramai-ramai...

 Memang fav Sorfina durian nie adalah 2 ulas dia makan...
Memang comot sungguh...siap kena mandi sekali lagilah...

Malam Ahad itu kebetulan di Manjung ada pasar malam, En Muz tanya kot-kot la ada durian tiba-tiba terungin nak makan durian lak. My SIL kata memang selalunya ada...so malam tu adik En Muz bawa kami ke sana mencari durian...Alhamdulillah dapat tapi yang timbanglah...dalam 5 biji kami beli...malam itu juga kami habiskan semua...sodappp sungguh lemak berkrim hingga menjilat jarilah layan...hehehe...


 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails