Tuesday, 30 September 2014

Kembali Normal

Assalammualaikum & Salam Satu Malaysia

Setelah dua minggu lebih mengadap buku, kertas dan komputer yeahhh hari ini sudah boleh mengadap benda lain pula. Rindu nak ber blogging dan blog walking...

Pagi ini buka blog yeahhh happy saya dapat hadiah dari giveaway yang baru pertama kali masuk. Tapi sedih tak sempat nak blog walking kawan-kawan lain yang join giveaway tu...niat di hati baru nak kenal-kenal dan cari kawan di alam maya ini...
Ermmm ada tak yang sudi nak kawan dengan mai ni yekk....hehehe

Dua minggu lepas adalah minggu yang penuh dengan aktiviti memulun kerja-kerja assignment, presentation, case study dan study untuk test. Dan semuanya untuk minggu akhir untuk sem ini....happy walaupun belum merdeka sepenuhnya....Bila dapat jadual exam ermm kami yang part time ni akan bermula exam seawal November. Maknanya paper last exam adalah kami. Yang lain-lain bermula petengahan Oktober. Ermm ok lah boleh prepare apa yang patut lagi tu....

Alhamdulillah dua weekend tu  emak dan adik ambil anak-anak bawa balik kampung sebab ada kenduri kahwin dan saya sure tak join aktiviti di kampung. Bukan main seronok lagi mereka dapat balik kampung. Tapi Akalili macam mengomel la jugak sebab ummi dia ni tak ikut... Takpe bila ummi sudah habis exam every weekend kita akan jalan-jalan macam ummi cuti sem yang lepas. Boleh kata setiap minggu akan balik ke Bentong sebab emak suruh balik. Bila minta izin En Muz dilepaskan apa lagi...zassss la ke Bentong tiap minggu. Makanya lepas ini En Muz kena tinggal lagi...ermmm seronoknya dapat duduk kampung.






Model stimboat saya...

Bila berdua sahaja dirumah panjang langkah kami. Lepas habis kelas ajak En Muz jalan-jalan cari makan. En Muz teringin nak makan stimboat layannnn....



#esokkursusuntuktigahari


Thursday, 18 September 2014

GA Merdeka : Di sini lahirnya sebuah cinta dari Mama kaOri


Assalamualaikum (w.b.t.) & Salam Satu Malaysia






Bila tengok GA Merdeka dari Mama ka0ri dipanjang tarikh tutupnya tetiba hati teringin nak join pula...pertama kali saya join GA...seronok juga rasanya...

Gambar ni saya ambil masa balik bercuti di Kuala Pilah pada Hari Malaysia. Maritza bukan main seronok sebut Merdeka dengan pelat dia...

Tahun ini saya sambut Merdeka ke 57 tahun bersama anak-anak sahaja. En. Muz masa tu ada urusan di Turki. Ingat lagi tengok cerita Tanda Putera malam tu menangis sorang-sorang xde orang teman. Pertama kali tengok cerita tu. Pengorbanan seorang Perdana Menteri. Sungguh sayu...
Tahun ini sambut Merdeka lebih terkesan rasanya sebab tajuk Di sini lahirnya sebuah cinta tu macam power je kan...


#SayasayangMalaysia #IniMalaysiaKita







Friday, 12 September 2014

Selfie

Assalamualaikum (w.b.t) & Salam Satu Malaysia

Salam pagi Jumaat yang mulia semua...

Bila tiba Jumaat sahaja saya mulalah sibuk check semula jadual sekolah saya...hihihi
Maklumlah weekend student ni tak reti-reti lagi nak bahagikan masa dalam seminggu tu. Semua kerja last minute...hukhukhuk
Bila check assignment alahai ada lagi yang tak complete...so dari pagi tadi hadap kerja-kerja sekolah...hehehe

Ni sambung kat blog pulak...hikhikhik release tension kek sini kejap. 

Hari ini datang office macam biasa, tapi anak-anak happy lastday sekolah. Minggu depan sudah cuti sekolah seminggu. Walaupun tak lama cuti tapi bila sebut saja cuti sekolah kanak-kanak akan suka kan...saya pun suka bila break semesta walaupun pendek hehehe... Kemain banyak agenda Akalili atur tapi ummi dan abah belum tentu boleh cuti. Kesian anak-anak ummi...


Jom selfie di pagi Jumaat.
Nak berjinak-jinak dengan shawl pula ;)



Wednesday, 10 September 2014

Wordless Wednesday #18


Assalamualaikum (w.b.t) & Salam Satu Malaysia


 Maritza dengan baju kurung baru ;)

Minggu lepas balik Bentong Maritza sempat menambah koleksi baju kurungnya. Anak kecil ini memang minat sungguh berbaju kurung berbanding kakak-kakaknya. Surprised masa raya yang lepas seharian Maritza pakai baju kurung. Saya pulak susah hati takut Maritza tidak selesa. 

Sekarang dirumah memang Maritza suka pakai baju kurung dan gaun ala jubah tu. Alhamdulillah baju Akalili dan Sorfina masih ok untuk Maritza pakai.




Urusan di Wisma Sri Bentong


Assalammualaikum (w.b.t)   &   Salam Satu Malaysia


Minggu lepas saya ke Wisma Sri Bentong. Settlekan urusan disana. Hari Rabu petang saya halfday. Kalau sempat nak settlekan petang itu juga.

Selepas ambil anak-anak di sekolah. Balik rumah siap-siap terus balik bentong. Sampai sana sempat makan lunch dulu sebelum ke Wisma.
Rupanya waktu operasi sampai jam 4 petang sahaja di kaunter. Alhamdulillah pakcik yang jaga kaunter tu masih nak layan. Bagi borang kat pakcik tu. Sekali borang tak isi habis ada part yang masih kosong. Adoiiii memang saya part isi mengisi borang ni fail dari dulu lagi....

Pakcik tu bagitahu ada satu pakcik yang akan duduk di luar dan akan taipkan setiap borang orang yang tidak tahu nak isi apa...hehehehe. Ermm macam tu pulak. Saya memang tak tau apa-apa pun. Bagus juga begitu...Tapi sudah pastilah pakcik itu sudah balik. Sudah habis office hour kan. Ok esok pagi-pagi kena datang dan settlekan disini. Petang ni walaupun tak settle apa-apa at least saya sudah tahu apa yang akan perlu di buat esok hari....mood lega dan happy. In shaa Allah dalam kepala esok mesti boleh settle. Ok beli borang baru sebab borang da salah.

Khamis pagi saya ke Wisma Sri Bentong. Tujuan pertama settlekan borang-borang yang perlu diisi oleh pakcik yang akan menaip semua borang saya. Malangnya jam 10 baru pakcik itu sampai. Siap saya call bagai. Sebab pakcik bekerja sendiri so terpulang nak datang jam berapa kot.

 Suatu pagi di Wisma Sri Bentong


Mesin taip lama. Terbaik.
Caj dikenakan sebanyak RM70.
Lupa nak tanya pakcik ni caj untuk sekali kerja atau mengikut helaian borang.


Disini setia menunggu ;)

Da settle isi borang. Jumpa pegawai di pejabat tanah dan tandatangan apa yang patut urusan settle. Borang terus di hantar ke LHDN di Bentong Point. So makan masa 2 minggu untuk tunggu panggilan dari LHDN. Harap semua borang ok.




Wednesday, 3 September 2014

Wordless Wednesday #17

Assalammualaikum (w.b.t)   &   Salam Satu Malaysia


Peace no war ;)

  Maritza & Sorfina seronok layan mewarna...

Cuti merdeka baru ini lepas balik dari Bentong Ahad tu kami duduk dirumah sahaja Isninnya.
En. suami pun outstation lagi so memang takde plan nak kemana-mana.
Just merehatkan diri dirumah sambl mengemas apa yang patut.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails