Salam pagi Selasa...
Alhamdulillah selamat sampai di office.
Walaupun badan agak penat digagahi juga.
Cuma mata ni kadang-kadang macam nak tertutup gitu kan.
Masa cuti minggu lepas saya sempat ke Pasar Pasir Penambang di Kuala Selangor. Lebih kurang setengah jam dari rumah saya. Ini kali kedua saya kesana. Pertama kali masa saya kesana semasa lawatan bersama rakan sekerja ke JKR Kuala Selangor. Balik dari lawatan kami singgah. Itulah pertama kali dan saya jatuh cinta untuk kesana lagi. Lauk pauk disana memang fresh..saya suka itu...
Lauk pauk yang saya beli disana.
Semuanya saya beli dalam kuantiti sekilo ke dua kilo.
Boleh tahan hampir dua minggu.
Tapi udang dan sotong dua hari sudah habis.
Asyik dengan menggoreng. Sodap layan...
Sotong.
Ikan Merah seekor.
Ikan Tenggiri seekor.
Udang.
Paling best dan pertama kali saya masak. Setelah makan dinner di Port Dickson last year. Masih teringat nak makan udang dan sotong goreng tepung. Fikir-fikir baik saya goreng sendiri lagi banyak boleh buat. Memang bestlah layan ini. Akalili dan Sorfina pun teruja. Banyak mereka makan.
Udang dan sotong goreng tepung ragup.
Udang masak lemak cili padi.
Tidak berapa pedas untuk Akalili dan Sorfina juga.
Dalam perjalanan balik tu saya suggest kepada en.suami untuk singgah ke cendol bakar. Kami cuma drive thru disana. Ermm jangan ingat fast food saja yang ada drive thru. Di Cendol Bakar juga ada. Ini juga kali kedua saya ke sini setelah pergi semasa lawatan bulan lepas. Banyak sungguh tempat persinggahan semasa lawatan tu kan....heheheh...bah kata pepatah "Jauh perjalanan, luas permandangan" tak gitu kan...
Saya ambil Cendol pulut durian & cendol durian.
Layan setelah penat bershopping barang dapur.
" Jangan anda berfikir bahawa didunia ini ada orang yang hidupnya sempurna kerana ada orang yang mempunyai rumah, tetapi tidak mempunyai kereta. Ada orang yang mempunyai isteri tetapi belum tentu mempunyai pekerjaan yang tetap. Ada orang yang mempunyai nafsu makan tetapi kadangkala tidak mempunyai makanan dan ada orang yang mempunyai makanan tetapi dilarang memakannya."
"SABAR ITU INDAH"