Itulah pun yang NurAkalili nak dan sekarang sudah dapat. Selagi tak dapat asyik cakap ada..dan ada di badannya...tup...tup...dua hari lepas memang nampak semuanya keluar...erm puaslah hati Akalili agaknya.
Sedihnya dia, di muka sahaja hampir semua tempat kena...
Sabtu lepas kebetulan memang nak ke Hospital Besar Kuala Lumpur so aku cakap dengan hubby untuk membawa Akalili jumpa doktor disana sahaja...Macam biasa ubat sapu losyen dan mandian juga ubat demam.
Aku ke HKL Sabtu lepas kerana melawat nenek saudara aku (adik wan aku) yang berada di CCU. Sebelum itu lagi aku sudah pergi pada hari Selasa minggu lepas. Kebetulan hubby cuti so aku terus ajak hubby pergi HKL itu pun wan aku call bagitahu. Masa hari Selasa aku masuk tengok WanTam aku tu koma. Hari Sabtu sebelum ke HKL aku jemput wan aku di Pekeliling untuk pergi sekali ke HKL. Hari Sabtu lepas pula masa aku masuk bilik CCU tu WanTam aku sudah nazak. TokTam dan anak-anak semua tengah bacakan yasin. Sedih betul aku tengok keadaan WanTam aku tu sampai aku menitiskan airmata...itulah pertama kali aku tengok keadaan orang tengah nazak. Last aku call tanyakan wan aku pasal adiknya still keadaan macam itu...kejap reda kejap nazak...Allahhuakbar...Semoga ALLAH permudahkan segalanya untuk WanTam aku.
No comments:
Post a Comment