Salam pagi Selasa yang tenang sahaja saya rasa hari ini.
Hari ini lewat ke pejabat. Bangun bukan main lagi awalnya tapi keluar lewat. Tetapi sampai pejabat masih sebelum jam 7.30 pagi. Sebabnya Akalili cuti hari ini. Sekolah bagi cuti khas bagi laluan untuk pelajar yang mula menduduki UPSR hari ini hingga Khamis ini. Makanya Akalili akan bercuti hari ini dan Khamis.
Jumaat lepas dengan Sambutan Hari Raya di kelas KAFA. |
Pic kiri : Dinner di luar & Sambutan Hari Raya di sekolah pagi. |
Semenjak sudah besar sikit ni Akalili sudah pandai cari tudung atau selendangnya sendiri.
Ermm kalah ummi dia yang bekerja ni. Memang saya rajin juga belikan tudung untuk anak-anak.
Tapi Akalili punya citarasa yang sendiri. Pada hari Khamis dua minggu yang lepas memang Akalili asyik ajak saya keluar untuk belikan tudung untuknya. Katanya nak cari selendang. Ermm punyalah saya malas hendak keluar dengan mana saya tiba-tiba angin pulak perut ini. Hingga ke malam merengek nakkan selendang. Lastly lepas 10 malam merengek lagi nak tudung masa itu saya sudah masuk tidur sebab tidak sedap perut. Tup tup dengar tak dengar tiba-tiba si Sorfina sudah masuk bilik panggil saya suruh tengok tudung yang kakak beli. Dengan mamai-mamai saya tengok terus tidur semula. Sambil dalam kepala fikir "ohhh mereka keluar beli tudung ker???
Esok paginya Akalili senyum tengok saya iron tudung baru untuk dia pakai ke sambutan hari raya di sekolah. Bertuah ada abah yang boleh layankan karenah dia. Mereka keluar untuk cari tudung malam itu. Kalau saya pakai saja apa yang ada.
Semangat nak bertudung dan berselendang bagai semuanya Akalili belajar sendiri cara hendak pakainya.
Dan semestinya Akalili rajin tengok makcik-makcik n sepupunya pakai. Kalau tengok umminya pakai haruslah sarung sahaja buat masa ini kan...heheheh...
Antara koleksi keronsang untuk Akalili. |
4 comments:
alahai sudah besar rupanya anak dara ini. sudah masuk UPSR.
moga di permudahkan untuk menjawab nanti ye sayang.
Akalili baru darjah dua jer akak...dia cuti sebab bagi lalu untuk pelajar UPSR..
heheheh
ya allah ye kea. akak pun masa baca tu, fikir2 gak. wah da lama juga akma da kawin ye.
rupanya akak tersilap.
minta maaf ye akma.
hehehe...memang da lama berumahtangga tp Akalili baru darjah 2...
:)
Post a Comment