Salam 16 Syawal....
Pagi tadi bangun kerja lemau betul. Entah apa la yang difikirkan. Malas sungguh hendak ke pejabat. Kalaulah cuti extravaganza memang nak cuti-cuti merabahkan diri dirumah. Tapi digagahkan juga kerana minggu ini Akalili exam di sekolah kebangsaan dan sekolah agama.
Semoga ALLAH permudahkan urusan Akalili untuk menjawab semua soalan exam dengan tenang...aamiin.
Yup berbalik pada tajuk entry saya ini. Ohhh memang tragis sungguh kejadian yang berlaku. Semuanya dengan izin Allah. Raya tahun ini En. Muz kerja makanya kami tidak balik ke Kuala Pilah. Raya ke 6 En. Muz habis kerja pagi tu kami terus shoot ke Kuala Pilah. Ohhh feeling happy macam suasana baru nak raya esoknya pulak.....hehehehe sambil nyanyi lagu balik kampung kan... kami pula ikut lekas yelah nak lekas sampai....syok jalan lengang. Memangla kan orang tidur lagi kami sudah ada atas jalan raya kot..
Sampai di Tanjung Ipoh tinggal Angah sekeluarga semua sudah balik ke rumah masing-masing. Kebetulan Along sekeluarga baru gerak balik. Sampai terus ajak semua breakfast di Kuala Pilah pekena rojak. tapi lupo lak kek mano...Nak keluar rumah tetiba Along sampai. Mereka tak jauh lagi so patah semula jumpa kami...Lepas jumpa bersalaman kami berpecah Along nak balik Temerloh dan kami pergi breakfast.
Petang tu pula Angah sekeluarga pulak balik Perak...Tinggallah kami sekeluarga, ummi dan makdik (adik bongsu hubby). Malam selepas solat Isyak kami ke Giant jalan-jalan sambil teman ummi shopping barang dapur. Balik dari Giant kami baru dinner.
Lepas dinner lepak sambil tengok tv Akalili mengadu kat En. Muz gigi atas sudah goyang. Bila En. Muz check sikit lagi nak cabut. So bermulalah agenda mencabut gigi Akalili. My MIL memang expert bab cabut gigi. Kata En. Muz dulu-dulu mereka adik beradik memang ummi cabut sendiri guna benang. Tak perlu ke hospital or klinik bila bab gigi goyang lagi sikit nak tanggal ni....hehehe
Ada dekat sejam juga bertungkus lumus melayan karenah Akalili tidak juga berjaya. Menangis macam kena seksa...adoiii la anak memang takut sungguh dia nak nak bila darah da keluar. Memang sikit lagi...lastly Akalili goyang-goyang terus tercabut. Letak kapas kat gigi darah pun tak keluar banyak tapi ketakutan menguasai diri je lebih....hehehehe
Ok bila gigi da cabut Akalili pergi cuci gigi tu konon nak simpan buat kenangan datang En. Muz ambil nak letak di lubang dinding di dapur. Lompat atas table top dapur sekali tak sampai nak masukkan dalam lubang dinding gigi tercampak keluar la kot...then En. Muz terjatuh...kebetulan kat bawah tepi table top tu ada botol cuka... Kaki En. Muz pijak botol cuka terus pecah. Kaca sudah cucuk kaki eN. Muz..
Ya Allah masa tu saya nak pengsan pun ada. Darah keluar dari kaki kiri macam air paip. Kalo saya pengsan sapa la nak tolong nanti kan. Terus panggil ummi. Ummi pun panik. Saya minta kain batik pada ummi. Fikir nak ikat je luka tu.
Tapi En. Muz kan hero...relax sambil biarkan darah memancut keluar sambil keluar kaca dalam kaki tu. Lepas tu En. Muz masuk bilik air cuci kaki sebelum nak ikat. Saya punyalah bising mana tidaknya cuci luka tu macam cuci kain pulak...tak sayang darah langsung mengalir macam air je..
Sorfina dan Maritza sudah nangis-nangis takut tengk darah keluar tak berhenti-henti. Lepas da ikat dengan kain. Minta tolong makdik hantar pergi emergency di hospital Kuala Pilah. Saya memang tak pergi la dengan keadaan Sorfina dan Maritza yang menangis. So kami tunggu dirumah saja sambil redakan anak-anak dan tidurkan mereka. Yang pergi cuma makdik dan Akalili...
Nurse tu cuci dan tampal dengan gauze dulu sebelum jahit.
Kena 4 jahitan
X-ray untuk pastikan tiada kaca yang tinggal.
Alhamdulillah xde kaca da.
Kena tunggu sehingga jam 2pagi.
Akalili siap tidur...sian dia.
2 comments:
erk..ngeri bab cabut gigi tu satu..tambah ngeri bab luka kena kaca tu..hoho..
Itulah mama kaori memang seram betoiii malam tu...
Alhamdulillah x teruk...
Selamat datang ke blog mai :)
Post a Comment