Tuesday, 20 November 2012

Check Up Maritza

::: Bila depan kamera terus posing itulah Maritza today :::

Hari ini Maritza ada check up. Masa last check up hari tu kira sebelum puasa tak silap terus book date untuk cucuk setahun. Actually hari ini belum genap setahun Maritza. Lagi tiga hari gitu. So masa book date saya sudah cakap yang date ini Maritza belum cukup setahun tapi nurse tu kata ok. So ok lah kan.

But now sudah lain lak ceritanya. Pagi tadi bangun macam biasa waktu nak ke tempat kerja gitu. Padahal klinik tu dekat sahaja dari rumah 10 minit gitukan. Tapi nak ambil no awal so keluarlah awal. Sorfina nak ikut juga so mandi awallah dia. Akalili masih seronok tidur oklah opah ada so malas nak kejutkan dia. 

Sampai klinik en.suami ambil no dulu. Saya tunggu dalam kereta lagi. Bila sudah ambil no baru masuk. Dapat no 10. Kalau ikutkan sistem baru ni pasti siap cepat kalau no 10. Dalam hati sempatlah saya nak join kursus skala di office. Kalau tidak jap hari ni pasti Maritza akan pergi dengan en.suami sahaja tapi sebab mengenangkan nak kena ccucuk haruslah ummi kena ikutkan...sian busyukkk ummi ni...

Masa tunggu turn, ada nurse tegur. Nurse "puan nak tanya sikit boleh". Saya "ermm pasal apa ye". Nurse "berkenaan dengan cirit birit. puan pernah ada pengalaman tak anak-anak kena cirit birit ni". Dalam hati mestilah ada kan. Saya "ermm ada juga anak-anak kena". Nurse "ok macam tu saya ambil nama anak puan dulu ye".

Ok terus nama Maritza diambil untuk cepatkan check up dia sebab saya nak bagi talk sikit pengalaman mengenai cirit birit. Bila masuk bilik nak check...ting ting ting....eehh puan baby tak boleh cucuk lagilah hari ni sebab dia tak cukup setahun. Memanglah Jumaat ni baru cukup setahun. Adoiii lastly kena book new appointment next month pulak...sebab baby pun tak jadi cucuk so saya pun cakap tak dapatlah nak bagi talk tu sebab saya nak kejar ke office  nak join kursus.

So next month la Maritza cucuk setahun, semoga ALLAH bagi kesihatan yang baik untuk kamu.



2 comments:

Ms Haslina said...

selalunya mmg mesti kena tunggu setahun atau lebih baru leh cucuk. pepandai je nurse yg bg appointment sebelum tu. susahkan org je kan.

maidatul said...

memang tetiba je aritu nurse tu buat date sblm genap setahun...sedih betul....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails