Friday, 21 December 2012

Happy Time...

Salam pagi Jumaat...

Alhamdulillah pagi tagi dapat jugak breakfast bihun goreng diluar pagar. Berlaukkan sambal tauhu dan paru goreng. Nikmatnya terima kasih Allah.

Sepatutnya hari ini saya cuti. Tetapi sebab plan yang sudah dibuat lari sedikit so saya datanglah ke pejabat pagi ini. So en. suami yang sudah bercuti dari semalamlah yang menjaga anak-anak dirumah. Pasti anak-anak seronokkan bersama abah kesayangan mereka. Ialah kalau abahnya dapat kerja memang sudah nak cuti so bila sudah ada peluang cuti ini biarlah mereka anak-beranak sahaja.

Macam semalan bukan main seronok anak-beranak pergi Time Square sudah jam 7 lebih baru sampai rumah. Semua muka kepenatan seronok bermain game disana. Si kecil Maritza kecian tengok muka dia tapi still boleh senyum bila nampak saya. Ambil dia terus mandikan dan bagi Maritza rehat sambil menikmati susu. Kakak-kakaknya juga bersihkan diri sambil mulut masing mengomel itu dan ini. Masing-masing juga tidak puas hati sebab saya tak ikut mereka. Ermm bukan tak nak ikut tapi nak bagi masa si abah dan anak-anak bersama-sama so tak mau kacau. Tapi sebenarnya masa lunch sesama before mereka ke TimeSquare saya alahai seronoknya kalau dapat ikut kan...ermmm maybe next time.

Seronok lunch ramai-ramai di Sasana Kijang then bawak kids masuk terowong kecil kat sana. Ermm seronok tengok duit lama dan baru semua berjumlah RM1juta, lagi ada game berkaitan dengan kebijasanaan menggunakan wang. Tengah sibuk kami pusing dalam tu tetiba nampak kru tv3 dan Syam pengacara Sarapan tv3. Dorang buat rancangan apa pun saya tak tau. Bila dorang da sibuk-sibuk dalam tu kami semua gerak keluarlah. hihihiii....


Buah hati pengarang jantung. 

Seronok layan fries. 

See Sorfina menikmati makanan.
Tak tinggal nasi dia tu.

 Chicken Soup walaa.
Akalili diet seimbang.


Chicken Chop Hainanese.
Akalili share with me.



Thursday, 20 December 2012

Seronok pagi hari di kebun.

Salam pagi Khamis.

Alhamdulillah....kenyang.
Rezeki pagi ini breakfast mee goreng dan kepok lekor Kuala Terengganu.

Minggu lepas besan emak kahwinkan anak perempuannya.
So we all dapat jemputan. Emak dan adik-beradik lain memang sudah plan nak pergi.
Saya sahaja yang masih dalam 50% gitu, sebabnya en. suami sibuk dengan kerjanya.
Tapi en. suami sudah bagi green light if nak follow mereka without dia pun boleh.
Ermm ok tapi dalam hati harap en. suami dapat join...malas nak tumpang or drive sendiri nie.

Alhamdulillah petang Sabtu en. suami balik dari kerja ajak balik Bentong. Hoyehhh..
Tapi lepas isyak baru bergerak, sebab adik ada belikan makanan untuk tiga beradik tu. Padahal mereka semua sudah kenyang. So tapau bawa balik kampunglah. Anak-anak makcik pun ramai disana.

Jam 10 lebih gitu sudah sampai. Makan-makan tengok tv dan tidur. Seronok 1st time saya tidur anak-beranak beramai-ramai temankan moyang mereka. Tinggallah en. suami dalam bilik sorang-sorang. Sebab bila saya sedar sudah subuh, hihii.

Esoknya, Ahad pagi lepas subuh saya temankan uwan buat breakfast boleh??? bukan cucu dia ini yang sibuk  memasak tapi uwan pulak yang sibuk. Bukan apa rindu masakan uwan kan. Lepas semua orang sudah bangun dan breakfast kami gerak ke kebun.

Alhamdulillah ohhh nikmatnya dapat ke kebun di pagi hari..
Turun sahaja kereta rezeki sudah ada. Dua tiga biji durian dekat tepi kereta. Belum masuk dalam kebun lagi kan. Jom cuci mata layan gambar.

::: Aktiviti menjejak bermula ::: 

 ::: Pokok Rambai baru nak belajar masak :::

::: Pokok durian yang sangat tinggi ::: 

::: Jom masuk kebun ::: 

::: Tengok i sudah dapat sebiji lagi ::: 

 ::: Memang tak leh tahan da..ngap terus la kan :::
Alhamdulillah...lemak berkrim disukai ramai.

::: Pokok Pulasan yang rendah sudah membuahkan hasil, walaupun tidak banyak :::
Buah pertama. 

 ::: Pulasan :::

Manggis yang belum penuh di petik. 
Daun kunyit untuk memasak. 


Puas hati. Dua minggu lepas balik kampung tak sempat nak pergi kebun. Bawak balik durian jea.
Now dapat pergi seronoknya.
Lepas pergi kebun siap-siap nak pergi kenduri.
Then terus balik KL sebab en. suami sibuk dengan kerjanya.


On the way balik dari kebun singgah shell isi minyak. Rupanya ada makhluk ikut sekali. Patut la gatal jea.
Nak tau apa inilah dia si pacat. Elok jea dua ekor menyelit kat jari kaki tu.




Wednesday, 19 December 2012

Wednesday, 12 December 2012

Rabu Yang Indah

Alhamdulillah...
Salam hari Rabu....12.12.12

Permulaan hari yang baik dalam segala perkara in shaa Allah.
Semua orang sibuk cerita pasal 12.12.12
Ermmm rasanya tarikh itu biasa sahaja, tidak pun istimewa bagi saya. Jika di bandingkan dengan Rahmat, Hidayah dan Nikmat yang ALLAH berikan. Allahuakbar....
Hari ini adalah hari terdetik sejenak saya berfikir...ermmm alhamdulillah semoga Allah pelihara iman saya, jadikanlah saya seorang yang istiqomah dalam perjuangan ke arah Mu Ya Allah dan sentiasa tunjuki saya di jalan yang lurus....aamiin aamiin aamiin....

Minggu ini sibuk nak siapkan semua kerja di office. Ialah sudah hujung tahun gitu kan banyak benda yang perlu di siapkan untuk tahun ini. Saya apa lagi kan sibuk nak tutup rekod kursus bagi tahun 2012 lea. In shaa Allah minggu ini mesti siap. Harap dapat 100%. Minggu lepas sudah sibuk siapkan Sasaran Kerja Tahunan dan Penilaian Prestasi. Semoga Allah bagi yang terbaik kan.



::: SABAR ITU INDAH :::


Thursday, 6 December 2012

Bila Tiada Kerja or Take Five...

::: Cengkerang :::

Bila penat mengadap PC ini lelama saya pastilah akan penat kan. So bila take five tu pastinya saya akan ambil cengkerang ini dan letak di telinga sambil dengar desiran ombak. Sambil tutup mata dengar desiran dari dalam cengkerang ini dan membayang yang diri ini tengah merebahkan diri di persisiran pantai...ohww best nye kan kalaulah betul-betul sedang berada di pantai.

Sudah lama gitu tidak pergi mencuci mata di pantai. Seingat saya last pergi masa bulan Oktober masa raya haji di Teluk Batik, Perak. Ermm tak lah lama juga tapi rasa macam lama je kan tak ke pantai....huhuuhu
Orang yang memang tinggal di area pantai mesti best. Boleh selalu ambil angin di situ. Ohh nikmatnya.

Tapi bulan Disember ni macam tidak sesuai kalau saya nak pergi ambil angin di tepi pantai. Sebab sudah macam musim hujan saja sekarang ini kan so duduk rumah sajalah. Atau pun balik kampung, ambil angin kampung syokk juga tu. Nak nak sekarang kan musim buah-buahan. Last week balik tak sempat nak ke kebun...ohww rindu gitu ke kebun.

Esok sudah Jumaat yeahh syokkk nyerr.....




Wednesday, 5 December 2012

Forum Perdana

Alhamdulillah hari ini masuk pejabat lega sudah kepala dan hidung. Semalam balik dari office lewat bagi hujan reda dulu so lepas solat Maghrib ajak en.suami ke Klinik Kita. Orang memanglah ramai tapinya pesakitnya semua adalah kanak-kanak yang nampak semuanya bawah 7 tahun hinggalah ke bayi pun ada. Ermm musim menyerang kanak-kanaklah tu. Ialah kanak-kanak antibodi tidak kuat gitu. So semalam lepas balik dari klinik semua yang perlu makan ubat pun makanlah. Saya lepas ambil ubat terus tidur. Terima kasih en.suami jagakan anak-anak. Alhamdulillah saya memang sudah tak dapat nak kawal ubat yang doc bagi tu memang betul-betul merehatkan badan, dengan izin ALLAH pagi ini bangun rasa segar semula. Pergi kerja pun selesa. Terima kasih Allah...


Mulanya en.suami demam. Lepas tu baby Maritza pula terus saya dan Akalili. Alhamdulillah Sorfina masih boleh bertahan. Alhamdulillah Allah permudahkan Sorfina sihat, ialah kalau Sorfina demam sayalah yang pening nak fikir sebab sepanjang Sorfina demam memang tidak pernah makan ubat. Dari kecil memang liat nak makan ubat kan. Bila sudah besar lagilah bila disuruh makan ada saja jawabnya. Ayat biasa pakai "ermm xpelah kakngah tak payah makan ubat nanti eloklah ni" sampai kesudah tak makan ubat. Kalau Akalili alhamdulillah dari kecil memang mudah bila diberi ubat.Maritza pula nampak macam ok juga bila disuruh makan ubat. Apapun Alhamdulillah semoga Allah permudahkan kesihatan yang baik untuk kami sekeluarga. Aamiin aamiin aamiin....





21 Muharram 1434H

Alhamdulillah Allah bagi kesempatan untuk mengikuti majlis ilmu pagi ini di office.
Semoga setiap penghijrahan yang kita lakukan Allah pandang dan terima.
InShaa Alllah...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails