Selasa lepas selepas melihat tiada perubahan aku bawa NurDiniSorfina ke hospital. Lepas kerja hubby jemput aku terus kami pergi...Alhamdulillah orang tidak ramai. Tapi lama juga menunggu tak pasti apa yang doktor sedang buat...erm tapi ok lah sebab tak serabut dengan orang ramai sudah..so menunggu sambil melayan Sorfina. Bila sampai nama dipanggil kami masuk bilik. Bila doktor tanya aku sakit apa, aku pun tanya doktor semula, ini Chicken Pox ke doktor? Bila doktor teliti semua tempat...ya tidak syak lagi NurDiniSorfina senang kena Chicken Pox...oh dugaan buat mu sayang...sabar ya...setelah selesai dengar penjelasan doktor, ok keluar dan pergi ambil ubat...
Mula2 kena ingatkan alahan...
Masih tersenyum sambil menunggu giliran...
Bermulalah episod dijaga dengan rapi...
Mula-mula keluar dibawah mulut dan terus merebak ke merata badan. Alhamdulillah tak banyak. Mungkin Sorfina berjangkit daripada adik aku sebab bila jumpa pakcik dia bukan main lagi di usik-usik. Apapun alhamdulillah Sorfina cuma kena CP, takde lah demam atau selsema tapi masa jumpa doktor semua ubat doktor bagi selain dari ubat CP doktor bagi ubat demam dan selsema juga. Dan doktor siap cakap "kakak dia juga mungkin akan kena sebab dia adalah orang yang rapat". Alhamdulillah sampai hari ini NurAkaliliHanis tiada apa-apa tanda. Aku berdoa Akalili tidak akan kena...amin...
Terima kasih to hubby sebab ambil cuti jaga NurDiniSorfina...Dari hari Rabu hingga Jumaat En Muz jaga Sorfina so hari esok dan lusa aku pula jaga dan En Muz pula kerja. Alhamdulillah CP Sorfina semakin kurang...mudah-mudahan cepat sembuh...Dan Alhamdulillah aku pun sudah ok dari sakit kepala dan hidung tersumbat...
No comments:
Post a Comment