Monday 10 October 2011

Taman Botani Negara Shah Alam, Bukit Cerakah

Pengunjung Taman Botani Negara Shah Alam, Bukit Cerakah di sini berpeluang untuk merasai semula suasana iklim empat musim apabila kemudahan itu dibuka semula baru-baru ini setelah ditutup kepada orang ramai sejak tiga bulan lalu.


Pembukaan semula Rumah Iklim Empat Musim itu dilakukan setelah pihak pengurusan Taman Botani Negara Shah Alam selesai menjalankan kerja-kerja penyenggaraan terhadap kemudahan itu yang merupakan salah satu daripada tarikan pengunjung ke taman alam semula jadi itu.

Pengurus Taman Botani Negara Shah Alam, Mohamad Gaddafi Denis berkata, kerja-kerja menaik taraf dan penyenggaraan rumah iklim dilakukan oleh pihaknya pada Julai hingga awal September lalu, membabitkan kerja pembaikan semula bangunan, pengudaraan dan suhu di kemudahan itu yang sebelum ini telah beroperasi tanpa henti sejak 20 tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, kerja menaik taraf dan penyenggaraan yang dilakukan tidak membabitkan perubahan terhadap kira-kira 68 spesies pokok di dalamnya yang mana ia masih dikekalkan sejak ditanam pada tahun 1991 kecuali spesies bunga yang ditukar setiap kali selepas musim sejuk.

"Rumah Iklim Empat Musim ini telah beroperasi tanpa henti setiap hari selama 20 tahun ia dibuka kepada orang ramai. Bagaimanapun, kami tutup sementara dalam tiga bulan untuk menaik taraf persekitaran kemudahan serta penyenggaraan mesin.

"Kerja-kerja menaiktaraf ini memakan kos sebanyak RM500,000. Namun, kerja-kerja dilakukan dengan teliti agar tidak menjejaskan pokok sedia kerana sebarang perubahan terhadap suhu atau persekitaran boleh menganggu kitaran hidup tumbuhan berkenaan," katanya.

Tambah Mohamad Gaddafi, antara spesies pokok empat musim di kemudahan itu datangnya dari benua Asia Timur, Eropah dan Amerika seperti sakura, maple, peach , epal, ginko, magnolia serta pokok-pokok bunga seperti daisi, kekwa dan sebagainya.

Orang ramai yang mahu mengunjungi Rumah Iklim Empat Musim boleh hadir bila-bila masa bermula pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang kerana kemudahan itu dibuka setiap hari kecuali pada hari Isnin.

Bayaran sebanyak RM3 dikenakan bagi orang dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak dan kadar itu adalah jauh lebih rendah daripada mana-mana taman iklim yang ada di negara ini.

 
Kemudahan Yang Disediakan      
  • Danau Perikanan
    Terletak di kawasan seluas 6 hektar, Danau Perikanan merupakan lubuk bagi pelbagai jenis ikan air tawar.
  • Taman Iklim Sederhana Empat Musim
    Musim salji di negara tropika- Malaysia? Di taman Iklim Sederhana Empat Musim anda boleh mengalami keempat-empat musim dengan bantuan kreativiti manusia dan teknologi.
  •  Taman Hiasan
    Sebuah taman seluas 16 hektar yang dihiasi tumbuhan yang dijaga rapi, lorong-lorong berturap yang berwarna-warni dan menawan serta pancutan air. 
  • Taman Cendawan
    Taman cendawan seluas 2 hektar memberi peluang kepada anda untuk mengenali pelbagai jenis cendawan yang terdapat di seluruh Malaysia.
  • Taman Padi
    Anda berpeluang menyaksikan bagaimana proses penanaman padi dijalankan di Taman Padi yang mempunyai keluasan 2.8 hektar.
  •  Taman Haiwan
    Taman Haiwan seluas 72 hektar merupakan tempat tarikan bagi kanak-kanak. Mereka akan terpegun dengan taman arnab, kawasan kancil dan ternakan daging seperti kambing, biri-biri, selembu dan sebagainya.
  •  Aviari
    Di Taman Burung yang terdapat di Taman Pertanian Malaysia anda berpeluang menyaksikan burung-burung terbang bebas dalam persekitaran semulajadi.
  •  Taman Koko
    Koko yang menjadi minuman kegemaran si seluruh dunia, juga ditanam di Malaysia. Teknik-teknik penanaman koko dapat dilihat di kawasan seluas 4 hektar dimana anda berpeluang menyentuh buah koko yang berwarna hijau dan kuning.
  •  Kampung Idaman
    Ingin menikmati cara hidup di kampong? Kunjungilah Kampung Idaman di mana anda berpeluang melihat rumah-rumah kayu yang dibina mengikuti senibina setiap negeri di Malaysia.
  • Taman Orkid
    Saksikanlah pemandangan bunga-bungaan yang indah dan berwarna-warni. Lihatlah sendiri berbagai jenis orkid yang tercantik di dunia kembang mekar.
  •  Kampung BudayaMenyediakan 13 buah banglo yang setiap satunya direka bentuk mewakili setiap negeri di Malaysia yang boleh disewa secara harian.
  •  Empangan Sungai Baru
    Empangan ini telah membekalkan air kepada penduduk Kelang Utara dalam tahun 1930-an – 1060an.
  • Arboretum
    Ingin anda menyaksikan 20 jenis  pokok buah-buahan ditanam bersama di celahan kehijauan hutan semulajadi? Anda berpeluang untuk melihat poko-pokok secara lebih dekat di Arboretum yang berkeluasan 40 hektar.
  • Pemuliharaan
    Menjelajahi kawasan Pemuliharaan sambil mempelajari tentang agro-forestry yang ditumbuhi pohon-pohon kayu yang matang, pohon buah-buahan dan tanaman herba.
  • Taman Buah-buahan Tropika
    Teknologi pertanian yang terkini digunakan untuk menghasilkan pokok buah-buahan tropika yang berkualiti di Taman Buah-buahan Tropika seluas 25 hektar.
  • Taman Kaktus
    Taman Kaktus yang unik ini dilanskap berupakan sebuah gurun. Taman ini mempunyai lebih daripada 3,000 pohon terdiri daripada 145 jenis, 15 daripadanya terdapat di Malaysia.
  • Taman Kelapa
    Lambaian 370 pohon kelapa, seperti MAWA, MAMA, Gading, Pandan dan Rennal yang ditiup angin akan menggamit anda ke Taman Kelapa. 
  • Taman Buluh
    Pohon buluh yang kerap digambarkan dalam lukisan-lukisan Timur ialah satu lagi pohon yang mempunyai pelbagai kegunaan. Pelbagai sepsis buluh daripada yang biasa dilihat kepada yang eksotik dan semua ini terdapat dalam persekitaran semulajadi di Taman Buluh.
  •  Empangan Sungai Air Kuning
    Terletak dalam kawasan 4.5 hektar, empangan ini bersambung dengan Empangan Sungai Baru.  
Maklumat Lain
  • Masa MelawatSelasa- Ahad: 9 pagi- 4.30 petang
  • Perkhidmatan Bas DalamanPerkhidmatan Bas Dalaman adalah percuma. Disediakan setiap hari dari pukul 9 pagi- 5 petang.
  • Menunggang BasikalSewaan disediakan setiap hari 9 pagi- 5 petang
  • Surau
    Disediakan di Taman Padi Kampung Idaman dan Camar Rimba.
  • Penginapan
    Chalet: Kampung Idaman, Kampung Budaya, Rumah Persinggahan dan A’Frame (Camar Rimba).
  • Tapak Perkhemahan: Tapak Perkhemahan LKIM (Camar Rimba)
  • Memancing
    Danau Perikanan, Empangan Sunagi Air Kuning dan Empanagn Sungai Baru (Jumaat- Ahad dan cuti umum)

    Taman Pertanian Malaysia
    Bukit Cahaya Seri ALam, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
    Tel: 03-55106922 (Am)
    03-55107048 (Tempahan)
    Fax: 03-55100922

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails