Sunday, 6 November 2011

Selamat Hari Raya Korban

Salam buat semua umat islam yang meyambut hari raya korban hari ini.
Luar biasa kali ini kali kedua aku dan family tidak balik beraya ke kampung.
Pertama kali dulu tahun 2008 aku beraya dengan family dahulu dan esoknya baru pulang ke kampung En. Muz.
Kali ini terus tidak pulang ke kampung kerana En Muz memang direct kerja.
Tapi kalau nak diikutkan bila sudah duduk di Kuala Lumpur ini setakat nak berdezup ke Bentong pun tidak ada hal. Tapi kesian ngan En. Muz pula terkejar-kejar dengan kerjanya.

Tapi kami bukan sekeluarga sahaja di Kuala Lumpur. Kebetulan emak dan adik-adik aku pun tidak balik kampung so kami beraya bersama. ;))
Still meriah dengan keluarga disini. Cuma suasana kampungnya tidak ada.

Malam raya still sibuk memasak rendang, ketupat dan kuah lodeh.
This year try lemang segela nona. Not bad. Baunya wangi kata En. Muz.
So this year tidak beli lemang yang sudah siap dimasak denga nbuluh lemang itu.

Pagi raya lepas subuh sibuk berkemas-kemas. Emak ada dirumah semuanya emak yang buatkan. Aku just tolong-tolong sahaja.

Memandangkan Hari Raya Korban ini kita ke Masjid dahulu balik nati baru lah breakfast kan.
So aku takde lah sibuk sangat nak siapkan breakfast diawal pagi.

Jam 0815 barulah En. Muz sudah siap dengan baju melayunya untuk ke Masjid bersama adik lelaki aku.
Yang lain datang lepas solat dari rumah masing-masing.

Oklah selamat berhari raya buat semua dari kami sekeluarga...(^_^)


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails