Tuesday, 27 July 2010

Hadiri Jemputan

 Kad Jemputan

  Buat muka tebal jea lah sebab Akalili nak sangat duduk kat atas nie...

Sabtu lepas aku hadiri kenduri di Komplek Sukan Desa Tasik. Asalnya pergi konvoi ramai-ramai dengan officemate lastly aku satu family sahaja yang pergi dan sampai juga agak lewat so tak jumpalah kawan-kawan yang lain. Selepas habis makan semua Akalili sibuk nak bergambar kat atas pelamin itu. Aku punyalah malas sebab dalam dewan orang memang ramai tapi kawan aku pun beria0ria suruh aku ambil gambar kat atas so layan sahajalah keinginan Akalili. En Muz aku ajak sudah macam segan-segan gitu so aku tak lah paksa sebab En Muz memang pemalu orangnya...hikhikhik...

Lepas aktiviti jemputan itu En Muz tanya aku nak pergi mana lagi aku pun macam ermmm...ingat nak shopping barang-barang dapur tapi balik dululah tukar baju bagai...tapi En Muz kata terus pergi sajalah tak perlu nak balik tukar baju...erm aku apa lagi, kalau macam itu aku ajak En Muz pergi Tesco Ampang. Punyalah ramai orang. Tapi memang tak puas beli barang di sana banyak barang dapur aku nak tidak ada.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails