Ermm aku cuti gak tapi duk rumah sahaja. Cik abang kerja pula huhuhu...nasib badan la kan...tapi di rumah meriah dengan mak, adik-beradik, makcik dan sepupu aku. Riuh jangan cakap lea...
Macam biasalah kalau sudah ramai-ramai gini aktiviti pastinya masak memasak sahaja kan ;))
Tidur pun pastinya lewat-lewat gitu. Seronok beramai-ramai.
Hari ini kalau en. suami tidak kerja kan seronok dapat join group BLT main bowling di BremMall. Tapi apakan daya kerja perlulah didahulukan.
Lagi pun macam aku boleh main sangatkan dalam keadaan memboyot ini itulah en. suami tidak berapa excited nak join macam tahun 2007 yang lalu group BLT buat bowling time aku pregnant juga so en. suami yang join seorang main bowling tentu en. suami tidak seronok sebab aku tidak beraksi kan kikikiki.
Tapi ok juga kan aku duduk di rumah boleh siapkan report meeting.
Sekarang aku sudah agak sibuk dengan Projek Kuantan yang baru bermula.
Bulan ini meeting tidak berhenti-henti. Itu belum kerja bulan depan untuk aku prepare.
Nasiblah bulan depan nama aku sudah ditarik untuk ke Langkawi.
Dalam keadaan tengat sarat manalah tahu nanti aku terbersalin awal ke siapa tahu kan.
Bila my bos tengok due date aku terus ganti dengan orang lain.
Alhamdulillah...
Buat kerja-kerja di office insyaAllah aku masih boleh ;))
Esok lusa pun meeting lagi...
Report meeeting minggu lepas masih belum siap huhuhu
Tapi hari ini harus aku siapkan.
Nasib en. suami kerja boleh aku layan kerja aku ini kan ;))
Wokeylah selamat bercuti bersama keluarga tersayang semua ;)
No comments:
Post a Comment