Alhamdulillah aku sudah bekerja seperti biasa...hikhik macam aku kerja luar biasa pula sebelum ini sahaja bunyinya. Huh sekarang sibuk kerja-kerja di office pulak...penat sungguh badan nie jangan cakaplah, hanya Allah sahaja yang tahu. Nasiblah rumahtangga aku sempat aku jaga dan alhamdulillah anak-anak dan suami semuanya baik-baik sahaja.
Last week aku empat hari tiga malam di Langkawi sebagai urusetia Kursus Kejuruteraan Lapangan Terbang bagi sesi 1 untuk tahun 2010 ini. Bukan senang nak rancang sesuatu kursus itu rupanya. Aku ingatkan senang bila sudah melaluinya barulah faham. Sebelum ini aku cuma peserta kursus, kita hanya pergi dan dengar sahaja kursus yang akan disampaikan dan ikut program sahaja. La nie aku kena buat itu dan ini. Tapi aku sangat bersyukur pada Allah kerana memberikan aku peluang ini. Banyak benda yang aku dapat belajar itu dan ini. Kena siapkan berpuluh-puluh modul dan macam-macam barang stationery yang kena dibelinya tapi alhamdulillah team aku berlima dapat selesaikan semuanya dengan selamat.
Dan yang best nya aku tempah cenderahati ini untuk peserta kursus. Lain dari yang lain aku rasa. Dalam kristal ini ada bunga orkid...so nice...aku rasa semua orang akan suka memang lain la dari gift-gift yang selalu dapat.
No comments:
Post a Comment