Alhamdulillah....kenyang.
Rezeki pagi ini breakfast mee goreng dan kepok lekor Kuala Terengganu.
Minggu lepas besan emak kahwinkan anak perempuannya.
So we all dapat jemputan. Emak dan adik-beradik lain memang sudah plan nak pergi.
Saya sahaja yang masih dalam 50% gitu, sebabnya en. suami sibuk dengan kerjanya.
Tapi en. suami sudah bagi green light if nak follow mereka without dia pun boleh.
Ermm ok tapi dalam hati harap en. suami dapat join...malas nak tumpang or drive sendiri nie.
Alhamdulillah petang Sabtu en. suami balik dari kerja ajak balik Bentong. Hoyehhh..
Tapi lepas isyak baru bergerak, sebab adik ada belikan makanan untuk tiga beradik tu. Padahal mereka semua sudah kenyang. So tapau bawa balik kampunglah. Anak-anak makcik pun ramai disana.
Jam 10 lebih gitu sudah sampai. Makan-makan tengok tv dan tidur. Seronok 1st time saya tidur anak-beranak beramai-ramai temankan moyang mereka. Tinggallah en. suami dalam bilik sorang-sorang. Sebab bila saya sedar sudah subuh, hihii.
Esoknya, Ahad pagi lepas subuh saya temankan uwan buat breakfast boleh??? bukan cucu dia ini yang sibuk memasak tapi uwan pulak yang sibuk. Bukan apa rindu masakan uwan kan. Lepas semua orang sudah bangun dan breakfast kami gerak ke kebun.
Alhamdulillah ohhh nikmatnya dapat ke kebun di pagi hari..
Turun sahaja kereta rezeki sudah ada. Dua tiga biji durian dekat tepi kereta. Belum masuk dalam kebun lagi kan. Jom cuci mata layan gambar.
::: Aktiviti menjejak bermula :::
::: Pokok Rambai baru nak belajar masak :::
::: Pokok durian yang sangat tinggi :::
::: Jom masuk kebun :::
::: Tengok i sudah dapat sebiji lagi :::
::: Memang tak leh tahan da..ngap terus la kan :::
Alhamdulillah...lemak berkrim disukai ramai.
::: Pokok Pulasan yang rendah sudah membuahkan hasil, walaupun tidak banyak :::
Buah pertama.
::: Pulasan :::
Manggis yang belum penuh di petik.
Daun kunyit untuk memasak.
Puas hati. Dua minggu lepas balik kampung tak sempat nak pergi kebun. Bawak balik durian jea.
Now dapat pergi seronoknya.
Lepas pergi kebun siap-siap nak pergi kenduri.
Then terus balik KL sebab en. suami sibuk dengan kerjanya.
On the way balik dari kebun singgah shell isi minyak. Rupanya ada makhluk ikut sekali. Patut la gatal jea.
Nak tau apa inilah dia si pacat. Elok jea dua ekor menyelit kat jari kaki tu.
Nak tau apa inilah dia si pacat. Elok jea dua ekor menyelit kat jari kaki tu.
No comments:
Post a Comment