04 Januari 2010 aku ambil cuti untuk hantar Nur Akalili Hanis ke Tadika...Alhamdulillah semuanya ok...budak bijak pasti bolehkan Akalili...Aku hantar pagi siap daftar bayar yuran semua settle siap tanya cikgu bagai pasal aktiviti sekolah. Bila sudah clear aku minta izin cikgu untuk balik tapi cikgu kata boleh ke tinggalkan Akalili untuk hari pertama ini sebab ramai ibubapa yang jaga anak-anak mereka. So aku jumpa Akalili dan tanya boleh ke tinggal sebab aku nak balik... Alhamdulillah Akalili ok jea...siap suruh aku jangan jemput dia sebab dia nak balik sendiri...oh itu tidak mungkin terjadi sayang oii...Ummi akan jemput juga nanti, cikgu pun sudah pesan datang semula pukul 11am tengok macam mana keadaan Akalili. Erm ok la...Masa jemput pun aku datang diam-diam nak tengok keadaan Akalili macam mana...Alhamdulillah dia sudah ada kawan-kawan...So aku tak risau sangat tak macam aku ke sekolah dulu siap cakap kat mak aku nak balik dan berhenti sekolah jea lah sebab tiada keyakinan diri kot...hehehe...
No comments:
Post a Comment